MyDigital ID Malaysia – Identiti Digital Nasional (IDN) 2024

Mungkin ada rakyat Malaysia akhir-akhir ini berasa gelisah dengan pelaksanaan Program ID Digital Nasional (IDN) @ MyDigital ID yang bakal bermula pada 2024.

Segelintir pengguna media sosial mendidakwa akan mendedahkan data peribadi rakyat.

Dato’ Paduka Dr Ibrahim Ali, Presiden Parti Putra turut mendakwa bahawa IDN adalah merupakan satu “rantai ghaib” yang dipasang ke atas badan seseorang kerana dengan kaedah Artificial Inteligent (AI), setiap pergerakan, citarasa, hatta pemikiran pemakai IDN adalah mudah dikawal seolah haiwan yang dirantai.

Namun adakah dakwaan ini benar? Apakah yang anda faham tentang program MyDigital ID ini?

Jom kita baca selanjutnya melalui artikel ini.

mydigital id

Apa Itu MyDigital ID Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)?

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.

ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ada menyuarakan kebimbangan kononnya cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN).

Maka dengan itu beliau menjelaskan bahawa IDN yang dilaksanakan Mimos Berhad (MIMOS), merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, malah ia bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bergiat aktif dalam memberikan penerangan dan penjelasan, malah kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.

ID Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

mydigital id
Sumber infografik: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

mydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIA
mydigital id MY DIGITAL ID MALAYSIA

Kelebihan MyDigital ID

Antara kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia adalah:

  1. Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
  2. Menghapuskan pertindihan data identiti
  3. Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
  4. Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
  5. Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
  6. Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)

NOTA : Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengatakan bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk ambil cap jari, sebaliknya Digital ID ini adalah single sign on.

Tarikh Pelaksanaan & Pendaftaran

ID Digital atau Identiti Nasional ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

Pendaftaran akan dibuka kepada umum pada Mac 2024.

Cara Daftar & Login My Digital ID Malaysia

Pendaftaran IDN boleh dibuat melalui Kios IDN.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di kios IDN:

  1. Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
  2. Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
  3. Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN

Pautan muat turun aplikasi MyDigitalID :

  1. Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.mimos.signetclient&hl=en&gl=US
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/mydigital-id/id1435289143

Maklumat pendaftaran dan lokasi kios pendaftaran akan disenaraikan di laman web MyDigital ID kelak.

Rujuk video berikut untuk memahami lebih lanjut tentang cara pelaksanaan MyDigital ID ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.mimos.my/main/portfolio/mydigital-id/

MIMOS Sebagai Pusat R&D dan Pelaksana

MIMOS Berhad  dilantik sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bertanggungjawab sebagai pelaksana program MyDigital ID Malaysia atau Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.

Pada 21 November 2023, dilaporkan bahawa peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada awal Disember 2023 oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa MIMOS menyelenggarakan ID Digital untuk Malaysia : “Ada keperluan segera, ada peruntukan untuk maksud tersebut (Digital ID) yang diluluskan KDN. Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan minta program pelaksana itu diawalkan. Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan,”

id digital malaysia idn identiti nasional

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program ID Digital juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan November 2023.

Beliau menjelaskan ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.

Cetusan Idea

Menteri Komunikasi dan Multimedia pada ketika itu, YB Gobind Singh Deo telah mengilhamkan idea untuk mewujudkan ID Digital Nasional pada Oktober 2018.

Persetujuan Jemaah Menteri telahpun dicapai pada 8 Mei 2019 untuk memulakan kajian komprehensif mengenai rangka kerja ID Digital Nasional.

Mandat itu telah diberikan kepada MCMC supaya mengesyorkan model pelaksanaan dengan langkah-langkah selanjutnya untuk pelaksanaan ID Digital Nasional.

Seterusnya, Kajian komprehensif bagi memperkenalkan satu rangka kerja Identiti (ID) Digital Nasional yang berpaksikan pengguna untuk rakyat Malaysia telahpun bermula pada 21 November 2019.

Pada tahun 2020, kerajaan telah menerbitkan satu kertas Public Consultation Report on National Identity (ID) Framework For Malaysia (2020). Report tersebut boleh diakses di link berikut : https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Public-Consultation-Report_National_DI.pdf

Baca sepenuhnya : https://www.mcmc.gov.my/

Bagi membangunkan aspirasi ini juga, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Februari 2021.

id digital malaysia identiti nasional idn

Contoh Negara Yang Melaksanakan ID Digital

ID digital telah dilaksanakan oleh kerajaan di beberapa negara seperti di United Kingdom, Estonia, Kanada, India dan lain-lain.

Ianya telah memudahcara orang awam di negara–negara tersebut mengakses perkhidmatan serta melakukan transaksi dalam talian dengan mengesahkan identiti diri mereka menggunakan identiti digital.

Antara transaksi  yang boleh dilaksanakan oleh rakyat di negara seperti Estonia dengan identiti digital contohnya adalah membuka akaun tanpa perlu hadir secara fizikal di bank  untuk membuktikan identiti, melakukan konsultasi dengan doktor dan mendapatkan preskripsi ubat-ubatan dalam talian melalui akses kepada rekod kesihatan, melakukan transaksi penyewaan  hartanah, mengundi dalam talian, e-pembelajaran dan lain-lain.

Maklumat Lanjut MyDigital ID (IDN)

MyDigital ID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

Sila layari laman web https://www.mimos.my/main/portfolio/mydigital-id/

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!