Advertisements

Tawaran Bantuan Musibah Zakat UKM

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini menawarkan bantuan musibah kepada semua warga UKM yang diduga dengan sebarang bentuk bencana seperti ribut, kebakaran, banjir dan sebagainya.

Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban warga UKM yang terlibat dalam kerosakan serta kerugian harta benda serta kediaman akibat bencana.

Ia juga merupakan salah satu bentuk persediaan bagi menghadapi cuaca buruk atau bencana banjir yang dijangka bakal berlaku dalam waktu terdekat ini.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Musibah Zakat UKM.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UMP Advanced

Syarat Permohonan Bantuan Musibah Zakat UKM

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :

  • Permohonan dibuat pada tahun semasa kejadian.
  • Ditimpa musibah atau bencana alam pada diri sendiri atau keluarga (pelajar).
Bantuan Musibah Zakat UKM

Kaedah Permohonan

Anda boleh ikut panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan https://zakat.ukm.my/.
  2. Login ke dalam sistem tersebut.
  3. Lengkapkan permohonan dan muat naik dokumen yang wajib yang telah disahkan untuk melengkapkan permohonan ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlulah kemukakan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  1. Laporan polis atau bomba; atau
  2. Surat pengesahan Jawatankuasa Kampung/Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Daerah.
  3. Gambar kejadian.
  4. Penyata gaji/penyata pencen/pengesahan pendapatan bagi ibu dan bapa/penjaga/pasangan (yang berkenaan). *Bagi pasangan yang tidak bekerja, anda diminta untuk melampirkan pengesahan tidak bekerja.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Musibah Zakat UKM, sila hubungi :

  • 03-8921 4225 (Kampus Bangi)
  • 03-9145 6526 (Kampus Kuala Lumpur)

Atau boleh terus ke kaunter Zakat UKM iaitu:

Kaunter Zakat UKM Bangi,
Aras 1, Masjid UKM,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Emel: [email protected]

Semoga bantuan zakat ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dihadapi warga serta pelajar UKM yang terlibat dalam bencana.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 1.5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment