Singo Pear : Manfaat Pada Kesihatan dan Petua Redakan Batuk

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Anda pernah dengar tentang Singo Pear? Buah yang juga dikenali sebagai Korean Pear, Asian Pear atau Golden Pear ini dikatakan mempunyai gabungan rasa epal dan pear.

Rasanya yang manis dan rangup bukan sahaja digemari ramai, malah ia turut mengandungi pelbagai kebaikan untuk kesihatan.

Ia juga merupakan buah yang popular dalam kalangan para ibu kerana ia dikatakan berkesan untuk membantu bayi meredakan batuk dan sembelit.

Ayuh kita kenali manfaat Singo Pear untuk tubuh dengan lebih lanjut.

singo pear

Kelebihan Singo Pear Untuk Kesihatan

1. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Serat yang terkandung dalam buah pear istimewa ini didapati berpotensi untuk mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

Selain itu, kandungan potassium yang terdapat dalam buah ini juga dapat membantu menstabilkan tekanan darah secara semulajadi.

2. Untuk Atasi Batuk Berkahak

Singo Pear mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting untuk meningkatkan ketahanan tubuh seperti vitamin C, vitamin K dan potassium.

Ia juga merupakan salah satu ramuan yang sering digunakan oleh tabib Cina untuk mempercepat penyembuhan.

Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan dapat melegakan batuk berkahak kerana kandungan airnya yang tinggi.

Ini secara tidak langsung dapat membantu lendiran kahak untuk keluar dengan mudah melalui najis.

Ia juga merupakan alternatif yang sesuai bagi mengatasi batuk yang dialami oleh kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah.  

Tambahan pula, buah ini memiliki risiko alergi yang lebih rendah berbanding buah-buahan lain.

Jadi, ibu bapa tidak perlu risau untuk memberikannya kepada si kecil.

3. Dapat Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Buah Singo Pear yang padat dengan kebaikan serat juga sesuai untuk diambil oleh pesakit diabetes kerana ia dapat membantu tubuh menyerap gula dengan lebih perlahan.

4. Melancarkan Sistem Pencernaan

Disebabkan buah ini tinggi kandungan serat, ia juga sesuai untuk diambil bagi mengatasi masalah sembelit.

5. Baik Untuk Ibu Hamil

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Singo Pear ini juga baik untuk diamalkan oleh ibu hamil.

Ia mengandungi folic acid yang berfungsi untuk membina sel dan DNA bagi perkembangan bayi.

singo pear

Petua Redakan Batuk Dengan Singo Pear

Disebabkan ia tinggi vitamin C dan K, buah ini sangat bagus untuk tingkatkan sistem pertahanan badan.

Maka, tak hairanlah mengapa ramai yang amalkan buah ini ketika sedang batuk. Ia juga selamat dimakan oleh kanak-kanak.

Ayuh kita semak cara penyediaannya.

Bahan-bahan :

  • 1 biji Singo Pear
  • ¼ cawan madu asli
  • Sedikit hirisan halia
  • 1 cawan air

Cara-cara :

  • Basuh buah pear dengan bersih dan cabut tangkai.
  • Potongkan sedikit bahagian bawah pear dan letakkan ke dalam mangkuk.
  • Buang bahagian tengah buah pear dan potong buah secara melintang.
  • Buka bahagian atas buah dan letakkan hirisan halia di bahagian kosong di tengah.  
  • Kemudian, tuangkan madu ke dalam buah dan tutupkan semula.
  • Stimkan buah pear sehingga kulitnya merekah.
  • Buah pear dan jusnya sedia untuk dinikmati.
singo pear

Selain stim, para ibu juga boleh mengolah buah pear ini kepada puri untuk diberikan kepada bayi.

Walaupun buah ini tak sepopular buah pear hijau atau buah lai, namun Singo Pear ini rupanya terkandung pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting untuk menguatkan sistem imuniti tubuh.

Sangat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga termasuk ibu hamil dan bayi.

Sumber : drkarenslee.com, WebMD, siraplimau.com

Baca Juga : Buah Naga: 9 Manfaat Kepada Kesihatan Seluruh Tubuh Badan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut