Susulan pengumuman rentas negeri yang dibenarkan mulai 11 Oktober 2021, pihak PLUS telah memaklumkan senarai R&R dan hentian yang dibuka beserta panduan SOP dan kebenaran aktiviti dine-in.
Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan, memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi & patuhi SOP yang ditetapkan.
Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS seperti yang tertera dalam visual di bawah.
Selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut.
Pastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.
Rujuk senarai lokasi R&R yang dibuka di bawah.
Waktu Operasi R&R PLUS Mulai 11 Oktober 2021
R&R PLUS akan dibuka dari jam 6:00 pagi -12 tengah malam.
Senarai R&R PLUS Yang Dibuka
Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS terpilih sahaja mulai tarikh berikut:
8 Oktober 2021
- R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
- R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
- R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
- R&R Rawang (Arah Utara)
- OBR Sg. Buloh
- R&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)
- R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
- Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
- R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)
- R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
- OBR Ayer Keroh- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
- R&R Machap (Arah Utara & Selatan)
11 Oktober 2021
- R&R Ajil (Arah Utara)
- R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
- R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)- R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)
Baca juga: Kebenaran Rentas Negeri Berkuatkuasa 11 Oktober 2021
Pastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.
Berikut adalah panduan Operasi R&R dan Hentian Sebelah Lebuhtraya PLUS:
- Sentiasa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal dalam kawasan R&R
- Gerai makanan & minuman dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
- Surau dibuka, sila bawa peralatan solat sendiri
- Pra-pesanan dibuka melalui aplikasi PLUS atau pautan orderdisini.com.my
- Tandas awam masih dibuka
- Kemudahan vending machines ada disediakan
- Stesen minyak masih beroperasi 24 jam
- Kedai serbaneka dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
- Gazebo telah dibuka. Namun tapak permainan masih ditutup.
Baca juga: Senarai SOP Terkini Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)
Pra-pesanan Makanan
Oleh itu, selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut.
Pengguna juga boleh membuat pra-pesanan makanan terlebih dahulu melalui https://orderdisini.plus.com.my/
Maklumat Lanjut :