Senarai Pelepasan Cukai 2023 Untuk e-Filing 2024

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2023 LHDN (e-Filing 2024)

Seperti setiap tahun, pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2023 dan Tahun Saraan 2023 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2024.

LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2023 untuk makluman semua pembayar cukai.

Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi e-filing 2024 nanti.

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

I) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :

JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)
Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111
Berasingan
1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,111
2. Berkahwin + 1 Anak  
3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444
Bersama
1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,000
2. Berkahwin + 1 Anak50,0004,167
3. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333

Nota:

* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000

** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak

*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000

Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama

II) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

Perniagaan terdiri daripada:

  • Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri
    • Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
  • Perkongsian
    • Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
      • Individu-individu
      • Dua syarikat
      • Individu dan syarikat
      • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh Perniagaan :

  • Perniagaan Runcit
  • Perniagaan Pasar Malam / Gerai
  • Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)
  • Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk
  • Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah
  • Perniagaan Jualan Langsung / Stokis
  • Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger
  • Pertanian dan Penternakan
  • Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional
  • Pemandu Teksi / e-hailing

Senarai Pelepasan Cukai 2023 (Untuk e-Filing 2024)

IMBAS KEMBALI : PELEPASAN CUKAI 2022

Pelepasan cukai 2022 2023

Rujuk jadual penuh Pelepasan Cukai LHDN 2022 Untuk e-Filing 2023 :

Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
1Individu dan saudara tanggungan9,000
2Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)8,000 (Terhad)
3Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)6,000 (Terhad)
4Individu kurang upaya6,000
5Yuran pengajian (Sendiri):

Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

Peringkat sarjana atau doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajianKursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000)
7,000 (Terhad)
6Perbelanjaan perubatan bagi:

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)

Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)

Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak) (Terhad RM1,000)
8,000 (Terhad)
7Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).

Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak.

Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak
8Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; dan

Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
2,500 (Terhad)
9aGaya hidup – Pelepasan tambahan kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997

Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan

Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997
500 (Terhad)
9bGaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan2,500 (Terhad)
10Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)
11Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)
12Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2022 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022)8,000 (Terhad)
13Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
14Suami / Isteri kurang upaya5,000
15aAnak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun2,000
15bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
15bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

– mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau

– berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau

– mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

– kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
8,000
15cAnak Kurang upaya6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. = RM 8,000
16 Insuran nyawa dan KWSP  Kategori penjawat awam berpencenPremium insurans nyawa yang tidak membuat caruman KWSP / skim yang diluluskan ATAU Kategori SELAIN daripada 16(i) Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000) Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)7,000 (Terhad)
17Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)
18Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)
19Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017350 (Terhad)
20 Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:

– Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar (Klik sini) dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992

– Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong

– Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992
1,000 (Terhad)
21Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad)

JADUAL PELEPASAN CUKAI 2023 UNTUK E-FILING 2024 / Sumber: https://www.hasil.gov.my/

Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. 

Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :

  1.  Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
  2. Lapor Pendapatan Tahunan
  3. Bayar Cukai Pendapatan

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.

NOTA:

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Pendaftaran secara e-Daftar :

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2023 / 2024

Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2022 bagi memudahkan proses e-Filing 2024.

Hasil Care Line

  • 03-8911 1000
  • 603-8911 1100 (Luar Negara)

Rujukan Segera

  • Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan)
    • 03-8911 1200
  • Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian)
    • 03-8911 1300
  • e-Filing
    • 03-8911 1400
  • Bantuan Khas Kerajaan / Bantuan Keluarga Malaysia
    • 1800-88-2747

Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.

Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan

Perhatian: Untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau “Permohonan”.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!