Pengumuman Khas Perdana Menteri : Senarai kemudahan-kemudahan / kelonggaran SOP bagi individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap.
Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah menerima vaksin lengkap.
Berikut dikongsikan senarai kelonggaran sop tersebut untuk makluman bersama.
Syarat-syarat Penerima Vaksin Lengkap
- Telah menerima 2 dos vaksin (Pfizer / AstraZeneca / Sinovac) dan hanya terpakai selepas 14 hari suntikan kedua vaksinasi tersebut.
- Bagi vaksin 1 dos (Johnson & Johnson / Cansino), kelonggaran ini terpakai selepas 28 hari menerima vaksin tersebut.
Kesemua kemudahan vaksinasi lengkap itu berkuatkuasa pada Selasa, 10 Ogos.
KELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP – DI SEMUA NEGERI / FASA PPN
Kemudahan bagi mereka yang lengkap divaksinasi untuk semua Fasa PPN:
- Suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
- Kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu lengkap vaksinasi.
- Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap
- Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat
Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:
Baca juga: Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)
KELONGGARAN SOP BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP DI NEGERI FASA 2 & SETERUSNYA
Senarai kemudahan sektor sosial bagi penduduk yang lengkap divaksinasi di negeri yang berada pada Fasa 2 PPN dan seterusnya :
- Rentas daerah dibenarkan bagi individu lengkap vaksinasi di negeri Fasa Dua dan seterusnya
- Aktiviti dine-in (makan di restoran) dibenarkan di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya
- Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal, bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya
- Pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan.
Rujuk perincian SOP oleh MKN seperti dalam infografik di bawah:
Kemudahan diberi bukan bermakna rakyat boleh abaikan SOP yang ditetapkan.
Kerajaan tidak teragak-agak tarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan atau SOP yang ditetapkan.
PM Muhyiddin arah Menteri Dalam Negeri pastikan kementerian, agensi bertanggungjawab pergiat penguatkuasaan dan pemantauan atas kemudahan diberi.
Sementara itu, kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN dan akan diumum dalam waktu terdekat.
Baca juga: BKSS 7.0: Permohonan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga