Taman Botani Diraja Johor – Tempoh Percubaan & Harga Tiket Masuk

Taman Botani Diraja Johor - Tempoh Percubaan & Harga Tiket Masuk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Taman Botani Diraja Johor – Tempoh Percubaan & Harga Tiket Masuk

Taman Botani Diraja Johor kini dibuka kepada orang ramai bermula 15 Julai 2025 secara rasmi dalam tempoh percubaan.  

Tempoh percubaan ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai menikmati fasiliti dan keindahan taman sambil pihak pengurusan mengumpul maklum balas untuk penambahbaikan sebelum pembukaan penuh kelak.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Taman Botani Diraja Johor. 

Taman Botani Diraja Johor 

Taman Botani Diraja Johor merupakan taman botani berskala besar pertama di negeri Johor.

Ia dibangunkan dengan visi utama sebagai pusat penyelidikan, pemuliharaan biodiversiti, pendidikan alam sekitar, serta pelancongan ekologi yang berprestij. 

Dengan keluasan sekitar 56 ekar, taman ini menjadi rumah kepada pelbagai spesies pokok endemik, herba, bunga-bungaan tropika, dan tumbuhan yang semakin pupus. 

Keistimewaan taman ini terletak pada reka bentuk landskapnya yang menggabungkan elemen moden dan tradisional.

Taman ini mempunyai beberapa zon bertema contohnya seperti Laman Inggeris, Laman Jepun, Taman Herba, Taman Paku Pakis dan banyak lagi. 

Taman ini juga sering menjadi lokasi penganjuran program pendidikan alam sekitar, bengkel botani serta aktiviti komuniti yang melibatkan sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Lokasi & Waktu Operasi

  • Alamat: Jalan Ayer Molek, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia (Berdekatan Zoo Johor).
  • Waktu Operasi: Setiap hari dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, termasuk pada hujung minggu dan cuti umum. 

Waktu operasi ini adalah sepanjang tempoh percubaan yang bermula pada 15 Julai 2025, membolehkan pengunjung menikmati fasiliti dan keindahan taman pada waktu yang sesuai dan selesa.

Harga Tiket Masuk Taman Botani Diraja Johor

KategoriHarga Tiket Masuk
Warganegara DewasaKanak-kanak Warganegara (5-12 tahun)Warga Emas Warganegara (60 tahun ke atas)RM2.00
Bukan Warganegara DewasaRM30.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah / OKUPercuma

Tempoh Percubaan 

Taman Botani Diraja Johor kini sedang melalui fasa tempoh percubaan atau simulasi pembukaan. Ini bermakna, pengunjung berpeluang menjadi antara yang terawal merasai suasana dan kemudahan baharu yang disediakan sebelum ia dibuka sepenuhnya kepada umum. 

Apa yang Perlu Anda Tahu?

Dalam tempoh percubaan ini, Taman Botani Diraja Johor dibuka secara terhad untuk membolehkan pihak pengurusan menguji operasi, kemudahan dan keselamatan pengunjung.

Pengalaman awal pengunjung sangat penting untuk menambah baik perkhidmatan sebelum pembukaan rasmi sepenuhnya. 

Anda boleh masuk melalui pintu utama bersebelahan Zoo Johor, di mana laluan khas telah dibina untuk menghubungkan kedua-dua lokasi ikonik ini. 

Sepanjang tempoh percubaan, beberapa kemudahan dan zon mungkin masih dalam proses penambahbaikan. 

Namun, pengunjung tetap dapat menikmati keindahan landskap, berjalan di laluan tematik serta meneroka pelbagai checkpoint menarik seperti Laman Inggeris, Taman Herba dan banyak lagi. 

BACA JUGA: Port Makan Durian Segamat, Johor 2025 – Lokasi & Harga

Apa Yang Menarik di Taman Botani Diraja Johor?

@placesmalaysia

One Of The Most Beautiful Botanical Garden In Johor! 😍🌿 . 📌 Step into the serene oasis of Taman Botani Iskandar in Johor, where nature meets stunning architecture! 🏰 Inspired by the Mughal Sultans of India with a touch of Moroccan elegance, this botanical garden is a picture-perfect escape! 📸🌺 . 【 Taman Botani Iskandar 】 📍 79100 Iskandar Puteri, Johor ✅ 9am – 6pm (Weekday) ✅ 10am – 6pm (Weekend) . #tamanbotaniiskandar #johor #johorbahru #jb #iskandarputeri #malaysia

♬ Picnic – Blue Poem
Sumber: Places Malaysia

Walaupun masih dalam fasa percubaan, terdapat pelbagai tarikan menarik yang telah tersedia untuk pengunjung. Antaranya ialah:

1. Denai Hutan Tropika

Pengunjung berpeluang menyusuri denai hutan yang direka khas untuk memberi pengalaman mendekati alam semula jadi secara santai.

Denai ini dihiasi dengan pokok-pokok hijau yang merimbun serta flora tempatan yang jarang ditemui. Udara yang segar, kicauan burung, dan suasana yang damai menjadikan laluan ini sesuai untuk aktiviti berjalan kaki atau ‘nature walk’ bersama keluarga. 

2. Pelbagai Jenis Bunga & Tumbuhan Herba

Bagi penggemar bunga, terdapat pelbagai bunga berwarna-warni yang pasti mencuri perhatian. Pelawat boleh melihat pelbagai jenis bunga yang ditanam secara terancang dan disusun cantik mengikut tema warna. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis tumbuhan ubatan tradisional yang digunakan dalam perubatan Melayu ditanam di sini. 

3. Kolam Hiasan dan Air Pancut

Di tengah-tengah taman, terdapat kolam hiasan yang dikelilingi air pancut dan landskap batuan, menjadikannya lokasi santai paling digemari pengunjung. Ramai pengunjung duduk di sekitar kolam ini sambil berehat, bersembang atau menikmati pemandangan.

4. Gazebo dan Pondok Rehat

Untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, taman ini turut menyediakan beberapa gazebo dan pondok rehat di lokasi strategik. Ia membolehkan pengunjung berehat di bawah teduhan selepas berjalan jauh menyusuri taman. 

5. Taman Permainan Kanak-Kanak

Taman Botani Diraja Johor turut mesra keluarga dengan menyediakan ruang permainan kanak-kanak yang selamat.

Ia dilengkapi dengan gelongsor, buaian dan struktur permainan lain yang membolehkan si kecil berseronok sambil berinteraksi dengan alam. Ibu bapa boleh berehat berhampiran sambil memantau anak-anak bermain dengan selamat.

6. Spot Bergambar

Terdapat banyak sudut-sudut menarik dan fotogenik di taman ini yang sesuai untuk pengunjung mengambil gambar kenangan. 

Ini menjadikan taman ini destinasi yang popular dalam kalangan pencinta fotografi dan pengguna media sosial.

Peta Taman Botani Diraja Johor

Rujuk peta di bawah untuk memudahkan penerokaan anda di Taman Botani Diraja Johor:

Fasiliti & Kemudahan

Taman Botani Diraja Johor dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti:

  • Laluan pejalan kaki mesra OKU
  • Tempat letak kereta yang luas
  • Surau dan tandas awam
  • Kafe dan kiosk makanan
  • Gazebo serta ruang rehat
  • Papan Informasi Edukatif

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut, anda boleh rujuk:

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut