Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024 Mengikut Negeri

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024 Mengikut Negeri
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024 Mengikut Negeri

Pertama sekali, tahniah kepada semua para pelajar yang telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2024. Tahniah! 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 telah diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) dan ia pastinya menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh para pelajar, ibu bapa serta pihak sekolah.

Gred Purata Kebangsaan (GPK) bagi SPM 2024 mencatatkan penurunan kepada 4.49 berbanding 4.60 pada tahun 2023, menandakan peningkatan prestasi keseluruhan pelajar. ​

Seramai 14,179 calon atau 3.7 peratus memperoleh semua A (A+, A, dan A-) dalam semua mata pelajaran, meningkat daripada 11,713 calon atau 3.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Sebanyak 355,933 calon atau 94 peratus layak menerima sijil SPM pada tahun 2024, meningkat daripada 349,297 calon atau 93.5 peratus pada tahun 2023.

Seramai 86,040 calon atau 22.7 peratus memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran, meningkat daripada 83,112 calon pada tahun sebelumnya.

Jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 402,918, meningkat sebanyak 6,994 calon atau 1.7 peratus berbanding 395,924 calon pada tahun 2023. ​

Peningkatan dalam pelbagai aspek ini mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara ini. 

BACA JUGA: Senarai Ranking MRSM Terbaik 2025 (Keputusan SPM 2024)

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024

Berikut ialah senarai ranking 30 sekolah terbaik SPM 2024 mengikut Gred Purata Sekolah:

  1. SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB)- 0.93
  2. Sekolah Tun Fatimah(STF)- 1.04
  3. Kolej Tunku Kurshiah – 1.05
  4. Maahad Tahfiz Negeri Pahang-1.15
  5. SM Sains Tuanku Munawir SASER -1.16
  6. SBP Integrasi Rawang SEPINTAR – 1.16
  7. Sekolah Alam Shah SAS- 1.17
  8. Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK- 1.23
  9. Sekolah Seri Puteri SSP- 1.24
  10. Kolej Yayasan Saad KYS- 1.24
  11. MRSM Kuala Kubu Bharu-1.26
  12. MRSM Kepala Batas- 1.31
  13. SM Sains Hulu Selangor SEMASHUR – 1.32
  14. SM Sains Tuanku Aishah Rohani -1.34
  15. MRSM Johor Bahru -1.35
  16. MRSM Tun Ghafar Baba -1.39
  17. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)-1.41
  18. MRSM Ulul Albab Gemencheh-1.41
  19. MRSM Taiping-1.41
  20. MRSM Pengkalan Chepa-1.43
  21. SMAP Kajang- 1.48
  22. MRSM Kota Putera-1.48
  23. MRSM Sungai Besar-1.48
  24. MRSM Balik Pulau-1.48
  25. SMK Tengku Sarafudin Badlishah -1.51
  26. Sekolah Dato Abdul Razak SDAR- 1.51
  27. MRSM Batu Pahat- 1.51
  28. SM Sains Seri Puteri SESERI- 1.51
  29. MRSM Pasir Salak-1.54
  30. SMKA Sheikh Hj Mohd Said SHAMS- 1.54

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024 Mengikut Negeri

KEDAH

KELANTAN

TERENGGANU

NEGERI SEMBILAN

PERAK

MELAKA

PAHANG 

PULAU PINANG

SABAH

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024 MRSM

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2024 SBP

Sumber:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut