Tanda apendiks ada kalanya sering disalah anggap sebagai masalah perut kembung. Perkara ini berlaku kerana keadaan sakit mungkin sama dalam sesetengah situasi.
Biasanya apendiks yang tersumbat boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan. Sekiranya tidak ditangani dengan segera, ia boleh mengancam nyawa.
Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini.
Apa itu Apendiks?
Apendiks merupakan organ sepanjang 3.5 inci daripada usus besar. Walaupun funginya masih belum jelas sehingga hari ini, namun ia mengandungi tisu khusus yang boleh menghasilkan antibodi.
Apendiks yang terdedah kepada keradangan boleh pecah sehingga menumpahkan bahan jangkitan ke dalam rongga perut.
Ini seterusnya boleh mendorong kepada komplikasi jangkitan rongga perut (peritonitis) iaitu keradangan yang teruk pada lapisan rongga perut dan boleh mengakibatkan maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Sekiranya anda disahkan mengalami appendicitis, rawatannya utamanya adalah pembedahan kecemasan. (Selain antibiotik)
Sekiranya tidak dilakukan, apendiks yang sedang membengkak boleh pecah dan kuman dari jangkitan apendiks akan merebak di seluruh ruang abdomen!
Situasi ini dinamakan sebagai PERITONITIS iaitu jangkitan ruang abdomen yang serius dan boleh menyebabkan kematian jika lambat dirawat.
Tiada bukti yang menunjukkan pengambilan cili dan jambu batu sebagai punca appendicitis. Namun untuk mencegah masalah ini, makanlah makanan yang kaya dengan serat seperti buah dan sayuran.
Tanda Apendiks Yang Perlu Anda Tahu
Memetik Hello Doktor, dianggarkan kira-kira 75% peratus individu dengan apendiks mengalami gejala yang memerlukan rawatan perubatan dalam masa 24 jam selepas keradangan bermula.
Antara tanda apendiks yang boleh dikenalpasti adalah rasa sakit perut iaitu :
Kesakitan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila kesakitan beralih ke bahagian bawah perut sebelah kanan.
Sakit yang bertambah teru semasa bersin, batuk, menarik nafas dalam dan semasa bergerak.
- Kesakitan bertambah teruk dalam masa beberapa jam
- Rasa sakit yang sukar dijelaskan dan tidak pernah dirasai sebelum ini.
- Selain itu, pesakit juga mungkin boleh alami simptom lain seperti :
- Hilang selera makan
- Loya atau muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Susah untuk kentut
- Demam
- Perut kembung
- Kekejangan perut
- Sakit ketika membuang air kecil
- Keletihan tanpa sebab
- Abdomen bengkak
- Lebih kerap dan mudah terasa ingin kencing
- Sakit semasa meregangkan kaki kanan atau pinggul kanan.
Beza Simptom Perut Berangin Dengan Tanda Apendiks
Ada kalanya, masalah apendiks sering disalah anggap sebagai perut berangin. Jadi anda perlu ketahui perbezaan gejalanya. Antara simptom apendiks yang berbeza dengan perut berangin adalah :
- Kerap membuang angin termasuk sendawa, boleh berlaku lebih 13 hingga 21 kali sehari.
- Perut kembung
- Sakit abdomen
Rawatan Sakit Appendiks
Rawatan utama bagi sakit appendiks adalah pembuangan apendiks iaitu appendectomy.
Sekiranya doktor mengenalpasti jangkitan apendiks yang dialami, doktor akan mengeluarkan apendiks tersebut bagi mengelakkan komplikasi apendiks pecah.
Sekiranya apendiks telah membentuk abses, doktor akan mengalirkan nanah dan seterusnya mengeluarkan apendiks yang berjangkit tersebut.
Biasanya, pesakit boleh bangun dan bergerak selepas 12 jam pembedahan. Walau bagaimana pun, anda hanya boleh lakukan aktiviti seperti normal dalam masa 2 ke 3 minggu.
Sekiranya pembedahan dilaukan dengan instrumen laparoskopi (instrumen seakan teleskop nipis bagi melihat di dalam perut), luka akan kelihatan lebih kecil dan pemulihan akan jadi lebih cepat.
Faktor Risiko Apendiks
Sesetengah individu mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menalami masalah apendiks. Antara faktor risiko yang boleh menyumbang kepada apendiks adalah :
- Usia
- Kebanyakan pesakit apendiks berusia di antara 10 hingga 20 tahun.
- Jantina
- Secara umumnya, kaum lelaki lebih cenderung untuk mengalami apendisitis akut. Namun, para wanita cenderung untuk mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun.
- Kurang Ambil Makanan Berserat
- Individu yang kurang mengambil makan berserat dalam diet harian cenderung untuk mengumpul lemak dalam badan.
- Ia juga boleh menyebabkan garam terkumpul pada apendiks dan sekaligus mengakbatkan keradangan atau penyumbatan pada apendiks.
- Genetik
- Faktor genetik juga dipercaya menyumbang kepada pengembangan apendiks.
Bila Perlu Berjumpa Dengan Doktor?
Sekiranya anda alami tanda apendiks seperti kesakitan yang sukar dijelaskan pada abdomen, masalah pencernaan atau alami angin yang berlebihan daripada biasa, segeralah berjumpa dengan doktor.
Ini penting bagi mengenalpasti masalah apendiks yang dialami dan bagi mengelakkan komplikasi kesihatan yang tidak diingin.
Sumber : Public Health Malaysia, Hello Doktor, My Health, Doctor On Call