Cara Semakan STR Jika Tiada Akaun Bank

semakan str jika tiada akaun bank
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tidak mempunyai akaun bank, semakan STR jika tiada akaun bank boleh dibuat di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat untuk mengetahui status dan tuntutan bayaran.

Cara ini digunakan hanya kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank sahaja dan perlu mengeluarkan wang tersebut secara tunai.

Mengenai STR

STR yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia, menyediakan bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada golongan individu dan isi rumah B40 dan M40, dan warga emas.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan penerima yang layak.

Ini bertujuan untuk memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya menerusi bantuan yang diberikan.

Ia juga merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah diketengahkan Kerajaan MADANI yang turut melibatkan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi.

Untuk tahun 2025, bantuan ini dijangka akan melibatkan seramai 4.7 juta warganegara daripada kategori bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah dengan peruntukan RM13 bilion.

Kategori Penerima

Kategori penerima yang akan menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

i- Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii- Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

    iii- Bujang

    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

    Kadar Bayaran

    Bayaran yang akan diterima oleh penerima adalah seperti berikut:

    Kaedah Pembayaran

    Kaedah pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut:

    i- Kredit ke Akaun Bank

    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

    ii- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

    • Status pengkreditan gagal kredit
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank.

    Semakan Status STR

    Semakan status bantuan ini, terdapat 4 cara boleh dibuat iaitu:

    • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my
      1- Klik Log Masuk MySTR
      2- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
      3- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
      4- Masukkan Kata Laluan
      5- Klik Semakan Status
      6- Klik Maklumat Bayaran
    • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 atau
    • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 atau
    • Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran

    Semakan Pembayaran Bagi Tiada Akaun Bank

    Buat mereka yang tiada akaun bank, individu mestilah pergi di kaunter BSN yang berhampiran untuk membuat semakan.

    Di samping itu, individu mestilah hadir bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat semakan dan tuntutan bayaran.

    Soalan Lazim

    Soalan lazim bagi pembayaran STR boleh dirujuk menerusi FAQ di bawah:

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai semakan STR jika tiada akaun bank, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my.

    Baca juga: Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut