Sunhaji, seorang penjual air teh ais, menjadi perhatian ramai selepas menerima perlakuan kurang sopan daripada pendakwah Gus Miftah dalam sebuah acara pengajian di Magelang.
Dalam video yang tular, Gus Miftah dilihat mengeluarkan kata-kata yang dianggap menghina Sunhaji, yang kemudiannya mencetuskan reaksi negatif daripada masyarakat.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok seorang bapa yang hebat, Sunhaji.
Baca juga:
- Gus Miftah – Biodata Pendakwah Kontroversi Indonesia
- Nisa Sabyan : Biodata Penyanyi Nasyid Wanita Popular Indonesia
- Biodata Davina Karamoy, Pelakon Watak Rani “Ipar Adalah Maut”
Latar Belakang Sunhaji
Nama | Sunhaji |
Nama Panggilan | Pak Sun |
Tempat Lahir | Gesari, Banyusari, Magelang, Jawa Tengah |
Pekerjaan | Penjual teh ais |
Kehidupan Peribadi
Suhanji mempunyai seorang isteri dan dua orang anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah dan menengah pertama.
Beliau bekerja keras sebagai penjual teh ais untuk menyara keluarganya selepas mengalami kecederaan yang memaksanya berhenti daripada pekerjaan sebelumnya.
Kerjaya & Profesional
Sebelum berniaga air teh ais, Sunhaji bekerja sebagai tukang kayu. Namun, akibat kecederaan patah tulang tangan, beliau terpaksa berhenti daripada pekerjaan itu.
Demi menampung keperluan keluarganya, termasuk isteri dan dua anak yang masih bersekolah di peringkat sekolah rendah dan menengah, Sunhaji memutuskan untuk mencari rezeki dengan menjual air teh ais.
Sunhaji Dihina Gus Miftah?
Dalam video yang tular, Gus Miftah dilihat mengeluarkan komen yang dianggap memperlekehkan pekerjaan Suhanji sebagai penjual teh. Insiden ini segera mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat, terutama kerana Suhanji dianggap sebagai simbol individu yang bekerja keras untuk mencari rezeki halal.
Ramai menganggap kata-kata tersebut tidak sepatutnya keluar daripada seorang tokoh agama.
Sokongan dari Masyarakat
Sejurus selepas video itu tular, masyarakat dari pelbagai latar belakang menunjukkan sokongan kepada Suhanji. Ada yang menawarkan bantuan kewangan, menyediakan biasiswa untuk anak-anaknya, malah ada yang menyatakan hasrat untuk menaja beliau menunaikan ibadah umrah.
Insiden ini menunjukkan kekuatan solidariti masyarakat yang prihatin terhadap mereka yang tidak bernasib baik.
Permohonan Maaf Gus Miftah
Gus Miftah tidak mengambil masa lama untuk menyedari kesilapannya. Beliau segera menemui Suhanji secara peribadi untuk memohon maaf. Dalam pertemuan itu, beliau mengakui keterlanjuran kata-katanya dan berharap insiden ini menjadi pengajaran buat dirinya sendiri dan orang lain agar lebih berhati-hati dalam berucap.
Kesimpulannya, kisah Sunhaji menggambarkan perjuangan seorang ayah yang berusah keras menafkahi keluarganya meskipun menghadapi berbagai rintangan di luar.
Peristiwa ini juga menjadi pengajaran kepada semua orang akan pentingnya menghormati setiap individu, terutama mereka yang berjuang mencari nafkah dengan cara yang halal.
Sumber:
- 9 Fakta Sunhaji Bakul Es Teh Ketiban Pulung Usai Diolok-olok Gus Miftah. Detik.com
- Sosok Sunhaji, Penjual Es Teh yang Dihina Miftah, Pernah Bekerja Jadi Tukang Kayu. Kompas.com