Takwim Sesi Persekolahan Akan Kembali Kepada Januari – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini, tidak lama lagi.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, setakat ini perbincangan ke arah itu sedang dilakukan dan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat justifikasi-justifikasi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu mengikut Akta Pendidikan 1996.

“Kita akan balik ke Januari, jangan risau kerana saya tahu ramai ibu bapa tertunggu-tunggu dan meminta kementerian untuk kembalikan permulaan sesi persekolahan seperti biasa.

“Walau bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan tahun depan kerana kalendar akademik beserta justifikasi telahpun dikeluarkan.

“Sebagai contoh, jumlah hari bersekolah seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

“Selain itu, kita turut perlu mengambil kira takwim bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A dan B.”

takwim kpm januari
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

Sebelum ini, sesi persekolahan telah dianjakkan kepada bulan Mac susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahn bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Untuk makluman, takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri.

Rujuk :

Jelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: