Semakan PKSK 2025/2026 : Tarikh, Format Ujian & Soalan Lazim

pksk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semakan PKSK Sesi 2025/2026: MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2025/2026

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2025/2026.

Pentaksiran ini adalah bagi kemasukan ke Ting 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) & Ting 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

Baca juga:

Tarikh Penting Pelaksanaan PKSK

Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2025.

Jenis sekolah khusus:

  1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  3. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  4. Kolej Vokasional (KV)
  5. Maktab Tentera Diraja (MTD)

TARIKH-TARIKH PENTING PKSK SESI KEMASUKAN 2025/2026

PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan PKSK 2025 Tahun 6 dan Tingkatan 3 : 01 Ogos – 08 September 2024
  • Semakan Keputusan Permohonan PKSP 2025 Kemasukan ke Tingkatan 4 : 13 Sept – 03 Oktober 2024
  • Semakan Keputusan Permohonan PKSK 2025 Kemasukan ke Tingkatan 1 : 13 Sept – 17 Oktober 2024
  • Pelaksanaan PKSP 2025 Tingkatan 4 : 23 September – 03 Oktober 2024
  • Pelaksanaan PKSK 2025 Tingkatan 1 : 07 Oktober – 17 Oktober 2024
  • Semakan Tawaran Kemasukan SBP ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 : 31 Januari 2025

Tarikh Menduduki PKSK

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2025 bagi sesi 2025/2026 akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 : 23 September – 03 Oktober 2024
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 07 Oktober – 17 Oktober 2024

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4

Berikut adalah tarikh semakan pusat pentaksiran bagi tahun 2025:

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 13 Sept – 03 Oktober 2024
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 13 Sept – 17 Oktober 2024

Semakan boleh dibuat melalui URL berikut :

Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.

Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.

slip pksk

Rujuk senarai persediaan di bawah untuk maklumat lanjut:

Persediaan Menduduki Ujian PKSK

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus
ujian pksk

Makluman bagi calon yang bakal menduduki PKSK, sila sediakan:

  • Kad Pengenalan Diri
  • Slip Pendaftaran Ujian
  • Borang Deklarasi Kesihatan
  • Alat tulis

Serta lengkap berpakaian uniform sekolah, sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga SOP sepanjang sesi ujian dijalankan.

semakan pksk
semakan pksk

Calon dinasihatkan supaya datang awal mengikut jadual yang dilampirkan di bawah.

Format Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2025/2026

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

  • Untuk kenalpasti karakter murid;
  • Skop merangkumi EQ, SQ, SSQ;
  • 30 soalan objektif;
  • Tiada jawapan betul / salah;
  • Skor markah 20%

Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Ukur tahap kognitif pelajar;
  • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah;
  • Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;
  • 10 soalan Bahasa Inggeris uji tahap penguasaan & kefahaman;
  • Tempoh ujian 90 minit;
  • 70 soalan objektif;
  • Betul 1 markah, Salah 0 markah;
  • Skor markah 70%

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;
  • 3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;
  • 100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4;
  • Tempoh masa 45 minit;
  • Skor markah 10%.

Baca juga: UPU Online: Cara Permohonan, Panduan & Syarat Kelayakan

Keputusan PKSK

Keputusan pemilihan murid dijangka akan dimaklumkan sekitar bulan Mac, seperti tahun sebelum ini.

Rujuk maklumat selanjutnya dalam kenyataan rasmi KPM di bawah:

Soalan Lazim (FAQ)

semakan pksk
semakan pksk
semakan pksk
semakan pksk

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut