Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk e-Filing 2025

pelepasan cukai 2021 2022
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Senarai Pelepasan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2024 LHDN (e-Filing 2025)

Seperti setiap tahun, pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 dan Tahun Saraan 2024 melalui e-Filing bagi pembayar cukai individu dan selain individu iaitu Borang BE, B, M, BT, MT, P, TF, TP dan E boleh dilakukan mulai 01 Mac 2025.

LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2023 untuk makluman semua pembayar cukai.

Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi e-filing 2024/2025 nanti.

Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?

Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.

Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran

I) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :

JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)
Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111
Berasingan
1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,111
2. Berkahwin + 1 Anak  
3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444
Bersama
1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,000
2. Berkahwin + 1 Anak50,0004,167
3. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333

Nota:

  • * Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
  • ** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
  • *** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000

Baca juga: ezHASiL: Panduan Isi eFiling Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama

II) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).

Perniagaan terdiri daripada:

  • Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri
    • Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
  • Perkongsian
    • Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
      • Individu-individu
      • Dua syarikat
      • Individu dan syarikat
      • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh Perniagaan :

  • Perniagaan Runcit
  • Perniagaan Pasar Malam / Gerai
  • Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)
  • Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk
  • Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah
  • Perniagaan Jualan Langsung / Stokis
  • Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger
  • Pertanian dan Penternakan
  • Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional
  • Pemandu Teksi / e-hailing

Senarai Pelepasan Cukai 2024 (Untuk e-Filing 2025)

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU PEMASTAUTIN TAHUN TAKSIRAN 2024

PELEPASAN CUKAI INDIVIDU

  • Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000
  • Individu dan saudara tanggungan: RM9,000
  • Yuran pengajian (sendiri): RM7,000
    i) Di peringkat tertiari selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
    ii) Di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (terhad RM7,000).
    iii) Kursus peningkatan kemahiran (terhad RM2,000).
  • Potongan tambahan individu kurang upaya: RM6,000
    Suami/isteri kurang upaya: RM5,000

INSURANS & CARUMAN

  • Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh: RM3,000
  • SSPN (Tabung Bersih): RM8,000
  • PERKESO / Sistem Insurans Pekerjaan: RM350
  • Insurans pendidikan dan perubatan (individu, suami, isteri atau anak): RM3,000
  • Insurans nyawa dan KWSP: RM7,000
    i) Premium insurans nyawa / caruman KWSP (sukarela) (terhad RM7,000).
    ii) Caruman KWSP (sukarela) / WAJIB / skim yang diluluskan untuk pekerja asing (terhad RM4,000).

GAYA HIDUP

  • Gaya hidup (manfaat diri sendiri, pasangan atau anak): RM2,500
    i) Pembelian dan langganan bahan bacaan.
    ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar / tablet.
    iii) Bil langganan internet (nama sendiri).
    iv) Yuran kursus peningkatan kemahiran / ujian pemanduan.
  • Gaya hidup – Pelepasan tambahan (manfaat diri sendiri, pasangan atau anak): RM1,000
    i) Pembelian peralatan sukan dan bayaran penyertaan sukan.
    ii) Pendaftaran program pengajian.
    iii) Fi keahlian gimnasium / latihan sukan.
  • Pemasangan / sewaan / pembelian / yuran langganan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri: RM2,500

PERUBATAN & KEPERLUAN KHAS

  • Perbelanjaan perubatan (diri sendiri, pasangan atau anak): RM10,000
    i) Penyakit serius.
    ii) Rawatan kesuburan.
    iii) Penjagaan kehamilan.
    iv) Pemeriksaan COVID-19 dan vaksinasi.
    v) Kos diagnosis intervensi awal autisme, hiperaktif dan disleksia.
  • Perbelanjaan untuk ibu bapa: RM8,000
    i) Perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, keperluan harian dan penjagaan.
    ii) Pemeriksaan kesihatan (terhad RM1,000).
  • Peralatan sokongan asas OKU (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa): RM6,000

PELEPASAN CUKAI ANAK

  • Anak di bawah umur 18 tahun belum berkahwin: RM2,000
  • Anak – 18 tahun dan ke atas: RM2,000
    i) Belum berkahwin.
    ii) Belajar sepenuh masa.
  • Pelepasan tambahan anak kurang upaya: RM8,000
    i) Umur 18 tahun ke atas, belum berkahwin.
    ii) Belajar sepenuh masa (Diploma atau setaraf di Malaysia / ijazah dan ke atas di luar Malaysia).
  • Anak kurang upaya belum berkahwin: RM6,000
  • Yuran taska / tadika berdaftar: RM3,000
    i) Umur 6 tahun dan ke bawah.
    ii) Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri.
  • Pembelian peralatan penyusuan: RM1,000
    i) Pembayar cukai wanita sahaja.
    ii) Anak berumur kurang 2 tahun.
    iii) Boleh dituntut sekali setiap 2 tahun taksiran.

