Sekiranya anda bercadang nak pergi bercuti di Bali, pastikan anda jejakkan kaki ke Taman Safari Bali!
Taman ini menempatkan pelbagai jenis haiwan liar dan sangat sesuai di kunjungi oleh seisi keluarga terutamanya bagi mereka yang ingin melihat haiwan-haiwan liar secara dekat.
Dengan konsep gabungan antara konservasi, pendidikan dan hiburan, taman ini menawarkan peluang untuk berinteraksi dengan lebih 1,000 haiwan yang berasal dari Indonesia, India dan Afrika.
Menariknya lagi, haiwan-haiwan di sini dibiarkan hidup bebas seperti dalam habitat semula jadi mereka!
Jom baca lebih lanjut mengenai Taman Safari Bali dan juga info-info berkaitan yang boleh dijadikan rujukan.
BACA JUGA: A’Famosa Safari Wonderland – Harga Tiket Masuk & Tarikan Utama
Taman Safari Bali – Pengenalan
Taman Safari Bali adalah sebahagian daripada rangkaian Taman Safari Indonesia yang diuruskan oleh Taman Safari Group. Ia juga merupakan taman safari terbaik di Asia Tenggara!
Taman safari ini telah dibuka pada 2007 dan menempatkan lebih 100 spesies haiwan termasuk harimau Sumatera, zirafah Afrika dan banyak lagi.
Taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Antaranya ialah memberi makan haiwan, menikmati persembahan haiwan serta merasai pengalaman melihat haiwan safari pada waktu malam.
Tarikan utama Taman Safari Bali ini adalah pengunjung boleh menjelajahi kawasan yang didiami oleh lebih daripada 1000 haiwan menggunakan kendaraan khusus (jeep).
Selain itu, taman safari ini juga berfungsi sebagai pusat konservasi yang memainkan peranan penting dalam pemuliharaan spesies terancam seperti harimau Sumatera, jalak putih, beruang madu dan beberapa lagi.
Dengan nuansa budaya Bali yang kental, taman ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti teater budaya Bali, zon permainan air, restoran bertemakan hutan dan sebagainya.
Lokasi dan Waktu Operasi
Alamat: Jl. Prof. Dr. Ida Bagus Mantra No.Km. 19, Serongga, Kec. Blahbatuh, Kabupaten Gianyar, Bali 80511, Indonesia.
Waktu Operasi: Setiap hari , (9 AM–5:30 PM, 6–9 PM)
Cara ke Taman Safari Bali:
Untuk ke Taman Safari Bali, anda boleh menaiki penerbangan antarabangsa dari Malaysia (Kuala Lumpur, Penang, atau Johor Bahru) ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar. Penerbangan langsung biasanya mengambil masa 3-4 jam.
Taman Safari Bali terletak lebih kurang 40 minit hingga 1 jam dari lapangan terbang mengikut keadaan trafik semasa. Dari lapangan terbang, anda boleh menaiki kereta sewa atau menaiki teksi/e-hailing.
Terdapat juga shuttle bas disediakan bagi pengunjung yang ingin menginap di hotel taman safari ini. Anda kena hubungi pihak hotel kalau nak guna perkhidmatan ini.
BACA JUGA: Harga Tiket Zoo Taiping & Night Safari, Waktu Operasi dan Fasiliti
Tarikan Utama & Aktiviti Menarik di Taman Safari Bali
Terdapat banyak tarikan dan aktiviti menarik yang boleh dinikmati di Taman Safari Bali, antaranya ialah:
1. Safari Journey
Safari Journey ialah aktiviti yang membolehkan anda menerokai habitat pelbagai haiwan dari dekat. Anda akan menaiki bas safari atau kenderaan peribadi (seperti 4×4 Jeep Safari) untuk meneroka habitat pelbagai haiwan dari tiga benua – Asia, Afrika, dan India.
Anda boleh melihat, memberi makan dan bergambar dengan haiwan-haiwan liar yang berkeliaran bebas secara dekat dalam jarak yang selamat.
Pemandu profesional juga akan memberi penerangan menarik tentang tingkah laku dan usaha pemuliharaan haiwan-haiwan ini.
2. Elephant Safari
Jangan lepaskan juga peluang untuk merasai pengalaman menunggang gajah sambil menikmati pemandangan indah taman safari ini.
Selain menunggang gajah, anda juga berpeluang memberi makan dan berinteraksi dengan gajah-gajah terlatih yang sangat mesra.
3. Waterplay Zone
Segarkan diri di kawasan permainan air yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gelongsor air, kolam arus, dan zon percikan.
Zon ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga seisi keluarga yang ingin bersantai bersama-sama sambil bermain air.
4. Night Safari
Pengalaman Night Safari ini membolehkan anda melihat haiwan nokturnal seperti harimau dan hyena yang lebih aktif pada waktu malam. Sebaiknya anda menginap di hotel yang ada di taman ini untuk pengalaman yang lebih mantap.
Selain melihat haiwan, pakej aktiviti ini turut menawarkan persembahan api, makan malam dan sebagainya. Kalau anda nak makan sambil menghadap kandang singa pun boleh!
5. Fun Zone
Taman ini juga menawarkan pelbagai permainan menarik seperti Flume Ride (perahu arus deras), Spinning Coaster, dan trampolin udara yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
6. Pertunjukan Haiwan
Di sini juga anda boleh melihat beberapa pertunjukan haiwan yang mempamerkan kebolehan haiwan melakukan aksi tertentu.
7. Zon Interaktif
Anda boleh memegang dan berinteraksi secara langsung dengan haiwan kecil seperti arnab, kambing, dan reptilia di Petting Zoo. Anda juga berpeluang mengambil gambar bersama burung-burung eksotik di Aviary.
Peta Taman Safari Bali
Terdapat macam-macam lagi aktiviti dan tarikan yang anda boleh cuba di Taman Safari Bali ini. Untuk maklumat lebih lanjut dan terperinci, anda boleh layari pautan laman web rasmi Taman Safari Bali.
Harga Tiket Masuk & Cara Beli Tiket di Klook
Harga tiket masuk ke taman safari ini berbeza mengikut kategori sama ada anda warganegara Indonesia atau warganegara asing. Anda perlu menyediakan passport atau kad pelajar sekiranya anda bukan warganegara Indonesia.
Terdapat lapan pakej dengan harga yang berbeza, iaitu:
PAKEJ 1: Breakfast With Lion
Harga bermula: RM211.72
- Admission to Taman Safari Bali
- Full Buffet Breakfast at Tsavo Lion Restaurant
- Animal, Elephant, and Tiger Educational Presentation
- 1-time Safari Journey
PAKEJ 2: Dragon Package
Harga bermula: RM241.20
- Safari Journey 1x
- Lunch at Uma Restaurant
- Animal Educational Presentation
- Tiger Educational Presentation
- Elephant Educational Presentation
PAKEJ 3: Jungle Hopper – General Day Admission
Harga bermula: RM174.20
- Safari Journey 1x (Tram Safari)
- Animal Presentation
- Tiger Presentation
- Elephant Presentation
PAKEJ 4: Jungle Hopper Legend
Harga bermula: RM201.00
- 1x Safari Journey (Tram Safari)
- Animal Presentation
- Tiger Presentation
- Elephant Presentation
- Bali Agung Performance
PAKEJ 5: Night Safari – General Night Admission
Harga bermula: RM321.60
- Welcome Drink
- Walk in Safari
- 1x Night Safari Journey (Caged Tram Safari)
- Dinner
- The African Rhythm of Dance Show
PAKEJ 6: Night Safari Premium
Harga bermula: RM402.00
- Welcome Drink
- Indian Style Dinner (4 Course Set Menu) and Cocktail at Ranthambore
- Tiger Feeding (Optional Activity based on Animal Condition)
- 1x Night Safari Journey (Caged Tram Safari) (Activity will be done together with other visitors)
- Walk-in Safari (Activity will be done together with other visitors)
- Photo with Animal (1x)
PAKEJ 7: Safari Lion Package
Harga bermula: RM294.80
- 1x Safari Journey
- Animal Educational Presentation
- Tiger Educational Presentation
- Elephant Educational Presentation
- Package Benefit (Souvenir)
- Lunch at Tsavo Lion Restaurant
PAKEJ 8: VIP Rhino (for 8+ Only)
Harga bermula: RM469.00
- Welcome Drink at Warung Gajah
- VIP Express Access for Ticketing
- Unlimited Safari Journey (VIP Access at Toraja Terminal)
- Animal Presentation, Tiger Presentation, Elephant Presentation
- Elephant Safari (for 8+ Only)
- Lunch at Tsavo Lion Restaurant
- Package Benefit
- Photo with Animal 1x
- Water Playzone Access
NOTA: Harga pakej-pakej di atas adalah berdasarkan laman wen rasmi Taman Safari Bali, Indonesia.
Anda boleh membeli tiket masuk ke Taman Safari Bali melalui KLOOK untuk memudahkan anda dan bagi mendapatkan harga dengan promosi istimewa!
Caranya mudah sahaja;
Taip Bali Safari and Marine Park Ticket dalam kotak carian di bawah, dan klik SEARCH.
Klook.comMaklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai Taman Safari Bali melalui laman sesawang rasmi di pautan berikut: https://www.balisafarimarinepark.com/
BACA JUGA: Weekend Getaway Di Malaysia, Pilihan Destinasi Mesra Poket!