TERKINI: Tarif Elektrik Baru bermula 1 Julai 2025
Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.
Menurut Suruhanjaya Tenaga, 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif selaras kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation – IBR).
Berikut dikongsikan kenyataan media rasmi dan apa yang perlu kita tahu tentang tarif elektrik baru berkuatkuasa 1 Julai 2025 ini.
PENGENALAN TARIF ELEKTRIK BARU BERMULA 1 JULAI 2025 – KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA TENAGA
Struktur tarif elektrik baharu bertujuan untuk menjadikan bil elektrik anda lebih jelas, adil dan selaras dengan keadaan pasaran semasa. Ia memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama:
1. Kategori Tarif
Kategori tarif kini berasaskan tahap voltan dan bukan jenis aktiviti pelanggan (seperti komersial atau industri). Ini menjadikan struktur tarif lebih mudah difahami:
- Domestik
- Bukan Domestik: Voltan Rendah, Voltan Sederhana, dan Voltan Tinggi
2. Komponen Bil yang Dipecahkan Secara Terperinci
Bil elektrik anda kini menunjukkan pecahan kos yang lebih jelas, disusun dalam tiga komponen utama:
- Caj Penjanaan
Menampung kos penjanaan elektrik, termasuk:
- Caj Tenaga – Kos bahan api untuk menjana elektrik
- Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) – Mencerminkan turun naik harga bahan api global dan kadar pertukaran mata wang
- Caj Kapasiti – Bayaran di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)
2. Caj Rangkaian
Menampung kos penghantaran elektrik ke premis anda, termasuk penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur.
3. Caj Runcit
Meliputi kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan dan pengurusan akaun.
3. Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA)
AFA menggantikan mekanisme ICPT yang terdahulu. Ia melaras tarif setiap bulan berdasarkan ramalan harga bahan api dan kadar tukaran asing.
Manfaat kepada pengguna termasuk:
- Penyesuaian tarif yang lebih telus dan mudah difahami
- Mengelakkan kejutan bil akibat lonjakan tarif besar
- Menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap
4. Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan (ToU)
Skim ToU kini diperluas kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang mempunyai pemasangan smart meter. Tempoh waktu puncak dan luar puncak telah disemak semula untuk lebih mencerminkan permintaan dan kos sistem sebenar.
Pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.
Kesimpulannya, struktur tarif baharu ini memupuk ketelusan, kecekapan, dan memberi lebih kawalan kepada pelanggan dalam mengurus penggunaan serta perbelanjaan elektrik mereka.
Sila rujuk kenyataan penuh Suruhanjaya Tenaga dalam lampiran di bawah:
Apa Yang Anda Akan Lihat Dalam Bil Bermula 1 Julai 2025?
Sejajar dengan pengumuman Penstrukturan Tarif Elektrik bermula 1 Julai 2025, prinsip keadilan, ketelusan dan kesaksamaan menjadi tunjang dalam pelaksanaan struktur baharu bagi menyokong usaha Kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia.
Apa Yang Berubah Dalam Struktur Baru Ini?
Struktur tarif baru ini tidak lagi menggunakan sistem bertingkat (tiered pricing) seperti sebelumnya. *Ini bermaksud, jika biasanya kita bayar dari 21.8 sen/kWh (untuk penggunaan bawah 200kWh) sampai 57.1 sen/kWh (lebih 900kWh), sekarang semua guna kadar asas 45.40 sen/kWh.
TETAPI, kadar ini akan disertakan dengan pecahan caj ikut komponen: tenaga, kapasiti, rangkaian, dan runcit.
Tarif elektrik baharu ini akan dibahagikan kepada beberapa komponen dan dipaparkan dalam bil iaitu :
- Caj Penjanaan
- Caj Rangkaian
- Caj Peruncitan
Kita sebagai pengguna boleh nampak setiap komponen bil dengan jelas, seperti dalam infografik di bawah:
Menurut laman web Tenaga Nasional Berhad (TNB), pada Julai 2025, pelanggan akan menerima bil peralihan. Bil ini akan merangkumi:
- Penggunaan elektrik sehingga 30 Jun 2025, yang akan dicaj berdasarkan tarif lama, dan
- Penggunaan bermula 1 Julai 2025 dan seterusnya, yang akan dikira berdasarkan tarif baharu.
Pelanggan juga akan menerima risalah daripada Pembaca Meter yang mengesahkan bahawa bacaan meter telah dibuat. Menurut risalah tersebut:
- Bil peralihan akan tersedia dalam masa 24 jam melalui aplikasi dan portal myTNB.
- Bagi pelanggan yang menerima bil bercetak, bil akan dihantar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bacaan meter.
Bil elektrik untuk Ogos 2025 kemudiannya akan menunjukkan semua perubahan sepenuhnya, termasuk kadar tarif baharu dan komponen bil yang diperincikan.
Perbandingan Bil Domestik
Lebih 23 juta pengguna Semenanjung Malaysia dijamin tidak terjejas dengan pelaksanaan Penstrukturan Semula Tarif Elektrik yang akan bermula pada 1 Julai 2025.
Sila rujuk ringkasan jadual dan infografik di bawah:
Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Berkenaan Tarif Elektrik Mulai Julai 2025
Lebih daripada 23 juta pengguna dijamin tidak terjejas oleh penstrukturan semula ini.
Bagi pelanggan domestik dengan penggunaan bulanan 1,000 kWh dan ke bawah, mereka akan menerima Insentif Kecekapan Tenaga sebagai sokongan tambahan.
Mulai 23 Jun 2025, pelanggan boleh menggunakan simulasi Kalkulator Bil Elektrik di https://www.mytnb.com.my/tariff untuk menganggar bil di bawah struktur tarif baharu.
Terdapat beberapa cara praktikal untuk pelanggan mengurus dan mengurangkan penggunaan elektrik dengan lebih baik:
🔍 Pantau penggunaan anda melalui portal atau aplikasi myTNB
Jika premis anda dipasang dengan smart meter, aplikasi myTNB membolehkan anda memantau penggunaan elektrik harian dan menetapkan Bajet Tenaga untuk membantu mengawal perbelanjaan bil elektrik.
💡 Amalkan penggunaan tenaga yang cekap di rumah atau tempat kerja
Tindakan mudah seperti mematikan peralatan elektrik yang tidak digunakan, menggunakan lampu LED, dan menetapkan suhu penghawa dingin pada tahap optimum (sekitar 24°C) boleh memberikan kesan yang ketara.
🔌 Pilih peralatan elektrik yang cekap tenaga
Cari peralatan yang mempunyai penarafan tenaga 4 atau 5 bintang. Walaupun harganya mungkin lebih tinggi, ia menjimatkan bil elektrik dalam jangka masa panjang.
☀️ Pertimbangkan pilihan Tenaga Boleh Diperbaharui
Jika sesuai, memasang panel solar atau melanggan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui boleh mengurangkan kebergantungan kepada grid dan menurunkan kos elektrik keseluruhan.
⏰ Manfaatkan skim Masa Penggunaan (ToU)
Dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak, pelanggan boleh menikmati kadar tarif yang lebih rendah dan mengurus bil bulanan dengan lebih cekap.
Struktur tarif elektrik baharu bertujuan untuk menjadikan bil elektrik anda lebih jelas, adil dan selaras dengan keadaan pasaran semasa. Ia memperkenalkan beberapa penambahbaikan utama:
1. Kategori Tarif
Kategori tarif kini berasaskan tahap voltan dan bukan jenis aktiviti pelanggan (seperti komersial atau industri). Ini menjadikan struktur tarif lebih mudah difahami:
Domestik
Bukan Domestik: Voltan Rendah, Voltan Sederhana, dan Voltan Tinggi
Di bawah struktur baharu ini, sistem harga 5 peringkat sedia ada (dari 21.80 sen/kWh hingga 57.10 sen/kWh) akan digantikan dengan sistem harga yang lebih ringkas:- 27.03 sen/kWh untuk penggunaan 1500kWh ke bawah- 37.03 sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1500kWh
*Namun, bil elektrik kini akan akan paparkan caj tambahan yang diperincikan seperti tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan. Secara purata, jumlahnya sekitar 44.5 sen/kWh.
2. Komponen Bil yang Dipecahkan Secara Terperinci
Bil elektrik anda kini menunjukkan pecahan kos yang lebih jelas, disusun dalam tiga komponen utama:
a. Caj Penjanaan
Menampung kos penjanaan elektrik, termasuk:
Caj Tenaga – Kos bahan api untuk menjana elektrik
Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA) – Mencerminkan turun naik harga bahan api global dan kadar pertukaran mata wang
Caj Kapasiti – Bayaran di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)
b. Caj Rangkaian
Menampung kos penghantaran elektrik ke premis anda, termasuk penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur.
c. Caj Runcit
Meliputi kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan dan pengurusan akaun.
Skim standard
Tarif Domestik (1500kWh dan ke bawah)
• Caj tenaga: 27.03 sen/kWh • Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh • Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh • Caj peruncitan: RM10/bulan
Tarif Domestik (Lebih 1500kWh)
• Caj tenaga: 37.03 sen/kWh • Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh • Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh • Caj peruncitan: RM10/bulan
3. Pelarasan Automatik Bahan Api (AFA)
AFA menggantikan mekanisme ICPT yang terdahulu. Ia melaras tarif setiap bulan berdasarkan ramalan harga bahan api dan kadar tukaran asing.
Manfaat kepada pengguna termasuk:
Penyesuaian tarif yang lebih telus dan mudah difahami
Mengelakkan kejutan bil akibat lonjakan tarif besar
Menggalakkan penggunaan tenaga secara cekap
4. Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan (ToU)
Skim ToU kini diperluas kepada pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah yang mempunyai pemasangan smart meter. Tempoh waktu puncak dan luar puncak telah disemak semula untuk lebih mencerminkan permintaan dan kos sistem sebenar.
Pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.
Namun, permohonan perlu dibuat untuk menikmati kadar fleksibel ini.
Tarif ToU Domestik (1500kWh dan ke bawah)
• Caj tenaga (Puncak): 28.52 sen/kWh
• Caj tenaga (Luar Puncak): 24.43 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan
Tarif ToU Domestik (Lebih 1500kWh)
• Caj tenaga (Puncak): 38.52 sen/kWh
• Caj tenaga (Luar Puncak): 34.43 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan
𝐈𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 / 𝐑𝐞𝐛𝐚𝐭
• Penggunaan 600kWh dan ke bawah: Caj peruncitan RM10 dikecualikan
• Penggunaan 1000kWh dan ke bawah: Rebat sehingga 25 sen/kWh di bawah Insentif Cekap Tenaga
Di bawah struktur baharu ini, sistem harga 5 peringkat sedia ada (dari 21.80 sen/kWh hingga 57.10 sen/kWh) akan digantikan dengan sistem harga yang lebih ringkas:
– 27.03 sen/kWh untuk penggunaan 1500kWh ke bawah
– 37.03 sen/kWh untuk penggunaan melebihi 1500kWh
Namun, bil elektrik kini akan akan paparkan caj tambahan yang diperincikan seperti tenaga, kapasiti, rangkaian dan peruncitan. Secara purata, jumlahnya sekitar 44.5 sen/kWh.
Skim standard
Tarif Domestik (1500kWh dan ke bawah)
• Caj tenaga: 27.03 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan
Tarif Domestik (Lebih 1500kWh)
• Caj tenaga: 37.03 sen/kWh
• Caj kapasiti: 4.55 sen/kWh
• Caj rangkaian: 12.85 sen/kWh
• Caj peruncitan: RM10/bulan
Rujuk jadual di bawah:
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 iaitu bantuan bulanan sehingga RM40 sebulan bagi Ketua Isi Rumah berstatus miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti elektrik yang berhampiran.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar tarif elektrik baru bermula 1 Julai 2025, sila rujuk laman web Tenaga Nasional Berhad : https://www.mytnb.com.my/tariff/index.html#faq