Surah Pendek Mudah Hafal Beserta Bacaan Rumi & Makna

Senarai Surah Pendek Yang Mudah Dihafal Beserta Bacaan Rumi dan Makna Surah

Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi-Nya Muhammad S.A.W. Di dalam Al-Quran ini terdapat 144 surah dan surah-surah ini merupakan panduan buat kita umat Islam, dalam meniti hari-hari kita.

Berikut kami senaraikan buat anda surah-surah pendek beserta bacaan rumi dan makna yang boleh anda jadikan sebagai bacaan sunat dalam ibadah solat anda. Diharapkan artikel ini dapat membantu kita dalam menjadi umat Islam yang lebih baik.

Senarai Surah Pendek

Berikut merupakan beberapa surah pendek beserta bacaan rumi dan makna yang mudah di hafal untuk anda jadikan sebagai surah tambahan dalam ibadah solat anda.

1. Surah Al-Fatihah

Pertama sekali, semestinya surah pendek yang wajib dihafal oleh semua umat Islam iaitu surah Al-Fatihah. Surah ini merupakan surah yang wajib dihafal kerana ia merupakan rukun wajib bagi ibadah solat. Sesiapa yang tidak membaca surah ini dalam solatnya tidak sahlah solat tersebut.

surah pendek 1
Sumber: Siti Norlina

Bacaan Rumi:

Bismillaahirraḥmaaniiraḥiim. Alḥamdulillaahi rabbi l-’aalamiin. Ar raḥmaani r-raḥiim. Maaliki yawmi d-diin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinaas ṣiraaṭal mustaqiim. Ṣiraaṭal-ladziina an’amta ‘alayhim ghayril maġhḍuubi ‘alayhim walaaḍ ḍaalliin. Aamiin

2. Surah Al-Ikhlas

Surah seterusnya yang boleh dihafal dengan mudah ialah Surah Al-Ikhlas. Surah ini mengandungi 4 ayat dan merupakan antara surah yang tergolong dalam surah-surah Makkiyyah.

قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١ ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ ٤

Bacaan Rumi:

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yụlad. Wa lam yakul lahụ kufuwan aḥad.

Makna Surah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

3. Surah Al-Falaq

Seterusnya, ialah surah Al-Falaq yang terdiri daripada 5 ayat sahaja. Surah ini juga merupakan surah yang tergolong dalam surah Makiyyah. Dalam surah ini, terdapat perintah agar kita berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan.

surah al-falaq
Sumber:

Bacaan Rumi:

Bismillahirrahmaanirrahiim.

qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad

Makna Surah:

Katakanlah (Wahai Muhammad):  “Aku berlindung kepada Rab Yang Menguasai subuh daripada kejahatan makhluk-Nya dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan-simpulan dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki

an-nas
Sumber: علی | Ali | ޢަލީ

Bacaan Rumi:

Qul a’ụżu birabbin-nās. Malikin-nās. Ilāhin-nās.Min syarril-waswāsil-khannās. Allażī yuwas wisu fī ṣudụrin-nās. Minal-jinnati wan-nās

Makna Surah:

Katakanlah (Wahai Muhammad):  “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)  manusia. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia. Tuhan yang disembah manusia. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang biasa bersembunyi. Yang membisik (kejahatan) ke dalam dada manusia. Iaitu dari (golongan) jin dan manusia

5. Surah  Al-Asr

Surah Al-‘Asr merupakan surah ke-103 dalam Al-Quran dan hanya mengandungi 3 ayat sahaja. Surah ini juga merupakan antara surah yang tergolong dalam kategori surah makkiyah. Surah ini adalah berkenaan dengan masa.

وَٱلْعَصْرِ ١ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ٣

Bacaan Rumi:

Wal-‘asr. Innal-insana lafi khusr. Illalladzina ‘amanu wa ‘amilus-salihati wa tawasau bil-haqqi wa tawasau bis-sabr

Makna Surah:

Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

6. Surah Al-Kafirun

Surah Al Kafirun merupakan surah yang ke-109 di dalam Al Quran dan mempunyai 6 ayat pendek sahaja. Seperti surah-surah sebelum ini, surah ini juga merupakan surah yang tergolong dalam surah Makiyyah.

Surah ini juga termasuk dalam kategori surah 4 Qul:

sumber: Cool_Ustaaz ❁

Bacaan Rumi:

Qul yā ayyuhal-kāfirūn. Lā a‘budu mā ta‘budūn. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Wa lā ana ‘ābidum mā ‘abattum. Wa lā antum ‘ābidūna mā a‘bud. Lakum dīnukum wa liya dīn(i).

Makna Surah:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! .Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. . Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

7. Surah  Al-Kautsar

Surah Al-Kauthar merupakan surah ke-108 dalam Al Quran. Surah ini merupakan surah Makkiyah. Surah ini juga ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran yang terdiri daripada tiga ayat sahaja.

al-kautsar
Sumber: Pencetus Ilmu

Bacaan Rumi:

Innaa a’ thoinaakal kautsar. Fa solli lirabbika wan har. Inna syaani ‘aka huwal abtar.

8. Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr pula merupakan surah ke-97 dalam al-Quran yang terdiri dari 5 ayat dan tergolong dalam surah Makkiyah.

إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ١ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ٢ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ ٣ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ ٤ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ٥

Bacaan Rumi:

Innā anzalnāhu fī lailatil-qadr . Wa mā adrāka mā lailatul-qadr. Lailatul-qadri khairum min alfi syahr. Tanazzalul-malā’ikatu war rūḥu fīhā bi’iżni rabbihim min kulli amr. Salāmun hiya ḥattā maṭla‘il-fajr.

Makna Ayat:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?, Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

9. Surah Al-Masaad

Surah Al-Masaad atau dikenali juga sebagai surah Al-Lahab merupakan surat ke-111 dalam Al-Quran yang terdiri daripada lima ayat. Surah ini menceritakan tentang Abu Lahab, bapa saudara Nabi yang menentang perjuangan Baginda.

surah al-masad
Sumber: Hamzza Ahmed

Bacaan Rumi:

Tabbat yadā abī lahabiw wa tabb. Mā agnā ‘anhu māluhū wa mā kasab. Sayaṣlā nāran żāta lahab.Wamra’atuh(ū), ḥammālatal-ḥaṭab. Fī jīdihā ḥablum mim masad

Makna Ayat:

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!. Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelora (neraka). Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali daripada sabut yang dipintal.

10. Surah Al-Fil

Surah seterusnya ialah surah Al-Fiil yang menghuraikan tentang tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Surah ini terdiri daripada lima surah dan merupakan surah ke-105 dalam Al-Quran:

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ ١ أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ ٢ وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ ٣ تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ ٤ فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ ٥

Bacaan Rumi:

Alam tarokaifa Fa ‘alarobbuka biashaabil fil. Alam Yaj’al Kaidahum Fi Tadlil. Wa Arsala ‘alaihim Thoiraan Abaabil .Tarmiihim Bihijaarotiim Min sijjiil. Faja’alahum ka’asfim Makkuul.

Makna Ayat:

Tidakkah Engkau (Muhammad) memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap pasukan bergajah?. Bukankah dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang begitu banyak jumlahnya. Yang melempari mereka dengan batu daripada tanah liat yang dibakar. Sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

11. Surah An-Nasr 

Surah pendek ke sebelas adalah surah An-Nasr. Surah ini adalah surah ke-110 dalam al-Quran. Surat ini terdiri atas 3 ayat dan merupakan satu-satunya surah pendek dalam senarai ini yang termasuk dalam golongan surah Madaniyah. 

an-nasr
Sumber:Muslim Assistant

Makna Surah:

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia maha penerima taubat.

12. Surah Al-Maun

Surah Al-Ma’un adalah surah ke-107 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri dari 7 ayat:

أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ ١ فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ ٢ وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ ٣ فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ ٤ ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٥ ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ ٦ وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ ٧

Bacaan Rumi:

Ara ai tal-la zee yukazzi bu bid-deen. Fazaalik alla zee yadu-ull yateem. Wala yahuzu alaa taamill miskeen. Fawai lul-lil musallen. Allazeena hum an salaati him sahon. Allazeena hum yuraaoun. Wayam naounal maaoun

Makna surah:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.(Kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).

Diharapkan senarai ini dapat membantu anda dalam menghafal ayat-ayat Al-Quran ini, yang seterusnya mampu menambah baik ibadah solat anda.

Baca juga: Ayat Seribu Dinar: Makna & Kelebihan Doa

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!