Semakan Tawaran Haji 2025 / 1446H (THiJARI) Tabung Haji

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengeluarkan surat tawaran kepada 31,600 orang untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah bermula pada hari Isnin, 16 Disember 2024.

Sehubungan itu, pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada semasa, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun seterusnya. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan rayuan serta syarat-syarat menunaikan haji bagi bakal jemaah tahun 2025 / 1446H.

Tarikh Semakan Tawaran Haji 2025

Bakal Haji boleh menyemak tawaran haji melalui portal THiJARI mulai 16 Disember 2024. Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah secara berperingkat.

Pendeposit yang telah mendaftar disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal tersebut.

Cara Semakan Tawaran Haji Melalui THiJARI

Semua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut.

Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Login ke Portal THiJARI di pautan berikut: https://www.thijari.com.my
  2. Pilih Menu PERKHIDMATAN HAJI
  3. Klik SEMAK TAWARAN HAJI
  4. Anda akan dimaklumkan sekiranya mendapat panggilan haji bagi tahun ini

*Pendeposit yang telah mendaftar Haji disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa melalui portal THiJARI kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat.

semakan tawaran haji 2025
semakan tawaran haji 2025

Anda juga akan menerima SMS seperti berikut sekiranya nombor telefon yang didaftarkan masih aktif :

Proses Semakan & Penerimaan Tawaran

Setelah menerima tawaran, bakal jemaah perlu:

  • Melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti yang berdaftar dengan TH dan KKM.
  • Mencukupkan bayaran haji.
  • Melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

Rujuk video di bawah untuk panduan lebih terperinci:

Sumber: Tabung Haji

Syarat Menunaikan Haji 2025 Yang Ditetapkan Oleh Kerajaan Arab Saudi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim haji 1446H/2025 seperti tahun sebelumnya.

Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bagi setiap Bakal Jemaah Haji yang berumur 65 tahun ke atas dan yang mempunyai penyakit komorbid untuk mengambil Vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW-135.

Manakala, Vaksin Covid-19 dan Vaksin Influenza adalah amat digalakkan (dan diwajib untuk golongan tertenu) untuk diambil oleh semua Bakal Jemaah Haji oleh Kerajaan Arab Saudi.

Setiap Bakal Haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dengan kriteria dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan  berangkat ke Tanah Suci. Bakal Haji perlu berada dalam keadaan yang sihat.

Kriteria pemeriksaan kesihatan di bawah Garis Panduan ini antaranya menetapkan Indeks jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil, tiada penyakit yang serius seperti kanser, penyakit paru-paru yang kronik dan sebagainya.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah, pemeriksaan kesihatan bakal haji merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama TH ke atas setiap bakal haji yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun.

“Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititik beratkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi.

Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia ,” tambah beliau.

“Semasa di tanah suci, jemaah haji juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak, elakkan daripada berhubung dengan mereka yang bergejala dan menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 kendiri sekiranya mendapati diri bergejala” tambah beliau lagi.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata saringan kesihatan yang ketat pada musim haji lalu adalah satu langkah yang berkesan apabila peratusan jemaah haji yang mendapatkan rawatan pesakit luar dan dimasukkan ke dalam wad amat rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Selaras dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan KKM, setiap bakal jemaah haji Malaysia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di klinik-klinik yang diiktiraf.

Buku Rekod Rawatan Digital

Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

semakan tawaran haji 2025

Hal ini kerana, BRRJH kini disediakan dalam bentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, menjimatkan masa dan tenaga selain memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci Makkah.

Setelah menyemak dan memuat turun surat tawaran haji, bakal jemaah boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (softcopy/hardcopy).

Kemudian, bakal jemaah akan menerima notifikasi mengenai status kesihatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan di aplikasi THiJARI setelah selesai pemeriksaan kesihatan, dan seterusnya boleh melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

Proses pengisian maklumat oleh bakal haji dan Pegawai Perubatan juga semuanya dilakukan dalam sistem yang diintegrasikan bersama sistem dari KKM untuk mendapatkan butiran penuh tahap kesihatan bakal jemaah serta status vaksinasi.

Bakal haji tidak perlu lagi untuk membawa BRRJH secara fizikal ke Tanah Suci kerana semua maklumat dan status kesihatan terkumpul di dalam satu sistem sekali gus mengurangkan risiko kehilangan buku rekod berkenaan.

Cara Daftar Pengguna THiJARI

Jika anda masih belum berdaftar dengan portal THiJARI, sila ikuti 3 langkah berikut untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

  1. Dapatkan capaian melalui https://www.thijari.com.my (telefon pintar / komputer / laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.
semakan haji 2023

Baca juga: Cara Daftar THiJARI & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati https://www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut