KOMSAS Tingkatan 5: Sinopsis Novel Tirani

sinopsis novel tirani
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi pelajar yang ingin mengetahui sinopsis novel Tirani, berikut merupakan sinopsis keseluruhan novel ini.

Sinopsis penting bagi membantu pelajar memahami keseluruhan penceritaan novel ini.

Pengenalan

Novel Tirani merupakan sebuah novel yang dikarang oleh Beb Sabariah yang merupakan anak kelahiran Betong, Sarawak.

Novel ini mengisahkan penceritaan mengenai obsesi kecantikan diri oleh Waheeda yang merupakan watak utama dalam novel ini.

Tema Novel Tirani

Tema utama novel ini adalah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.

Sinopsis Novel Tirani

Novel tirani mengisahkan mengenai seorang gadis iaitu Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.

Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.

Novel ini juga memaparkan cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Ini menyebabkan akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di chalet itu. Walau bagaimanapun, jauh di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

Rujuk KUPASAN DAN KAJIAN KOMSAS BITARA TINGKATAN 5 di SINI.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut