TUNS 2021: Bantuan RM3,000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil N9

Permohonan bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi tahun 2021 kini dibuka semula.

Peniaga yang berminat boleh memohon di pautan https://tuns.my bermula 1 Ogos 2021 sehingga 30 Ogos 2021.

Untuk makluman, tahun 2021 adalah tahun ketiga pelaksanaan TUNS. Sejak permulaan pada 2019 yang lalu, inisiatif ini telah berjaya membantu seramai 3,069 orang peniaga.

Para peniaga di seluruh pelusuk Negeri Sembilan untuk mengambil peluang ini bagi mengembangkan perniagaan sedia ada.

Melalui tabung ini, usahawan mikro berpeluang mendapat pembiayaan secara geran sehingga RM3,000.

Berikut adalah info lanjut yang pelru anda tahu tentang Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) beserta syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan.

 Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan 2021

Apakah Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan ‘Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat’, Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ketiga pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00juta.

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Syarat Kelayakan TUNS 2021

Syarat-syarat yang dipenuhi oleh usahawan yang ingin membuat permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
  2. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta
  3. Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh enam (6) bulan sebelum permohonan dibuat;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  5. Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
  6. Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan;
  7. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  8. Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  9. Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

Jenis Perniagaan Yang Layak

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak

  • Perkhidmatan profesional;
  • Homestay;
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh);
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  • Mesin layan diri (vending machine);
  • Dobi layan diri;
  • Kontraktor;
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik;
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang;
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.
tuns 2021

Cara Permohonan TUNS 2021

Permohonan TUNS 2021 boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.

Kaedah permohonan TUNS kali ini adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

Dokumen Sokongan

  1. Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  2. Gambar formal pemohon berukuran passport;
  3. Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
    • Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  4. Salinan dokumen pendaftaran SSM;
    • Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsianSijil perakuan pendaftaran
      • Maklumat perniagaan
      • Maklumat pemilik perniagaan terkini
    • Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Borang 24/ Borang Seksyen 78
      • Borang 49/ Borang Seksyen 58
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua  rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
  5. Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan;
    • Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon.
    • Penyata akaun perniagaan/syarikat pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Tempoh penyata kewangan/penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut.
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).
  6.  Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi;
    • Akaun peribadi mestilah atas nama pemohon.
    • Penyata akaun simpanan pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Tempoh penyata kewangan/ penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut.
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).
  7. Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
    • Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
    • Gambar hadapan premis.
    • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan.
  8. Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; dan
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti).
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
  9. Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan;
    • Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.
    • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga.
    • Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
    • Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).
    • Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
    • Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan.
    • Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditulakserta merta.

Tarikh Permohonan

Permohonan TUNS 2021 hanya dibuka dalam tempoh satu (1) bulan sahaja iaitu bermula 1 Ogos hingga 30 Ogos 2021

Pengesahan Dokumen

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/  Pengerusi MPKK).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Sila muat turun dokumen ini untuk melihat senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen: Senarai Pegawai Layak Sahkan Dokumen 

Baca juga : eRumah Johor: Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251
E-mel : [email protected]
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan Teknikal

Pada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Sila rujuk Soalan Lazim berkaitan TUNS di SINI.

Para usahawan yang berkelayakan adalah dijemput untuk membuat permohonan awal dan tidak menunggu saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan ketika dalam proses permohonan nanti.

Sekiranya memerlukan bantuan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian, tuan/puan boleh mendapatkan bantuan daripada Penyelaras Pusat Khidmat DUN masing-masing yang sentiasa bersedia untuk membantu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!