Scaling gigi sepatutnya menjadi rutin yang perlu dilakukan oleh setiap orang bagi mengekalkan kesihatan gigi yang baik.
Namun, ramai orang tidak ingin berjumpa doktor gigi dan mempunyai mindset cukup hanya sekadar berus gigi setiap hari.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan prosuder scaling gigi dan mitos yang ramai orang salah anggap rawatannya.
Baca juga:
Apa itu scaling gigi?
Scaling gigi atau cuci gigi adalah pembersihan karang gigi yang menempel pada gigi oleh doktor gigi. Ia menggunakan alat khusus yang disebut scaler (ultrasonic scaler).
Karang gigi boleh menjadi salah satu penyebab masalah bau mulut. Sekiranya tidak dibersihkan, karang gigi akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Ia tidak boleh dibuang dengan hanya menggosok gigi setiap hari kerana biasanya karang tersebut kekal mengeras pada gigi atau gusi.
Oleh sebab itu, membersihkan karang gigi perlu untuk dilakukan lebih-lebih lagi untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut secara menyeluruh.
Bagaimana prosuder mencuci gigi
Doktor gigi akan melakukan beberapa prosedur untuk mencuci gigi. Berikut adalah caranya:
- Pertama, doktor akan memastikan terlebih dahulu keadaan keseluruhan gigi dan gusi pesakit.
- Kemudian, barulah proses cuci gigi dilakukan. Plak gigi dan karang gigi daripada permukaan gigi dan di bawah garisan gusi akan dibersihkan dengan menggunakan dental scaler atau mesin scaler ultrasonik.
- Selepas plak dan karang gigi tidak kelihatan lagi, doktor gigi akan melakukan root planing pula menggunakan curette.
Berapa kerap nak scaling gigi?
Rawatan cuci gigi penting untuk dilakukan 6 bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.
Risiko prosuder pembersihan gigi
Rawatan cuci gigi tidak mempunyai risiko atau kesan sampingan yang teruk sebenarnya.
Biasanya doktor hanya akan memberikan ubat kumur mulut yang mengandungi chlorhexidine selama 2 minggu.
Sekiranya beberapa hari selepas rawatan, anda mengalami rasa sakit di bahagian gigi, gusi bengkak, atau berdarah anda boleh rujuk kembali ke doktor gigi anda.
Mitos scaling gigi yang ramai percaya
Terdapat beberapa mitos scaling gigi yang ramai orang salah sangka dan percaya sehingga kini. Berikut adalah perinciannya:
Mitos 1: Scaling menyebabkan gigi anda akan jarang
Scaling tidak menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita tidak menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
Mitos 2: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis
Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini tidak menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
Mitos 3: Scaling akan menyebabakn gigi anda sensitif
Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi terdedah dan gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi dan memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif.
Mitos 4: Scaling adalah untuk memutiihkan gigi anda
Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walau bagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
Mitos 5: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi
Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Kelebihan mencuci gigi
1. Membersihkan sisa makanan
Menggosok gigi beberapa kali sehari tidak boleh membersihkan sepenuhnya partikel makanan yang melekat di celah gigi.
Mencuci gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil yang sukar dicapai dengan berus gigi sekaligus mengelakkan pertumbuhan karang gigi.
2. Membersihkan karang gigi
Karang gigi adalah berpunca dari pertumbuhan plak oleh campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi.
Rawatan cuci gigi dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi.
3. Menghindari penyakit gusi
Mungkin ada rasa ia tiada kaitan. Tetapi sebenarnya karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak.
4. Mengelak perubahan warna gigi
Cuci gigi bukan untuk memutihkan gigi tetapi ia boleh mengelakkan perubahan warna gigi yang menjadi kekuning-kuningan.
Tips elak berlaku karang gigi
Untuk mencegah karang gigi berlaku, anda sebenarnya boleh mengelakkan dari awal lagi.
Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencegah karang gigi adalah seperti berikut:
- Menggosok gigi dua kali sehari, iaitu setelah makan dan sebelum tidur, masing-masing selama dua minit
- Menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride untuk membantu memperbaiki lapisan gigi yang rosak
- Menggunakan benang gigi setelah gosok gigi untuk membersihkan sisa makanan di sela-sela gigi
- Berkumur dengan ubat kumur (mouthwash) antiseptik untuk membantu membunuh bakteria di mulut
- Kurangkan makan makanan dan minuman manis
- Berhenti merokok
- Pergi jumpa doktor gigi 6 bulan sekali untuk memeriksa keadaan kesihatan gigi
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan scaling gigi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.
Sumber:
- Teeth Scaling: What You Need to Know. Healthline
- Benefits Of Teeth Scaling – Is Scaling Good For Teeth? Sabka Dentist
- What is Dental Scaling? Types, Costs & FAQs. Hove Dental Clinic