Tawaf Wada: Hukum & Panduan Mengerjakannya

Tawaf Wada: Hukum &  Panduan Mengerjakannya

Ketika melaksanakan ibadat haji atau umrah, selain melaksanakan rukun-rukun dan wajib-wajibnya, salah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan juga ialah tawaf wada‘. 

Tawaf wada adalah amat dituntut bahkan ia disaran oleh Rasulullah SAW. 

Berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, beliau berkata: “Dahulunya orang ramai beredar mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Mekah). Lalu Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

Maksudnya: “Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan Makkah sehinggalah akhir keberadaannya (di Makkah) al-Bait (Tawaf al-Wada`).”

Riwayat Muslim (1327)

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Tawaf Wada. 

BACA JUGA: Checklist Barang Keperluan Umrah: Senarai 20 Benda Wajib Bawa

Tawaf Wada

Tawaf wada juga dikenali tawaf as-sadar, yang bermaksud tawaf selamat tinggal. 

Tawaf wada‘ merupakan pekerjaan terakhir yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Makkah setelah selesai segala urusan-urusan haji dan umrah. 

Hukum

Ia WAJIB dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah jarak 2 marhalah (91 kilometer) atau lebih.

Imam an-Nawawi rahimahullâh menyebutkan bahawa menurut pendapat yang paling shahih (al-ashah) dalam mazhab asy-Syafi‘i, hukum tawaf wada‘ adalah wajib ke atas orang yang hendak keluar meninggalkan Makkah sama ada orang Makkah atau bukan orang Makkah sebagai penghormatan kepada tanah haram.

Anda boleh gambar rajah di bawah:-

(Sumber: Lembaga Tabung Haji)

Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Hukum Tawaf Wada adalah terbahagi seperti berikut:

(Rujukan: https://maktabahalbakri.com/1328-hukum-tawaf-wada-ketika-umrah/

  • Tawaf wada’ adalah diwajibkan bagi mereka yang menunaikan haji kerana hadith yang diucapkan oleh Rasulullah SAW supaya menjadikan tawaf wada’ sebagai ibadah akhir sebelum meninggalkan Makkah adalah ditujukan kepada jemaah haji ketika peristiwa Hajjatul Wada’.
  • Tawaf wada’ ketika ingin pulang daripada melakukan umrah adalah sunat, afdhal dan sangat dituntut, tetapi ia tidaklah wajib untuk dilakukan berdasarkan pendapat majoriti ulama’.
  • Nasihat kami, buat mereka yang telah selesai melakukan umrah dan ingin meninggalkan Makkah dan tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya, maka lakukanlah tawaf wada’. Ini berdasarkan umum hadith Nabi SAW. Walaupun begitu, beberapa perkiraan perlu diambil perhatian seperti jumlah jemaah yang amat ramai di dataran Kaabah atau berlakunya wabak seperti Covid-19 dan lain-lain wabak di samping kemampuan jemaah tersebut daripada segi kesihatan dan daya tahan. Semoga hal ini menjadi asas kepada pertimbangan untuk melakukan tawaf wada’ sama ada ia perlu dilakukan atau tidak.

Syarat Sah

  • Tidak boleh dilakukan kecuali setelah sempurna melakukan Tawaf Rukun (Rukun Umrah atau Rukun Haji).
  • Hendaklah bersegera meninggalkan Makkah kecuali kerana perkara berkaitan solat atau perjalanan.

Panduan Mengerjakan Tawaf Wada

Cara mengerjakan Tawaf Wada sama seperti mengerjakan Tawaf Rukun, iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan arah berlawanan jarum jam. 

Berikut ialah panduan mengerjakannya secara terperinci:

1. Mulakan tawaf dengan berdiri menghadap Kaabah, diantara Rukun Yamani dengan Rukun Hajarul Aswad. 

2. Berjalan dengan cara mengirikan Kaabah (Kaabah di sebelah bahu kiri kita).

3. Apabila sampai di penjuru kaabah yang terletaknya Hajarul Aswad,  maka sunat untuk berniat tawaf:

“Ya Allah aku hendak tawaf Baitullah al Haram tujuh keliling Tawaf Wada’ maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta’ala”

Pastikan anda berniat sebelum tapak kaki memijak garisan hitam (yang menandakan arah Hajar Aswad) dan ketika tangan melambaikan ke arah Kaabah.

4. Seterusnya, mulakan tawaf anda. Sekiranya berkesempatan, anda boleh mengucup Hajarul Aswad. Jika tidak, cukuplah dengan melakukan istilam; melambaikan atau memberi isyarat tangan ke arah Hajarul Aswad dan mencium tangan itu dengan mengucapkan بِسْمِ اللهِ اَلله ُ أَكْـبَرُ وَ ِللهِ الْحَمْدُ“Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd”

5. Setelah itu, teruskan bertawaf. Perbanyakkanlah berdoa sepanjang melakukan tawaf. Anda boleh rujuk doa-doa yang dianjurkan untuk setiap pusingan tawaf. 

6. Setiap kali apabila sampai pada Rukun Yamani, hendaklah kita mengangkat tangan sambil mengucapkan; Bismillahi Allahu Akbar Wa Lillahi-Hamd. 

7. Disunatkan membaca doa khas seperti di bawah setiap kali melintasi kawasan antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad:

tawaf wada, Do’a diantara Rukun Yamani dan Hajar Aswad

Maksud: Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari api neraka dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang yang berjaya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan sekalian Alam.

Selepas selesai tawaf sebanyak 7 pusingan, anda disunatkan Solat Sunat Tawaf dua rakaat kemudian berdoa di belakang Multazam.

Doa Selepas Tawaf Wada

(versi pendek)

أَللَّـهُمَّ لاَ تَجْعَلْ هَذاَ أَخِرَ العَهْدِ بِبَيْتِكَ الحَراَمِ وَإِنْ جَعَلْتَهُ أَخِرَ العَهْدِ فَعَوِّضْنِى عَنْهُ الجَنَّةَ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksud: Ya Allah Ya Tuhanku! Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali terakhir maka aku memohon Syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau, Ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Maha Penyayang.

(versi panjang)

أَللَّـهُمَّ إِنَّ البَيْتَ بَيْتُكَ وَالعَبْدَ عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَّتِكَ حَمَلْتَنِى عَلَى ماَ سَخَّرْتَ لىِ مِنْ خَلْقِكَ حَتَّى صَيَّرْتنَِى إِلىَ بِلاَدِكَ وَبَلَّغْتَنِى بِنِعْمَتِكَ حَتَّى أَعَنْتَنِى عَلَى قَضاَءِ مَناَسِكَكَ , فَإِنْ كُنْتَ عَنِّى فاَزْدَدْ عَنِّى رِضاً وَإِلاَّ فَمُنَّ الآنَ عَلَيَّ قَبْلَ تَبَاعُدِى عَنْ بَيْتِكَ هَذاَ أَواَنُ انْصِراَفىِ إِنْ أَذِنْتَ لىِ غَيْرَ مُسْتَبْدِلٍ بِكَ وَلاَ بِبَيْتِكَ وَلاَ راَغِبٍ عَنْكَ وَلاَ عَنْ بَيْتِكَ , أَللَّـهُمَّ أَصْحِبْنِى العاَفِيَةَ فىِ بَدَنِى وَالعِصْمَةَ فىِ دِيْنِى وَأَحْسِنْ مُنْقَلَبِى وَارْزُقْنِى طاَعَتَكَ أَبَداً ماَ أَبْقَيْتَنِى وَاجْمَعْ لىِ خَيْرَيِ الدُّنْياَ وَالأَخِرَةِ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ , أَللَّـهُمَّ لاَ تَجْعَلْ هَذاَ أَخِرَ العَهْدِ بِبَيْتِكَ الحَراَمِ وَإِنْ جَعَلْتَهُ أَخِرَ العَهْدِ فَعَوِّضْنِى عَنْهُ الجَنَّةَ بِرَحْمَتِكَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ , آمِيْنَ ياَ رَبَّ العاَلَمِيْنَ

Maksud: Ya Allah, rumah ini adalah rumah-Mu, aku ini hamba-Mu anak hamba-Mu yang lelaki dan anak hamba-Mu yang perempuan. Engkau telah membawa aku di dalam hal yang Engkau sendiri memudahkan untukku sehingga Engkau jalankan aku ke negeri-Mu ini dan Engkau telah menyampaikan aku dengan nikmat-Mu juga, sehingga Engkau menolong aku untuk menunaikan ibadah haji. Kalau Engkau rela padaku, maka tambahkanlah keridhaan itu padaku. Jika tidak maka tuntaskanlah sekarang sebelum aku jauh dari rumah-Mu ini. Sekarang sudah waktunya aku pulang, jika Engkau izinkan aku dengan tidak menukar sesuatu dengan Engkau (Dzat-Mu) ataupun rumah-Mu tidak benci pada-Mu dan tidak juga benci pada rumah-Mu. Ya Allah, berkalilah aku ini dnegan afiat pada tubuhku, tetap menjaga agamaku, baik kepulanganku dan berilah aku taat setia pada-Mu selama-lamanya selama Engkau membiarkan aku hidup dan kumpulkanlah bagiku kebajikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, Janganlah Engkau jadikan waktu ini masa terakhir bagiku dengan rumah-Mu. Sekiranya Engkau jadikan bagiku masa terakhir, maka gantilah surga untukku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih.

Perkara yang BOLEH Dibuat Selepas Tawaf Wada

Tawaf Wada: Hukum & Panduan Mengerjakannya

Perkara yang TIDAK BOLEH Dibuat Selepas Tawaf Wada

Mereka yang batal Tawaf Wada hendaklah mengulanginya. Kalau tidak, berdosa dan wajib dam.

Pengecualian Dam Bagi yang Tidak Mengerjakan Tawaf Wada

Pengecualian (tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam)

– Perempuan yang kedatangan haid atau nifas.

– Perempuan yang didatangi darah istihadhah( darah penyakit) pada lazimnya dia haid.

– Orang luka yang mengeluarkan banyak darah.

– Orang yang tidak mendapat air atau tanah untuk mengangkat hadas besar.

– Orang yang takut terancam nyawa, kehormatan diri atau harta bendanya.

– Orang yang takut ditinggalkan kawan.

– Orang yang berpenyakit salisalbaul (sering keluar air kencing) atau yang seumpamanya.

– Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.

– Orang yang takut kepada peminta hutang dalam keadaan dia benar-benar tidak berupaya membayar hutangnya.

– Orang tua yang terpaksa dipimpin atau diusung kerana uzur.

RUJUKAN: 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!