SUKMA 2024: Tarikh dan Acara Dipertandingkan

Kemeriahan SUKMA 2024 semakan terasa dan setiap atlet yang mewakili negeri masing-masing pastinya sedang melakukan persiapan rapi untuk bertandingan dalam temasya sukan dwi-tahunan ini.

Pada tahun 2023, Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas dipersetujui secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia bagi menganjurkan sukan dwitahunan tersebut.

Jawatankuasa yang dipe­ngerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pemilihan Sarawak bagi penganjuran Sukma tahun depan turut berpandukan sistem penggiliran.

Sebelum ini, Sarawak pernah menjadi tuan rumah pada 1990 dan kali kedua pada 2016.

Tarikh

SUKMA 2024 dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos.

Majlis persmian akan diadakan pada 17 Ogos seementara Majlis Penutupan pula akan diaadakan pada 24 ogos.

Senarai acara dipertandingkan

Scara keseluruhannya, terdapat 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA 2024 kali ini termasuk 28 acara sukan wajib.

Antara 28 sukan wajib yang akan dipertandingkan ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.

Turut disenaraikan pingpong, taekwondo, karate, sepak takraw, tenpin boling, wushu, bola sepak, bola jaring, bola tampar dan tenis.

9 jenis sukan tambahan tersebut adalah tinju, muay thai, petanque, e-sport , sofbol, catur, kabbadi, silambam dan kriket.

Penganjuran UKMA 2024 bakal menghimpunkan 9,921 atlet dan 2,692 pegawai yang akan turut menyertai temasya dwi tahunan negara SUKMA XXI Sarawak 2024 itu.

Daripada jumlah itu, 5,664 atlet lelaki dan 4,257 atlet wanita, manakala 1,845 pegawai lelaki dan 847 pegawai wanita.

Artikel menarik: Pelepasan Cukai Sukan 2024: Senarai 103 Sukan Tersenarai

Lokasi pertandingan

Edisi ke-21 SUKMA akan dilangsungkan di lapan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi acara basikal trek yang diadakan di Semenanjung kerana masal ktiadaan fasiliti tersebut di Sarawak.

Logo dan maskot

logo sukma 2024

Logo rasmi temasya ini menampilkan bayang obor, dengan tiga warna (simbolik kepada bendera negeri Sarawak) iaitu merah, (di bahagian atas api obor dan bahagian genggaman), kuning (di bahagian bawah api obor) dan hitam (di bahagian antara api obor dan genggaman), dengan cogan kata “Semangat Perpaduan Membara” 

.Logo rasmi ini telah direka oleh Azrilalfatt Hassim.

Maskot rasmi bagi temasya ini adalah dua ekor burung Enggang berpasangan, yang bernama Satria dan Satrina. Maskot ini menggabungkan pewarna yang kompleks sambil kekal setia kepada warna bendera Sarawak – merah, kuning, dan hitam.

Pereka bentuk itu mencipta sejumlah 47 ikon berbeza untuk maskot, menggambarkannya dalam pelbagai aksi sukan, dengan 37 ikon mewakili sukan yang berbeza dan 10 ikon khusus untuk temasya Para Sukma.

Lagu rasmi temasya ini bertajuk Sukma Sarawak, Kesukanan dan Perpaduan dan digubah oleh Kaderi Awang Lihi.

Untuk informasi terkini, layar laman web Majlis Sukan Negara https://www.nsc.gov.my/sukma2024/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!