E-FILING 2025 PELEPASAN CUKAI 2024
Sumber infografik : LHDNM

Penafian: Ilustrasi ini hanyalah ringkasan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hasil.gov.my atau rujuk jadual di bawah:

SENARAI LENGKAP – PELEPASAN CUKAI LHDN BAGI Tahun Taksiran 2024 (Kemaskini sehingga 17 Disember 2024)

Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)
1Individu dan saudara tanggungan9,000
2Perbelanjaan untuk ibu bapa :

Rawatan perubatan, pergigian, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

Pemeriksaan perubatan penuh (Terhad RM1,000)
8,000 (Terhad)
3Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya6,000 (Terhad)
4Individu kurang upaya6,000
5Yuran pengajian (Sendiri):

Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah – Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

Peringkat sarjana atau doktor falsafah – Sebarang bidang atau kursus pengajian

Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000)
7,000 (Terhad)
6Perbelanjaan perubatan bagi:

Penyakit serius ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anakRawatan kesuburan ke atas diri sendiri atau suami / isteri

Pemvaksinan ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak (Terhad RM1,000)

Pemeriksaan dan rawatan pergigian (Terhad RM1,000)
10,000 (Terhad) 
7Perbelanjaan (Terhad RM1,000) bagi:

Pemeriksaan perubatan penuh ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak

Ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak

Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami / isteri atau anak
8Perbelanjaan (Terhad RM4,000) ke atas anak berumur 18 tahun dan ke bawah bagi:

Penilaian untuk tujuan diagnosis kurang upaya pembelajaran

Program intervensi awal atau rawatan pemulihan kurang upaya pembelajaran
9Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian atau langganan buku / jurnal / majalah / surat khabar / lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan)

Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

Yuran kursus peningkatan kemahiran / kemajuan diri
2,500 (Terhad)
10Gaya hidup – pelepasan tambahan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997

Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan

Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997Fi keahlian gymnasium / latihan sukan
1,000 (Terhad)
11Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Potongan dibenarkan sekali dalam  setiap DUA (2) tahun taksiran)1,000 (Terhad)
12Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar3,000 (Terhad)
13Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2023 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2023)8,000 (Terhad)
14Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri4,000 (Terhad)
15Suami / Isteri kurang upaya5,000
16aAnak – Di bawah umur 18 tahun2,000
16bAnak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)2,000
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau

berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
8,000
16cAnak Kurang upaya6,000
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.8,000
17Insurans nyawa dan KWSP

Kategori penjawat awam skim berpencen, selain penjawat awam skim berpencen dan bekerja sendiri:

Caruman wajib kepada skim yang diluluskan atau caruman sukarela kepada KWSP (tidak termasuk skim persaraan swasta) atau caruman di bawah mana-mana undang-undang bertulis (Terhad RM4,000)

Bayaran premium insurans hayat atau sumbangan takaful keluarga atau caruman sukarela tambahan kepada KWSP (Terhad RM3,000)
7,000 (Terhad)
18Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)3,000 (Terhad)
19Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)
20Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017350 (Terhad)
21Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)2,500 (Terhad)
Sumber: https://www.hasil.gov.my/individu/

Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai?

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. 

Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :

  1.  Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
  2. Lapor Pendapatan Tahunan
  3. Bayar Cukai Pendapatan

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.

NOTA:

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :

Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Pendaftaran secara e-Daftar :

  • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2024 / 2025

Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2024/2025 bagi memudahkan proses e-Filing 2024.

Hasil Care Line

  • 03-8911 1000
  • 603-8911 1100 (Luar Negara)

Rujukan Segera

  • Penggajian (Tiada Pendapatan Perniagaan)
    • 03-8911 1200
  • Perniagaan (Bekerja Sendiri / Perkongsian)
    • 03-8911 1300
  • e-Filing
    • 03-8911 1400
  • Bantuan Khas Kerajaan / Bantuan Keluarga Malaysia
    • 1800-88-2747

Sekiranya tuan/puan mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, tuan/puan juga boleh menghubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Untuk sebarang maklumbalas / pertanyaan / permohonan melalui emel, sila gunakan Borang Maklumbalas Pelanggan di portal rasmi LHDNM.

Sila klik di sini untuk ke Borang Maklumbalas Pelanggan

Perhatian: Untuk kategori maklumbalas, sila pilih hanya satu kategori sahaja iaitu samada “Pertanyaan” atau “Permohonan”.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut