TAWARAN SUKARELAWAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2024/2025
Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan kini dibuka.
Inisiatif oleh YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga.
Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun berminat dan menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025 ini, bolehlah memohon.
Rujuk info sepenuhnya di bawah.
Pengenalan
Selaras dengan tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM dan sebagai usaha mengatasi beban tugas guru, pelantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam diteruskan bagi peperiksaan SIJIL PERLAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2024.
Seperti yang dijadualkan, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM mulai Disember 2024 hingga Februari 2025.
Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:
- Prinsip : Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
- Elaun : Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;
- Tugas : Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja
- Lantikan : Lantikan adalah tertakluk kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan
Iklan Tawaran Sukarelawan Sebagai Pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024
KATEGORI PEMOHON
- Pesara Kerajaan (Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- Pelajar Institus Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta, Institut Pendidikan Guru, Lepasan Asasi / Matrikulasi
- Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri / Sekolah Swasta / Maktab Rendah Sains MARA
- Anggota Kumpulan Pelaksana / Pekerja Kontrak Kerajaan
- Kakitangan bukan kerajaan / pesara kerajaan / pesara swasta
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 1 hingga 30 November 2024 secara online melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.
Rujuk langkah permohonan dalam video tutorial di bawah.
Tugas Pengawas SPM
Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.
Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
- Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik;
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah;
- Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala); dan
- Mempunyai pengangkutan sendiri;
Rujuk : NOTA LENGKAP PERSIAPAN TEMUDUGA SPP (2023/24)
Cara Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024
Permohonan dibuka sehingga tarikh yang akan diberitahu.
Kaedah Memohon :
- Permohonan melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
Cara Memohon:
- Klik pada PAUTAN https://elp.moe.gov.my/auth/login
- Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
- Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
- Isi Maklumat Diri
Rujuk video berikut:
Semakan Keputusan & Prosedur Penerimaan Permohonan
Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
Tak tahu nak pakai baju apa yang sesuai sebagai Pengawas Peperiksaan? Shopee menawarkan Shopee Fashion Markdown, pakaian serendah RM9.90 bermula jam 12.00pm hingga 2.00pm setiap hari.
Tarikh & Jadual SPM 2024
Tarikh dan jadual SPM 2024 telah diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Sila rujuk di sini untuk lampiran penuh.
“MALAYSIA MADANI”
Shopee sediakan kini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas melalui Jualan Rahmah.
Baca juga :
- iPhone 15 Malaysia : Harga, Spesifikasi, Tempahan, Perbandingan
- STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
Maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2024, sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/home/main
- Facebook Lembaga Peperiksaan Rasmi
- Kementerian Pendidikan Malaysia