Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi (Malaysia lwn Thailand)

Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022-2023

Seperti yang kita sedia maklum, Harimau Malaya berjaya menewaskan Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan skuad kendalian Kim Pan Gon itu sekali gus melayakkan pasukan negara mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang jadual perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022 ini.

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi 2022

Pasukan negara akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir yang diadakan secara timbal balik pada 7 dan 10 Januari ini.

Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara kumpulan B, Vietnam yang akan berhadapan naib juara kumpulan A, Indonesia.

Jadual Separuh Akhir Piala Mitsubishi Electric AFF 2022

Sumber: Football Association of Malaysia

SEPARUH AKHIR 1

MALAYSIA lawan THAILAND

Sabtu, 7 Januari 2023 (8.30 malam)

Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil

Siaran LIVE: https://rtmklik.rtm.gov.my/

Tayangan siaran langsung aksi perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 Malaysia lwn Thailand di 14 lokasi seluruh negara

Ayuh rakyat Malaysia! Tunjukkan sokongan padu untuk team #HarimauMalaya kita!!!

SEPARUH AKHIR 2

THAILAND lawan MALAYSIA

Selasa, 10 Januari 2023 (8.30 malam waktu Malaysia)

Tempat: Thammasat Stadium, Bangkok

Harga Tiket

Siaran Media: FAM Kekal Harga RM30 Untuk Tiket Separuh Akhir AFF 2022

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk mengekalkan harga sama seperti perlawanan peringkat kumpulan bagi tiket Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini (7 Januari 2023).

Ini bermakna, tiket bagi aksi separuh akhir pertama itu akan dijual pada harga RM30 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6-12 tahun) bagi tempat duduk Terbuka, RM50 bagi tempat duduk Premium dan RM60 bagi tempat duduk Grandstand.

Keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura, malam tadi.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 setakat ini.

Tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama itu hanya akan dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula jam 3.00 petang ini. Tiada penjualan di kaunter.

Sebagai perbandingan, harga tiket RM30 bagi tempat duduk Terbuka ini sama seperti harga tiket perlawanan separuh akhir, Malaysia lwn Thailand pada Piala Suzuki AFF 2018 dan adalah lebih rendah daripada harga tiket RM40 ketika perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia lwn Vietnam.

Bagaimanapun, hanya sejumlah 59,000 keping tiket yang akan dijual bagi perlawanan separuh akhir pertama, Sabtu ini memandangkan sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

Situasi ini tidak dapat dielakkan yang mana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan aksi skuad Harimau Malaya di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 ini tetap dapat dilangsungkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil berbanding jika ia diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.

Diharap para penyokong Harimau Malaya dapat meneruskan sokongan padu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand, Sabtu ini, jam 8.30 malam.

Skuad Harimau Malaya kemudian akan terbang ke Bangkok pada Ahad bagi menghadapi pula perlawanan separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Thammasat pada Selasa, 10 Januari 2023.

Dalam pada itu, FAM turut ingin menasihati para penyokong supaya berhati-hati dengan pembelian tiket selain daripada secara dalam talian di www.tickethotline.com.my.

Ini kerana, bagi perlawanan menentang Singapura semalam, FAM telah mendapati bahawa terdapat penjualan tiket palsu.

FAM berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama ini dan tindakan keras akan diambil terhadap pelaku.

Noor Azman Hj Rahman
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

tiket piala aff separuh akhir

Format Piala AFF Mitsubishi 2022

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan mengikut format 2018, perubahan daripada format 2020 dengan venue berpusat akibat pandemik COVID-19 di Asia Tenggara.

Dalam format semasa, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan ranking ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan dua perlawanan.

10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan berlima dan bermain sistem round robin dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Undian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah.

Senarai Juara Piala AFF Terdahulu (1996-2022)

 
TAHUNJUARASKORRUNNER-UP
1996Thailand1-0Malaysia
1998Singapura1-0Vietnam
2000Thailand4-1Indonesia
2002Thailand2-2 (aet)

(pen 4-2)
Indonesia
2004Singapura3-1, 2-1

(agg 5-2)
Indonesia
2007Singapura2-1, 1-1

(agg 3-2)
Thailand 
2008Vietnam2-1, 1-1

(agg 3-2)
Thailand 
2010Malaysia3-0, 1-2

(agg 4-2)
Indonesia
2012Singapura3-1, 0-1

(agg 3-2)
Thailand
2014Thailand2-0, 2-3

(agg 4-3)
Malaysia
2016Thailand1-2, 2-0

(agg 3-2)
Indonesia
2018Vietnam2-2, 1-0

(agg 3-2)
Malaysia
2020Thailand4-0, 2-2

(agg 6-2)
Indonesia
2022  TBC TBC TBC

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!