Starlink Malaysia: Harga Pakej Internet & Cara Langganan

Starlink telah ditawarkan di Malaysia, dengan langganan bulanan RM220 untuk kelajuan mencapai 100Mbps, disamping perlu membeli peralatan terlebih dahulu pada harga bermula RM2300.

Starlink, perkhidmatan internet satelit oleh SpaceX, akhirnya tersedia untuk pembelian di Malaysia selepas pertama kali diperkenalkan lebih setahun lalu.

Syarikat itu menerima Lesen Kemudahan Rangkaian dan Pembekal Perkhidmatan baru-baru ini yang diperlukan untuk mengendalikan perkhidmatan di sini secara sah di Malaysia.

Pengumuman ini dibuat selepas pertemuan antara Elon Musk dan Perdana Menteri Malaysia secara virrtual pada 14 Julai lalu.

Penawaran internet oleh Starlink menjadikan Malaysia negara ke 60 yang dapat menikmati kemudahan internet satelit ini.

Apa Itu Starlink?

Starlink ialah sistem buruj satelit yang bertujuan untuk menyampaikan liputan internet global.

Sistem ini sangat sesuai untuk kawasan luar bandar dan terpencil secara geografi di mana sambungan internet tidak boleh sukar diperolehi atau tidak wujud.

Starlink menggunakan buruj satelit orbit Bumi rendah (LEO) untuk menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.

SpaceX ialah syarikat roket dan kapal angkasa milik persendirian yang diasaskan oleh Elon Musk pada tahun 2002.

Starlink beroperasi menggunakan teknologi perkhidmatan internet satelit yang telah wujud selama beberapa dekad.

Daripada menggunakan teknologi kabel, seperti gentian optik untuk menghantar data internet, sistem satelit menggunakan isyarat radio melalui ruang vakum.

Stesen bumi menyiarkan isyarat kepada satelit di orbit, yang seterusnya menyampaikan data kembali kepada pengguna Starlink di Bumi termasuklah Malaysia.

Kini Starlink telah mula menawarkan langganan bersama perkakasan untuknya di seluruh Malaysia, meliputi kedua-dua Semenanjung dan Malaysia Timur.

Menurut SpaceX, pelanggan boleh mengharapkan untuk melihat kelajuan muat turun sekitar 100Mbps.

Perkhidmatan ini tidak disertakan dengan kontrak dan memerlukan pengguna memasang sendiri perkakasan dan membeli kit permulaan.

Kit Starlink dilengkapi dengan antena tatasusunan berperingkat elektronik dengan pangkalan yang sesuai untuk pemasangan internet, penghala WiFi dan kabel.

Versi standard, yang dicadangkan oleh Starlink untuk “pengguna kediaman dan aplikasi Internet setiap hari” berharga RM2,300.

Kit berprestasi tinggi, yang berharga RM11,613, disyorkan untuk “pengguna kuasa dan aplikasi perusahaan”.

Starlink mendakwa bahawa kit berprestasi tinggi itu menawarkan rintangan cuaca yang lebih baik, kelajuan tiga kali lebih baik pada suhu melebihi 35°C dan jarak penglihatan yang lebih baik, terutamanya di kawasan yang mempunyai halangan yang tidak dapat dielakkan.

Pelanggan boleh mencuba perkhidmatan internet Starlink selama 30 hari dan memulangkan perkakasan untuk bayaran balik penuh jika mereka tidak berpuas hati dengannya.

Cara melanggan

beli starlink

Pelanggan perlu membayar tambahan RM100 untuk kos penghantaran dan pengendalian, dengan masa penghantaran dijangka antara satu hingga dua minggu.

Untuk melanggan, anda perlu membuat tempahan melalui laman web Starlink di alamat https://www.starlink.com/

Masukkan lokasi anda untuk mengetahui liputan Starlink di tempat anda sebelum membuat pembelian.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!