Drama Terpaling Suci Musim Kedua telah mula ditayangkan sejak 8 Mac 2025. Drama ini sangat dinanti-nantikan khususnya bagi penonton filem Terpaling Suci yang pertama.
Drama yang telah menjadi fenomena pada musim pertamanya ini kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik dan pelakon-pelakon berbakat yang pastinya akan memukau penonton.
Jom baca lebih lanjut mengenai drama ini di bawah.
BACA JUGA: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Sedutan Episod 1-30
Sinopsis Terpaling Suci Musim 2
Terpaling Suci Musim Kedua adalah merupakan sebuah mini series guaman pertama di Malaysia yang membawa anda melihat pelbagai realiti kehidupan.
Setiap episod penuh dengan air mata dan debaran serta ilmu pengetahuan yang sangat berguna dalam kehidupan.
Mini series Terpaling Suci Musim 2 ini memberi gambaran bagaimana kecaman dan fitnah itu boleh menjatuhkan seseorang, bagaimana public opinion itu bahaya dan memusnahkan dan bagaimana pentingnya menjadi jujur dalam satu perbicaraan yang adil kerana kita masih ada pengadilan akhir oleh Tuhan.
Musim kedua kali ini lebih memfokuskan kepada nasib yang bakal dialami oleh Athirah (watak utama) atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Adakah benar Athirah bersalah mendera anaknya, Maizatul atau sebaliknya?
Mini series Terpaling Suci Musim 2 ini adalah kolaborasi bersama Kolaborasi bersama @BRAINEUS.MY @FITZTOX MALAYSIA.
Tarikh Tayangan & Nak Nonton Dekat Mana?
Mini series Terpaling Suci Musim 2 telah mula ditayangkan bermula 8 Mac 2025 di platform tiktok @dalphamovie dan bermula 9 Mac 2025 di instagram @braineusmy.
Boleh nonton di :
- Tiktok @dalphamovie bermula pada 8 Mac 2025
- Instagram @braineusmy bermula pada 9 Mac 2025
Jangan lupa nonton episod baru setiap pukul 9 malam dan !
Barisan Pelakon Dan Watak
Berikut adalah barisan pelakon dan watak dalam Terpaling Suci Musim 2:
- Nur Khiriah (@khiriah17)
- Azhan Rani (@azhan_rani)
- Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)
- Ahmad Iswazir Ismail (@realjayiswazir)
- Nazeera Sardi (@nazeerasardi)
- Muhammad Noor bin Zakaria (@dodosentoso)
Selain pelakon, mini series ini juga dibintangi oleh peguam-peguam sebenar iaitu:
- Hafidzah Hassan (@hafidzahhassan)
- A’minahtul Marrdia (@aminahtul_marrdiah)
- Datuk Wan Azmir (@lawyerwanazmir)
- Tun Laila (@beyarafaee)
Sedutan Episod
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod-episod seterusnya akan dikemaskin kelak.