Semakan Tawaran Tingkatan 6 KPM 2025 – Surat Tawaran & Rayuan

semakan tingkatan 6 kpm 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PERMOHONAN & SEMAKAN TAWARAN TINGKATAN 6 TAHUN

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam.

Permohonan dan semakan boleh dibuat melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam secara atas talian atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 sesi 2025 bagi pelajar lepasan SPM 2024.

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2025

Tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh disemak dalam talian pada 19 Mei 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.

Murid yang layak dan bersetuju menerima tawaran dikehendaki melengkapkan maklumat tambahan seperti nombor telefon dan alamat e-mel yang boleh dihubungi oleh pihak Kolej/Pusat Tingkatan Enam.

Semua murid yang layak akan diberikan surat tawaran secara dalam talian. Surat tawaran hendaklah dicetak/ disimpan atau diserahkan kepada pihak sekolah apabila diminta

Murid hendaklah melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang ditawarkan pada hari pertama persekolahan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 yang akan diumumkan tarikhnya.

Sila rujuk kenyataan media rasmi berikut:

Sst6 semakan tingkatan 6

UNTUK SIARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAWARAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2025

Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh disemak secara dalam talian pada 19 Mei 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my atau melalui sekolah asal masing-masing.

Bagi murid yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada 3 Jun 2025.

Mulai tahun 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu Sains dan Sains Sosial.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tidak bersetuju dengan tempat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam rintis ini mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025. Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

Semua murid yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun 2025.

TAMAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
18 MEI 2025

Cara Membuat Semakan Tawaran Tingkatan 6 Secara Online Melalui Laman Web KPM

  1. Layari portal Kementerian Pendidikan Malaysia di https://sst6.moe.gov.my/
  2. Isikan nombor kad pengenalan
  3. Klik butang semakan
  4. Keputusan anda akan dipaparkan
  5. Cetak keputusan untuk digunakan semasa melapor diri

Panduan Mendaftar Tingkatan 6 & Maklumat Lapor Diri

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan.

Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan.

Baca juga : Hari Belia Negara 2025: Sambutan Peringkat Kebangsaan / Negeri

CARA MENDAFTAR TINGATAN 6 SEMESTER 1

  1. Semakan tawaran ke Tingkatan 6 Semester 1 boleh dibuat melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my/
  2. Klik setuju terima tawaran.
  3. Cetak surat tawaran anda.
  4. Sediakan semua salinan dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran seperti yang tertera pada surat tawaran.
  5. Daftar diri di sekolah/ pusat Tingkatan 6 yang ditawarkan seperti tertera pada surat tawaran.
  6. Sila bawa semua salinan dokumen yang diperlukan semasa mendaftar.
  7. Pastikan anda mendaftar dengan pakaian kemas dan sopan serta lengkap berkasut. Sebarang jenis seluar ‘jeans’ atau seumpamanya adalah DILARANG.
  8. Tampil kemas sebagai seorang pelajar yang matang. Pelajar lelaki dinasihatkan untuk memotong rambut pendek dan kemas.
  9. Rujuk maklumat lengkap melalui Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan 6 – Sila scan kod QR dalam poster di bawah.

Cara Membuat Permohonan Rayuan Ke Tingkatan 6

3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 / 2025

Bagi murid yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025.

Berikut adalah 3 Langkah Mudah Rayuan Tingkatan 6 Semester 1 bagi murid yang gagal ditawarkan ke Tingkatan 6:

  1. Sila isi permohonan rayuan secara online dibuat melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my
    *Anda perlu membuat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sebelum dapat membuat rayuan melalui laman web yang sama.
  2. Buat semakan rayuan. Keputusan rayuan adalah berdasarkan nilai mata unit dan pertimbangan markah kokurikulum.
  3. Keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah yang sama pada 3 Jun 2025.
rayuan tingkatan 6

Cara Membuat Pertukaran Bidang

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tidak bersetuju dengan tempat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam rintis ini mulai 19 Mei hingga 25 Mei 2025.

Setelah membuat semakan tawaran Tingkatan 6 dan berjaya, murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 boleh melakukan langkah berikut:

  • Borang T6BRTB ini adalah untuk kegunaan murid yang hendak membuat rayuan tukar bidang Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025.
  • Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:
    • a. slip keputusan peperiksaan SPM 2024;
    • b. inventori minat kerjaya; dan
    • c. dokumen yang berkaitan.
  • Permohonan tukar bidang boleh dibuat mulai 10 hingga 12 Jun 2025.
  • Permohonan hendaklah dihantar ke JPN/PPD untuk kelulusan.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan pada 23 Jun 2025 oleh pihak sekolah.
  • Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Borang permohonan rayuan tukar bidang (T6BRTB) adalah seperti pada LAMPIRAN 3 di bawah.

Permohonan yang layak dipertimbangkan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam.

*Muat turun dan cetak Borang T6BRTJ.

Kelulusan permohonan ini juga bergantung pada kekosongan tempat belajar.

Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun 2025 melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

Baca juga : Login APDM KPM: Manual Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

Soalan Lazim Semakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan 6

Sila rujuk lampiran di bawah untuk syarat-syarat lengkap kemasukan ke Tingkatan 6.

3. Apakah nilai wajaran mata unit untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam?

Gred = Nilai

  • A+ = 1
  • A = 1
  • A- = 2
  • B+ = 3
  • B = 4
  • C+ = 5
  • C = 6
  • D = 7
  • E = 8
  • G = 9

Maklumat Lanjut Semakan Tingkatan 6

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/

Alamat BPSH & No Telefon :

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671

Sila rujuk Senarai Jabatan Pendidikan Negeri & Pejabat Pendidikan Daerah dalam lampiran di bawah:

Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan

ATAU terus ke pautan pantas ini: https://sst6.moe.gov.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut