Skim Bantuan Zakat Pendaftaran IPT MAIJ Untuk Peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Bantuan Zakat IPT Dalam Negara oleh oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) kini dibuka.

MAIJ komited dalam menguruskan hal ehwal agama Islam negeri Johor termasuk menguruskan kumpulan wang zakat dan fiitrah serta mengagihkannya kepada asnaf yang menetap di negeri tersebut.

Bagi menyokong golongan asnaf fisabilillah dalam melanjutkan pelajaran, MAIJ kini menawarkan Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara bagi pelajar yang sedang melanjutkan pengajian bagi peringkat tertentu.

Pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan dialu-alukan untuk memohon.

Baca Juga : Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan bagi bantuan ini dibuka mulai 1 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022 secara atas talian.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut :

  • Sijil (kecuali STAM dan STPM)
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
Bantuan Zakat IPT

Kadar Bantuan Zakat IPT MAIJ

Kadar bantuan yang bakal diterima oleh pelajar adalah mengikut peringkat pengajian iaitu :

  • Peringkat Sijil: RM300.00
  • Peringkat Diploma (semester pertama): RM500.00
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda (semester pertama): RM1,000.00

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia beragama Islam dan merupakan anak kelahiran Johor serta menetap di dalam Negeri Johor.
  • Bermastautin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita keluarga pemohon tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).
  • Terbuka untuk kemasukan pendaftaran semester pertama sahaja.

Cara Memohon

Calon boleh rujuk pada cara permohonan seperti di bawah :

  • Layari laman web MAIJ iaitu https://epayment.maij.gov.my/.
  • Klik menu “Daftar Pengguna.”
  • Masukkan no. kad pengenalan dan klik “Semak No. Kad Pengenalan.”
  • Sekiranya nombor kad pengenalan telah berdaftar, laman web tersebut akan memaparkan data pengguna telah didaftarkan. Klik menu “Klik Di Sini” untuk mengemaskini kata laluan.
  • Sekiranya data pemohon tiada dalam sistem, lengkapkan maklumat peribadi pemohon.
  • Selepas maklumat pendaftaran dilengkapkan, klik “Setuju’ dan “Simpan.”
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Klik pada menu “Bantuan IPT Dalam Negeri.”
  • Lengkapkan butiran-butiran seperti:

– Maklumat pemohon.

– Maklumat ibu bapa atau penjaga.

– Maklumat pengajian.

  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Klik “Hantar” dan “Cetak Slip” sebagai rujukan permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga diminta untuk kemukakan dokumen sokongan seperti yang disenaraikan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa.
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua tanggungan.
  • Salinan slip gaji atau borang pengesahan pendapatan.
  • Salinan surat tawaran IPT
  • Salinan sijil akademik (SPM/STAM/STPM).
  • Salinan sijil berhenti sekolah terakhir.
  • Dokumen yuran pendaftaran.
  • Gambar berukuran passport.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Zakat IPT Dalam Negara, sila layari laman Facebook rasmi MAIJ.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!