Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera

sijil digital vaksin
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

AWAS! JANGAN KONGSI SIJIL DIGITAL VAKSIN ANDA

Dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada penerima vaksin lengkap, sijil digital vaksin kini menjadi perhatian ramai yang ingin mengambil kesempatan.

Bahkan, sebelum ini tular di mana sijil vaksinasi ‘palsu’ yang dijual dengan harga RM15 di media sosial dan online shopping.

Oleh itu, diingatkan bahawa jangan sesekali berkongsi ID, Kata Laluan My Sejahtera serta sijil digital vaksinasi anda di media sosial atau kepada sesiapa pun.

Anda seharusnya berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi di MySejahtera masing-masing.

SIJIL DIGITAL VAKSIN
Sumber: KPDNHEP

Baca juga: Ibu Mengandung Boleh Dapat Vaksin Tanpa Temujanji MySejahtera

Tips Keselamatan Mengelakkan ‘Pencuri Identiti’

3 tips penting untuk mengelakkan pencuri identiti Sijil Digital Vaksin anda:

  1. Jangan tunjuk status MySejahtera.
  2. Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.
  3. Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin

Sekiranya didedahkan ketiga-tiga maklumat ini, ia akan membuka ruang kepada ‘pencuri’ identiti dan penggodam.

Sijil Digital Vaksin Tidak Perlu Dicetak

Dalam sebuah laporan oleh Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan.

Katanya, orang ramai boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya.

Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan ia tidak perlu langsung untuk mencetak.

“Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR),” katanya.

Selain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.

“Masing-masing ada kad itu dan saya pernah jumpa rakyat yang ‘laminate’ kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad. Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya.

“Guna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Baca juga: Cara Kemaskini MySejahtera: Gagal Kemaskini Boleh Didenda

NOTA PENTING

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis akan menjalankan siasatan terhadap penjualan sijil digital vaksinasi palsu tersebut termasuk di platform e-dagang.

Justeru, usah membuka peluang kepada golongan tidak bertanggunjawab menggunakan maklumat peribadi kita untuk tujuan berkaitan sijil digital vaksinasi.

Diharapkan jika anda sudah memuatnaik informasi ini terus bertindak memadamkannya sebelum ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut