Advertisements

Semakan Keputusan UPKK 2021 (MPKAFA)

Advertisements

MPKAFA: SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2021 BERMULA 28 DISEMBER 2021 SECARA ONLINE ATAU SMS

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya dari aspek keselamatan murid dan tenaga pengajar KAFA.

Sehubungan itu, format baru UPKK telah diperkenalkan bagi menggantikan ujian bertulis, iaitu MODUL PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN.

Terkini, ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK / MPKAFA ini mulai 28 Disember 2021 secara online atau melalui SMS.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara semakan dan pelaksanaan baharu ini.

MPKAFA: Kaedah Pelaksanaan Format Baru UPKK

MODUL PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (MPKAFA)

JAKIM memperkenalkan pelaksanaan berbentuk penilaian yang menyeluruh bagi menggantikan 5 subjek Peperiksaan UPKK secara bertulis.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Jom baca infografik yang disediakan ini. Semoga bermanfaat.

Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021 berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).

Advertisements

MPKAFA ini terdiri dari dua bahagian seperti berikut;

  • Bahagian A : Kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula dari tahun 3 hingga tahun 5. Markah yang diperuntukan ialah 75 peratus.
  • Bahagian B : Penilaian di bahagian ini merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon. Markah yang duperuntukan ialah 25 peratus.

Dalam tempoh penilaian, PdPR bagi murid tahun 5 dan tahun 6 hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja.

Aktiviti penilaian bersepadu ini melibatkan semua guru KAFA di setiap premis KAFA dan ia boleh dilaksanakan sama ada Dalam Talian  atau (Online), Luar Talian (Offline) dan Off-Side.

Tarikh Peperiksaan

Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021.

JAKIM ingin menegaskan bahawa, perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.

Rumusan MPKAFA – Siaran langsung JAKIM 22/10/2021

5 subjek dinilai untuk MPKAFA bermula 15-30 November 2021;
subjek yang sama untuk peperiksaan bertulis sebelum ini iaitu BAHASA ARAB, SIRAH, ADAB, JAWI & ULUM SYARIAH.

MODUL PENILAIAN KELAS KAFA (MPKAFA)

Terdapat 2 bahagian yang akan dinilai.
Bahagian A : 75 markah
Bahagian B : 25 markah

Bahagian A (75%)

  • Penilaian 5 subjek.
  • Guru-guru sekolah anak-anak yang akan menilai MPKAFA mengikut silibus dari tahun 3 sehingga tahun 5 (seperti telah dipelajari).
  • Semua soalan akan diselaraskan 1 malaysia .
  • Penyelia akan memantau guru-guru yang menilai.

Bahagian B (25%)

  • Dinilai sepanjang tempoh PDPR yang telah dijalankan.
  • Nilaian 25% ini dibahagi kepada 3;
  1. Nilai dan sahsiah 5%
  2. Kehadiran PDPR 10%
  3. Komitmen dan hasil kerja murid 10%

Keseluruhan adalah 100 markah.

*Sijil tetap akan dikeluarkan sama seperti UPKK sebelum ini.

TANGGUNGJAWAB & KOMITMEN IBUBAPA : PENTING!

  • Maklum berkenaan silibus MPKAFA (silibus kafa anak-anak dari tahun 3 sehingga tahun 5).
  • Ibu bapa dan anak-anak akan dimaklumkan jadual hari dinilai sebelum bermulanya penilaian subjek.
  • Pastikan ibubapa dan anak-anak boleh dihubungi oleh guru-guru. Sangat penting untuk memudahkan penilaian dibuat.
  • Memantau kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam PDPR.

Elakkan risiko pada anak-anak. Jaga kesihatan.


Secara kesimpulan, topik-topik masih sama seperti mana apa yang dipelajari anak-anak untuk persediaan peperiksaan bertulis sebelum ni.

Hanya saja sekarang, ia akan dinilai secara lisan sama seperti lisan Alquran, amali solat dan PCHI.

InsyaAllah jika sudah ulangkaji dan pelajari semua, anak-anak boleh jawab.

Paling penting doa dan sokongan ibu bapa, persediaan anak-anak dan kerjasama dengan guru.

Baca juga: Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Untuk Golongan B40

Semakan Keputusan UPKK MPKAFA 2021

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui 2 kaedah berikut

KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE DI PORTAL SIMPENI

Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian simpeni.islam.gov.my atau https://simpeni.islam.gov.my/index.php?pages=semakan/semakan_upkk_kafa

KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.

Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2021 hingga 11.00 malam 11 Januari 2022.

semakan keputusan upkk mpkafa 2021

Semakan online akan memaparkan keputusan seperti berikut:

Anda boleh cetak slip peperiksaan seperti di bawah:

TERKINI

Dimaklumkan bahawa sistem semakan keputusan UPKK Tahun 2021 sedang mengalami kesesakan talian pada masa ini.

Pihak JAKIM sedaya upaya sedang mempertingkatkan keupayaan sistem bagi mengatasi masalah tersebut.

JAKIM memohon maaf dan kesulitan dalam perkara ini amatlah dikesali.

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124

Leave a Comment