Apa itu Skim Insuran Hayat Selangor (INSAN) ?
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang bakal melindungi enam juta individu merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya.
Program ini akan memberi manfaat kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun. M40, B40, orang Melayu, orang Cina, orang India, lelaki atau wanita, semuanya layak untuk bantuan ini.
Menurut Dato’ Menteri Besar, Selangor dipercayai menjadi negeri pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan keselamatan kepada penduduknya tanpa mengira latar belakang.
“Kerajaan ini saya kira kerajaan pertama di Malaysia yang berupaya melindungi nyawa dan hayat rakyatnya.
“Kalau ada kemalangan, kematian, atau kehilangan pancaindera akan ada pembayaran dengan pencaruman yang sudah dibayar,” katanya.
Perkara ini diumumkan melalui Ucapan Hari Kebangsaan Dato Menteri Besar Selangor pada 31 Ogos 2022 yang lalu.
Tahukah anda apakah itu INSAN dan apakah pula kelebihannya?
Jom kami kongsikan lebih lanjut melalui artikel ini.
Apakah Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) ?
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
Bagi tahun 2023, INSAN Takaful dengan kuota 3 juta Rakyat Selangor yang beragama Islam adalah penambahbaikan kepada skim perlindungan konvensional yang sedia ada dan berteraskan patuh Syariah iaitu wang pampasan dari RM10,000 sehingga RM20,000 termasuk kemalangan yang berlaku di luar negara.
Nilai tambah perlindungan takaful ini juga memberikan kelebihan kepada pemegang sijil untuk membuat tuntutan wang pampasan sebanyak RM50 sehari bagi kemasukan wad.
Menerusi INSAN, setiap individu akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.
Antara manfaat INSAN Takaful yang berlandaskan prinsip Syariat Islam sehingga RM20,000 dan antaranya adalah:
- Perlindungan Takaful Kematian RM11,000
- Perlindungan Takaful Kemalangan melibatkan kematian di luar negara RM20,000
- Perlindungan Takaful Hilang Upaya Kekal RM10,000
- Perlindungan Takaful kemasukan wad RM50 sehari sehinggan 30 hari maksima
Syarat Kelayakan
Anda layak untuk mendaftar JIKA :
- Nombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri Selangor
ATAU - Alamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri Selangor
ATAU - Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor
Selain itu, rakyat Selangor berusia 7 tahun sehingga 18 tahun kini juga telah dilindungi di bawah skim ini.
Ibu bapa diminta untuk mengikuti langkah mudah di bawah untuk mendapatkan sijil INSAN anak anda.
Tarikh Pendaftaran INSAN 2023 (Skim Insurans Hayat Selangor)
Pendaftaran baharu Sim Insurans Hayat Selangor (INSAN) bermula pada 4 OGOS 2023.
Pemegang sijil INSAN sedia ada akan ditukarkan ke perlindungan takaful secara automatik setelah tamat tempoh perlindungan dibawah pelan konvensional
*Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan
Semakan Status
Untuk membuat semakan status pendaftaran anda, sila rujuk langkah berikut:
- Layari laman web https://programinsan.com/
- Isikan nombor kad pengenalan anda yang sah
- Sila rujuk butiran yang dipaparkan untuk simpanan anda.
Cara Membuat Tuntutan (Claim Insurans)
Layari laman web berikut https://programinsan.com untuk memastikan sijil INSAN itu milik anda.
*tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.
Untuk sebarang pertanyaan tentang tuntutan, anda boleh hubungi Rakan Insurans Rasmi INSAN, AmGeneral Insurance di talian 1 800 88 6333 atau email [email protected] . Untuk maklumat lanjut, layari www.amassurance.com.my
MBI Jawab Isu INSAN
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, agensi pelaksana Skim Insurans Am Selangor (INSAN), menolak tohmahan mereka yang memburuk-burukkan usaha melindungi penduduk negeri ini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan update terkini mengenai skim ini, sila rujuk saluran berikut:
- Facebook INSAN Selangor
- Laman web https://programinsan.com/
TALIAN HOTLINE
Talian 1: +60162504199 (Malay/Tamil/English)
Talian 2: +60164354199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 3: +60164474199 (Malay/Mandarin/English)
Talian 4: +60162534199 (Malay/English)
Talian 5: +60162514199 (Malay/Tamil/English)
Talian 6: +60169256627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 7: +60102846627 (Malay/Tamil/English)
Talian 8: +60109206627 (Malay/Tamil/English)
Talian 9: +60168416627 (Malay/Mandarin/English)
Talian 10: +60105616627 (Malay/English)
E-mel: [email protected]
Laman web : https://wavpay.net/insan-selangor/
Baca juga: