Tema & Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023

Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2023

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil telah melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 di KLCC pada 27 Mei 2023.

Pelancaran juga diadakan serentak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023 :

tema logo hari kebangsaan 2023

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 – “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023).

Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Logo tahun ini menjadikan logo Malaysia MADANI sebagai logo rasmi HKHM 2023 kerana reka bentuk logo yang berteraskan Malaysia Madani dan menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar rukun negara’.

Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2023, sila layari laman sesawang www.merdeka360.my.

Sumber: Merdeka360

logo hari kebangsaan 2023 tema hari malaysia 2023 hkhm

MUAT TURUN :

Logo Hari Kebangsaan 2023

Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023.

Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

logo hari kebangsaan 2023

MUAT TURUN PNG :

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

logo malaysia madani

RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
logo malaysia madani
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV

Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface

Sumber: Youtube Anwar Ibrahim

Malaysia MADANI (Official Lyric Video)

Lirik Lagu

Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface

Lirik :

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

C/O

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

lirik lagu malaysia madani bunkface

Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/

Baca juga:

Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2023, sila layari http://merdeka360.my/

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 – Teguh Bersama

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

KELUARGA MALAYSIA

Merujuk kepada masyarakat hidup aman damai & bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

TEGUH – bermaksud kukuh, kuat dan erat

BERSAMA – membawa maksud bersama-sama beserta atau bergandingan 

TEGUH BERSAMA

Kekuatan & kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan

Sumber: BERNAMA

Konsep & Rasional

Konsep logo Hari Kebangsaan tahun 2022 ini adalah jalur liputan internet yang melambangkan pembangunaun infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk rakyat.

Berikut dikongsikan maksud logo Hari Merdeka 2022 :

  • TIGA JALUR BIRU, MERAH DAN KUNING

Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

  • TITIK MERAH

Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

logo hari kebangsaan 2022
  • KEDUDUKAN YANG BERSELANG-SELI

Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

logo hari kebangsaan 2022

Muat Turun Logo Hari Kebangsaan 2022

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

logo hari kebangsaan 2022

Boleh muat turun di sini:

Jenis FormatMuat Turun
.JPGMuat Turun
.TIFFMuat Turun
.AIMuat Turun

MUAT TURUN MANUAL LOGO MERDEKA

http://merdeka360.my/web/wp-content/uploads/2022/07/HKHM-Client.pdf

Sumber: http://merdeka360.my/

Lagu Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Lagu Tema Hari Kebangsaan pada tahun 2022 dipersembahkan buat pertama kalinya oleh Alif Satar & The Locos secara rasmi pada 30 Julai 2022 yang dilancarkan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Putrajaya bersembena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama di hadapan 15000 Keluarga Malaysia.

LIRIK LAGU ‘KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Setiap jiwa pasti bangga
Atas nama bangsa Malaysia
Sekian lama merdeka
Tertumpahnya cinta

Usia kita makin dewasa
Berkali-kali kita diuji
Kasihnya bangsa dibela
Maruah dijaga

Ooooo Laungan kita
Malaysiaku..tanah airku
Negaraku.. Malaysiaku..
Lihatlah kita..wahai bangsaku

Semaikan cinta gerak hati pasti murni
Nyala semangat dipalu
Kita bagaikan aur dengan tebing
Keluarga Malaysia teguh bersama

Lagu : Kusham
Lirik : Zaira Sham

keluarga malaysia teguh bersama
  • TAJUK : KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA
  • PENYANYI : ALIF SATAR & THE LOCOS
  • LAGU : KU SHAM LIRIK : ZAIRA SHAM
  • TERBITAN : ORKESTRA RTM JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Muat Turun Audio :

Maklumat Lanjut

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia

Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Telefon : 03-8911 7381

Fax : 03-8911 7544 / 7525

Email : [email protected]

Laman web: www.merdeka360.my.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!