Biodata Syafiq Yusof, Pengarah Terbaik Anugerah PROFIMA

Filem pecah panggung Sheriff arahan Syafiq Yusof menampilkan sisi yang berbeza dari karya-karya terdahulu sehingga dinobat sebagai filem No.1 di Malaysia.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Syafiq Yusof.

Baca juga:

Latar Belakang

Syafiq Yusof
NamaMohd Syafiq bin Mohd Yusof
Nama PanggilanSyafiq Yusof
Tarikh Lahir7 Disember 1992
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur
PekerjaanPengarah, Pelakon, dan Penuli Skrip
Akaun Media SosialInstagram @fiq000s
X @@syafiqyusof

Kehidupan Peribadi

Syafiq Yusof
Kredit Instagram @fiq000s

Shafiq Yusof mendirikan rumah tangga bersama Aisyeah Zainal pada tahun 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan, Nuur Jannah dan Nuur Nusaybah, serta seorang anak lelaki iaitu Muhammad Nu’Aiman yang lahir pada 2023.

Sebagai seorang suami, Syafiq Yusof sentiasa meminta nasihat dari kedua-dua ayah dan ibunya untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

Nasihat ayah dan ibu agar menjaga dan setia pada isteri sentiasa menjadi kunci yang terus dipegangnya.

Syafiq Yusof
Kredit Instagram @fiq000s

Kerjaya & Profesional

Shafiq Yusof merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang berasal dari keluarga berdarah seni. Bakat seninya diwarisi daripada bapanya iaitu Dato’ Yusuf Haslam dan abangnya, Syamsul Yusof.

Sebelum menduduki kerusi pengarah, Syafiq memulakan kerjaya awalnya dengan memegang watak pembantu dalam beberapa episod dalam siri Gerak Khas dan Roda-Roda Kuala Lumpur.

Syafiq Yusof juga menghasilkan filem pendek termasuk Abangku Gengster (2010) dan Along (2011).

Sehinggalah pada tahun 2012, beliau berjaya mengarahkan filem pertama iaitu SAM: Saya Amat Mencintaimu yang bergenre romantik psiko thriler.

Siapa sangka, filem sulungnya ini berjaya melayakkan nama beliau untuk memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengarah Paling Termuda.

Pada tahun yang sama, beliau bersama sepupunya iaitu Rizal Ashreff juga turut sama mengarahkan siri drama 26 episod, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift.

Ini adalah senarai filem dan drama yang pernah diarahkan oleh anak kepada penerbit dan pengarah terkenal Dato’ Yusof Haslam:

Filem:

  • SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012)
  • Abang Long Fadil (2014)
  • Villa Nabila (2015)
  • Mat Moto (2016)
  • Desolasi (2016)
  • Abang Long Fadil 2 (2017)
  • KL Spesial Force (2018)
  • Rise To Power : KLGU (2019)
  • Misteri Dilaila (2019)
  • Penunggang Agama (2021)
  • Penunggang Agama 2 (2021)
  • Abang Long Fadil 3 (2022)
  • Sheriff: Narko Integriti (2024)

Drama:

  • Roda-Roda Kuala Lumpur (2008-2013)
  • Gerak Khas (2009-2011, 2014-2021)
  • Evolusi KL Drift: The Series (2012-2013)
  • Cinta Dari Marith (2015-2016)
  • Gerak Khas Undercover (2021-2022)
  • Special Force: Anarchy (2023)

Pencapaian Syafiq Yusof

Karya-karya Syafiq Yusof sentiasa mencuri tumpuan kerana telah berjaya membuktikan bakatnya dalam menerajui beberapa filem blockbuster seperti “KL Gangster”, “Abang Long Fadil”, dan “Polis Evo”.

Dan yang terbaru, filem aksi arahannya “Sheriff: Narko Integriti” telah mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mengutip RM55 juta dalam hanya 23 hari tayangan!

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian yang diterima Syafiq Yusof untuk karya seni yang dihasilkannya:

Anugerah:

AnugerahTahunKategoriPenerima / Karya
Festival Filem Malaysia ke-252013Pengarah HarapanSyafiq Yusof, SAM
Anugerah PROFIMA 2017Pengarah TerbaikSyafiq Yusof, Desolasi
Festival Filem Malaysia ke-292017Filem Box OfficeSyafiq Yusof, Abang Long Fadil 2

Fakta Menarik Mengenai Syafiq Yusof

  • Menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book of Records.
  • Minat dengan filem bergenre ngeri dan saspens.
  • Mempunyai sebuah syarikat Viper Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan filem, kesan visual, pasca-penerbitan dan animasi.

Tahniah Syafiq Yusof! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk menceburi bidang seni lakon dan pengarahan.

Sumber:

  1. Instagram @fiq000s
  2. Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri! Astro Awani
Bantu kami share artikel ini: