Setia Itu Mahal – Sinopsis, Pelakon & Sedutan Episod

Setia itu mahal
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

“Setia Itu Mahal” adalah sebuah drama Melayu yang telah mula disiarkan sejak 28 Julai 2025 di slot Akasia TV3. Selain TV3, anda juga boleh menonton drama ini di IQIYI melalui pautan berikut: https://www.iq.com/album/setia-itu-mahal-2025

Drama ini diterbitkan oleh Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. arahan Jamal Khan serta dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Anna Jobling, Redza Rosli dan ramai lagi. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Drama TV3 Setia Itu Mahal. 

Sinopsis Drama Setia Itu Mahal

Drama Setia Itu Mahal mengisahkan tentang Dr. Hakim Amirullah (Zahiril Adzim), seorang doktor berdedikasi yang menyimpan luka lama dalam diam.

Dia pernah mencintai seorang wanita bernama Dalina Rizwani(Anna Jobling), namun takdir memisahkan mereka. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula tetapi keadaan kini jauh lebih rumit.

Dalina sudah pun bertunang dengan Tengku Farid(Redza Rosli), pewaris keluarga ternama, yang kelihatan sempurna di mata semua orang… kecuali Hakim. 

Setia Itu Mahal, Slot Akasia TV3

Kemunculan semula Hakim menggugat keyakinan Dalina terhadap masa depannya. Dalam dilema antara cinta lama yang tidak pernah padam dan ikatan baru yang sudah dirancang, Dalina berperang dengan emosinya sendiri.

Dr. Sofea(Rita Nadira), rakan sekerja Hakim yang menyimpan perasaan terhadapnya, mula merancang sesuatu demi memastikan cinta hatinya tidak dirampas semula oleh wanita masa lalu.  Manakala konflik antara keluarga, rahsia lama dan hasad dengki mula merumitkan keadaan. 

Setia Itu Mahal, Slot Akasia TV3

Adakah Dalina akan kekal setia pada suaminya, atau terjebak pada nostalgia cinta lama? Saksikan drama penuh debaran ini untuk menyelami liku-liku perasaan dan kisah benar di sebalik erti “setia” dalam rumah tangga. 

  • Episod: 28
  • Penulis Skrip: Sophilea
  • Pengarah: Jamal Khan
  • Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd

BACA JUGA: Seadanya Kita – Sinopsis, Pelakon & Sedutan Episod

Barisan Pelakon & Watak

Berikut ialah barisan pelakon yang membintangi drama Setia Itu Mahal, TV3 Slot Akasia:

Nama PelakonWatak Dalam Drama
Zahiril AdzimDr Hakim Amirullah
Anna JoblingDalina Rizwani
Redza RosliTengku Farid
Rita NadiraDr Hanis Sofea/Tengku Natasya
Sharifah HusnaTengku Natasya
Maya FathiaAliya
Arfie ShahTengku Faizal
Aida KhalidaSakinah
Riezman KhuzaimiTengku Zahim
Natasha RoslanIfah
Habeeb RaselyRazi
Zarrin NuqmanZafri
Kamal IbrahimLukman
Faha AzharRaymond
Aurora Lee
Norshuhada
Rayyan Mikael
Fana Azizan
Bella Nabila

Waktu Siaran

Drama Setia Itu Mahal disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di Slot Akasia, TV3. Drama ini memulakan siaran perdana pada 28 Julai 2025 dan berakhir pada 3 September 2025.

  • Tarikh Tayangan: 28 Julai 2025 – 3 September 2025
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Platform: Akasia TV3 / iQIYI

Untuk peminat penstriman digital, anda juga boleh menonton “Setia Itu Mahal” di platform iQIYI sejam selepas siaran TV, iaitu jam 8:00 malam. 

Lagu Tema (OST)

Lagu tema (OST) utama untuk drama Setia Itu Mahal ialah “Lemah” nyanyian Dayang Nurfaizah.

Selain itu, drama ini juga menampilkan lagu “Hingga Lain Waktu” nyanyian Harry Kazuma yang turut dimainkan sepanjang beberapa babak penting bagi memberi kesan dramatik kepada jalan cerita.

Sedutan Episod Setia Itu Mahal

Episod 1:

Episod 2:

Episod 3:

Episod 4:

Episod 5:

Episod 6:

Episod 7:

Episod 8:

Episod 9:

Episod 10:

Episod 11:

Episod 12:

Episod 13:

Episod 14:

Episod 15:

Episod 16:

Episod 17:

Episod 18:

Episod 19:

Episod 20:

Episod 21:

Episod 22:

Episod 23:

Soalan Lazim Setia Itu Mahal

1. Apakah cerita utama dalam drama “Setia Itu Mahal”?

Cerita ini berkisarkan Dalina, isteri dan ibu yang kehidupannya bahagia digugat kemunculan cinta lama, Tengku Farid, hingga dia terperangkap antara menunaikan kesetian kepada suami atau perasaan lamanya.

2. Siapa pelakon utama dalam drama ini?

Jawapan: Antara pelakon utama ialah Zahiril Adzim (Dr Hakim Amirullah), Anna Jobling (Dalina Rizwani), Redza Rosli (Tengku Farid), Rita Nadira (Dr Hanis Sofea), dan Sharifah Husna (Tengku Natasya).

3. Bilakah drama ini mula ditayangkan?

Drama ini mula ditayangkan pada 28 Julai 2025 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3, dan turut boleh ditonton di iQIYI pada jam 8 malam.

4. Berapa episod dalam drama Setia Itu Mahal?

Drama ini mempunyai sebanyak 28 episod.

5. Apakah tema utama drama ini?

Tema utamanya ialah kesetiaan dalam rumah tangga, cabaran rumahtangga, cinta lama yang kembali serta pengorbanan seorang isteri dan suami demi mempertahankan kebahagiaan keluarga.

6. Siapa pengarah dan penulis skrip drama ini?

Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skripnya ditulis oleh Sophilea.

7. Bagaimana cara nonton drama di iQIYI?

Untuk menonton drama Setia Itu Mahal di iQIYI, muat turun aplikasi iQIYI atau layari laman web iQIYI, kemudian cari judul “Setia Itu Mahal” dan tonton episod secara percuma pada jam 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat. Pastikan mendaftar akaun iQIYI untuk akses penuh kepada semua episod yang tersedia.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut