Anugerah Melodi Terhangat 2025 [LIVE] 3 Ogos 2025, Keputusan

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anugerah Melodi Terhangat merupakan sebuah acara anugerah hiburan ikonik negara yang meraikan kejayaan selebriti dan personaliti yang berjaya mencipta impak luar biasa dalam industri hiburan. Setelah sembilan tahun menyepi, akhirnya Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) kembali pada 3 Ogos 2025, jam 9.00 malam dan akan disiarkan secara langsung melalui platform rasmi TV3 dan Tonton.

Anugerah Melodi Terhangat 2025 kini kembali  dengan penuh gaya, membawa nafas baharu yang lebih relevan dan segar untuk peminat hiburan tanah air. 

Tahun ini, AMT2025 bukan sekadar acara anugerah biasa tetapi satu fenomena yang mengangkat selebriti, personaliti internet dan momen viral ke pentas utama. 

Ini seiring perubahan landskap hiburan Malaysia yang kini didominasi oleh platform digital dan media sosial. 

Antara selebriti yang akan membuat persembahan dalam Anugerah Melodi Terhangat 2025 kali ini adalah Marsha Milan & Anuar Zain, Ella & Hael Husaini, De Fam, Fajar Noor, Feminin x Wani Kayrie, Umairah & Sarah Suhairi, K.O.I, Duke x Mary Grace x Kai Deva.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Anugerah Melodi Terhangat 2025. 

Pengenalan Anugerah Melodi Terhangat 2025 

Anugerah Melodi Terhangat merupakan sebuah acara anugerah hiburan ikonik negara yang meraikan kejayaan selebriti dan personaliti yang berjaya mencipta impak luar biasa dalam industri hiburan. 

Majlis penghargaan ini dianjurkan oleh program hiburan popular TV3, iaitu Melodi. Acara ini memberi pengiktirafan kepada artis tempatan yang mendapat perhatian luar biasa di media sosial, carta-carta lagu, dan juga persembahan pentas sepanjang tahun. 

@mbuzzterhangat

Inilah dia… MALAM KEMUNCAK yang ditunggu! Siapa paling bersinar? Siapa curi tumpuan? Dan… siapakah yang bakal membawa pulang trofi terhangat tahun ini?! 🏆🔥 Segalanya bakal terjawab MALAM INI di #AMT2025 📅 3 Ogos | 🕘 9.00 malam 📺 TV3 & @tontonmy #AnugerahMelodiTerhangat2025 #SiapaPalingOn #AllNewProtonX50 #SamsungMalaysia

♬ original sound – Evans Bukuku

Ia bukan sekadar pengiktirafan dari industri, tetapi juga melibatkan undian peminat. Ini menjadikan ia platform untuk menghargai mereka yang mencipta momen viral, memiliki aura tersendiri dan kekal relevan dalam dunia hiburan yang sentiasa berubah. 

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

Hos & Pengacara Karpet Merah Anugerah Melodi Terhangat 2025

Hos bagi AMT2025 akan menyaksikan Ain Edruce bergandingan dengan Fikry Ibrahim, manakala Imran Aqil dan Fiza Frizzy akan mengendalikan acara di karpet merah seawal jam 8.00 malam.

Sumber: https://www.tiktok.com/@mbuzzterhangat/photo/7532322004041551122

Artis Tercalon Dalam Anugerah Melodi Terhangat

Tahun ini, senarai ‘Top 10’ pencalonan awal menampilkan nama-nama besar seperti Aina Abdul, Ernie Zakri, Neelofa, Yuna, Khairul Aming, Sarimah Ibrahim, Zahiril Adzim, Puteri Balqis, Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Mahir, Ayda Jebat, Hael Husaini, Dolla, Khai dan ramai lagi. 

Setiap calon membawa keunikan tersendiri, sama ada dalam bidang muzik, lakonan, mahupun sebagai personaliti digital yang menggegar media sosial. 

Berikut ialah artis -artis yang tersenarai dalam ‘Top 10’ pencalonan awal untuk beberapa kategori utama:

TOP 10 CALON SELEBRITI DRAMA SANGAT TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON TONTON ORIGINAL TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON SELEBRITI IKON TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON COUPLE GOALS TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON SELEBRITI MASKULIN TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON SELEBRITI FEMININ TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON SELEBRITI MUZIK PALING ONZ & TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi
Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON SELEBRITI STAILO TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

TOP 10 CALON SELEBRITI NEWCOMER TERHANGAT

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

12 Kategori Utama Dipertandingkan 

Tahun ini, sebanyak 12 kategori utama akan dipertandingkan, iaitu:

  1. Selebriti Drama Sangat Terhangat
  2. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat
  3. Selebriti Trending Terhangat
  4. Selebriti Ikon Terhangat (Dikuasai oleh Samsung Galaxy)
  5. Selebriti Couple Goals Terhangat
  6. Selebriti Maskulin Terhangat
  7. Selebriti Feminin Terhangat
  8. Selebriti Stailo Terhangat
  9. Selebriti Newcomer Terhangat
  10. Tonton Original Terhangat
  11. Anugerah Melodi Terhangat (Ultimate Award)
  12. Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar

Tarikh Undian Rasmi Dibuka

Undian rasmi untuk semua kategori Anugerah Melodi Terhangat 2025 telah dibuka bermula 5 Julai hingga 31 Julai 2025

Inilah peluang para peminat untuk menentukan siapa yang layak membawa pulang trofi kemenangan. Undian boleh dilakukan setiap hari, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyokong artis kegemaran anda!

Cara Mengundi

Peminat boleh mengundi artis dan personaliti kegemaran mereka secara dalam talian melalui platform rasmi yang disediakan untuk memastikan proses undian telus dan mudah diakses.

Untuk mengundi, ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi Tonton di pautan berikut: www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat, atau atau imbas kod QR yang disediakan.
  1. Daftar atau log masuk ke akaun Tonton anda. Pelanggan yang melanggan TontonUP mendapat kelebihan undian eksklusif iaitu:
    • 500 undian untuk langganan satu bulan
    • 2,500 undian untuk langganan tiga bulan
  1. Pilih kategori yang ingin anda undi dan tandakan calon pilihan anda.
  1. Hantar undian anda. Anda boleh mengundi setiap hari sepanjang tempoh undian dibuka, meningkatkan peluang artis kegemaran anda menang.

Tempoh undian: 5 Julai – 31 Julai 2025

Cara Penilaian: 

  • Undian Peminat: Setiap kategori dinilai berdasarkan undian terbuka yang dijalankan secara rasmi di platform digital seperti laman web Tonton dan aplikasi berkaitan.
  • Panel Profesional: Saringan awal dan pemilihan calon turut melibatkan panel profesional yang terdiri daripada wartawan hiburan dan penyiar muzik bagi memastikan kualiti dan kredibiliti pencalonan.

LIVE Streaming Anugerah Melodi Terhangat 2025, Tarikh & Waktu Siaran

Jangan lepaskan malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 yang akan disiarkan secara langsung pada 3 Ogos 2025, jam 9.00 malam di TV3 dan platform penstriman Tonton. 

Hos utama, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim, bakal menghidupkan suasana, manakala sesi Karpet Merah bersama Fiza Frizzy dan Imran Aqil akan bermula lebih awal, jam 8.00 malam secara langsung di TikTok Melodi Berapi.

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

Anugerah Pilihan

Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar merupakan salah satu kategori istimewa yang diperkenalkan dalam Anugerah Melodi Terhangat 2025.

Kategori ini mendapat perhatian ramai kerana pemenangnya akan membawa pulang sebuah PROTON X50 baharu yang akan disampaikan secara langsung pada malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat, iaitu pada 3 Ogos 2025.

Pemenang Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar ditentukan sepenuhnya melalui undian atas talian oleh peminat di laman rasmi Tonton, dengan tempoh pengundian dibuka sehingga 31 Julai 2025

Acara ini akan menutup tirai dengan Ultimate Award AMT 2025, iaitu penghormatan tertinggi buat selebriti yang meninggalkan impak positif paling besar sepanjang tahun.

Undian dibuka hingga 31 Julai 2025 di laman rasmi: https://www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat

Melodi Terhangat Superstar Tour 

Sebagai pemanas suasana sebelum malam anugerah, Melodi Terhangat Superstar Tour akan menjelajah ke tiga lokasi utama: Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuantan bermula 12 Julai 2025. 

Tour ini bakal menampilkan persembahan artis-artis popular dan memberi peluang kepada peminat untuk merasai kehangatan AMT2025 secara lebih dekat dan eksklusif.

Anugerah Melodi Terhangat 2025 - Artis Tercalon & Cara Mengundi

Maklumat Lanjut

Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut melalui laman rasmi Anugerah Melodi Terhangat 2025 di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat  untuk segala pengumuman, senarai calon, cara undian, serta perkembangan terbaru acara ini. 

Anda juga boleh mengikuti saluran media sosial rasmi TV3 Malaysia dan https://www.tiktok.com/@mbuzzterhangat untuk liputan langsung Karpet Merah, pengumuman pemenang, serta detik-detik eksklusif sepanjang kempen berlangsung

Jangan lupa untuk mengundi, tonton siaran langsung dan sertai kemeriahan Melodi Terhangat Superstar Tour di lokasi terpilih. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut