SARA Bujang 2026 – Semakan Status & Tarikh Bayaran

SARA BULANAN BUJANG 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

TERKINI: BAYARAN SARA UNTUK SEMUA TELAH DIKREDITKAN MULAI 9 FEBRUARI 2026. Penerima SARA Bujang (BULANAN) akan menerima kredit antara RM50 sebulan pada setiap 1 haribulan dengan jumlah keseluruhan RM600 setahun. Semakan bayaran boleh dilakukan di portal SARA www.sara.gov.my/.

Kerajaan Malaysia melalui Belanjawan 2026 telah mengumumkan penambahbaikan besar bagi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terutamanya untuk kategori BUJANG. Bagi tahun 2026, golongan bujang akan menerima manfaat yang lebih besar dalam bentuk bantuan barangan keperluan asas.

Rujuk info penuh bayaran SARA Bujang 2026 di bawah.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Apa Itu SARA (Sumbangan Asas Rahmah)?

SARA ialah bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak bagi pembelian 14 kategori barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara dan bilangan ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertujuan memastikan golongan B40 mendapat akses kepada barangan keperluan asas tanpa beban kewangan yang berat.

semakan mysara
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk cashless yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka. 

Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR, manakala golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar seluruh negara. 

Syarat Kelayakan SARA Bujang

Untuk layak menerima bantuan SARA 2026, pemohon mestilah memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori Bujang.
  • Berumur 21 hingga 59 tahun (Bagi OKU: 19 hingga 59 tahun).
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan.
  • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.

Jumlah Bantuan SARA 2026 (Bujang)

Berapa bayaran SARA untuk kategori Bujang?

Bagi tahun 2026, bantuan untuk golongan bujang telah diselaraskan seperti berikut:

KategoriJumlah KeseluruhanKadar Bulanan
Bujang (Pendapatan < RM2,500)RM600RM50 / bulan
Bujang Miskin Tegar (eKasih)RM1,200RM100 / bulan

NOTA: Mulai tahun 2026, golongan bujang TIDAK lagi menerima bantuan tunai (STR), sebaliknya bantuan tersebut disalurkan sepenuhnya melalui kredit SARA sebanyak RM50 setiap bulan selama setahun.

Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.

Tarikh Bayaran SARA 2026

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan disalurkan bermula pada 9 Januari 2026 untuk 5 juta penerima yang terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan, diikuti pembayaran kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Januari 2026.

Penerima SARA bulanan akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelulusan.

Secara keseluruhan, SARA Bulanan melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion untuk tahun 2026, berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion pada tahun 2025.

  • SARA Bulanan (Kredit MyKad): Bermula 9 Januari 2026 (bagi isi rumah/warga emas) dan 16 Januari 2026 (bagi kategori bujang).
  • SARA One-Off (RM100): Terdapat juga bantuan tambahan RM100 secara “one-off” untuk semua rakyat Malaysia dewasa (18 tahun ke atas) yang akan dikreditkan pada 9 Februari 2026.

Untuk mendapatkan SARA 2026, anda perlu memastikan anda adalah penerima STR 2026. Semua yang lulus permohonan STR 2026 layak menerima SARA 2026 secara automatik dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan status rekod eKasih.

Mereka yang tidak lulus STR 2026 tidak layak menerima SARA 2026.

Jika anda belum membuat permohonan STR 2026, atau kemaskini maklumat, sila lakukan segera dan rujuk di sini: Semakan MySara 2026 – Cara Semak Kelayakan

SARA One-Off 2026

Berbeza dengan SARA bulanan yang dikhaskan untuk golongan miskin dan B40, SARA One-Off (juga dikenali sebagai SARA Untuk Semua) adalah bantuan sekali bayar berjumlah RM100 yang diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia dewasa. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kredit tanpa tunai (cashless) melalui MyKad.

Tarikh Bayaran SARA One-Off 2026

Perdana Menteri telah menetapkan tarikh pengkreditan bantuan ini bagi membolehkan rakyat melakukan persiapan awal:

  • Tarikh Penyaluran: 9 Februari 2026
  • Tujuan: Persediaan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.

Semua warganegara Malaysia, beruur 18 tahun ke atas layak untuk menerima bantuan SARA 2026, RM100 one-off ini.

Kaedah Penggunaan: Kredit RM100 akan dimasukkan terus ke dalam MyKad. Anda hanya perlu membawa MyKad ke pasar raya atau kedai runcit terpilih (seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Speedmart 99) untuk membeli barangan keperluan.

Semakan boleh dilakukan di portal SARA www.sara.gov.my/.

Selain SARA One-Off, terdapat dua lagi bantuan utama yang akan disalurkan pada awal 2026 iaitu:

Jenis BantuanTarikh PenyaluranKategori
SARA Bulanan9 Januari 2026 (Isi rumah & Warga Emas), 16 Januari (Bujang)Miskin Tegar / B40 (Kredit MyKad)
STR Fasa 120 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas (Tunai/Bank)

Cara Semakan Status SARA 2026

Semak kelayakan SARA anda melalui portal SARA www.sara.gov.my/. Selain itu, semakan status kelayakan SARA juga boleh dilakukan melalui:

Tiada permohonan diperlukan untuk menerima bantuan SARA kerana kelayakan adalah secara automatik melalui data penerima STR dan eKasih yang telah disahkan oleh kerajaan sehingga tarikh semakan berkala terkini.

Rujuk cara semakan status SARA dengan lebih terperinci di bawah:

1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih

  1. Layari laman semakan rasmi MyKasih di  https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang. 
  3. Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
Semakan Status Kelayakan SARA
Semakan Status Kelayakan SARA

2. Semakan SARA Melalui Portal MySTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan” 
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
Semakan Status & Pembayaran SARA

3. Semakan MySARA melalui Portal SARA

  1. Layari portal rasmi SARA di pautan berikut: https://www.sara.gov.my/
  2. Klik “Semakan Kelayakan”

4. Semakan SARA Melalui Aplikasi MyKasih

Aplikasi membolehkan semakan status, baki bantuan dan lokasi kedai berdaftar secara mudah melalui telefon bimbit.

Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.

Cara Beli Barang SARA Guna MyKad

Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
  2. Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
  3. Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
  4. Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
  5. Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
  6. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.

Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. 

Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.

Cara Beli Barang SARA Guna MyKad sara bujang 2026
Cara Beli Barang SARA Guna MyKad

Senarai Barangan Boleh Dibeli Guna SARA

Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 adalah seperti berikut:

  1. Beras
  2. Buku
  3. Perubatan
  4. Penjagaan Mulut
  5. Pembersih Tandas
  6. Telur
  7. Pembersih Lantai
  8. Syampu
  9. Beg Sekolah
  10. Perasa
  11. Mee
  12. Minuman
  13. Makanan Dalam Tin
  14. Biskut
  15. Minyak Masak
  16. Sabun Basuh Pinggan
  17. Makanan Sejuk Beku [TERBARU]
  18. Roti
  19. Pencuci Badan
  20. Pencuci Pakaian
  21. Tepung
  22. Tuala Wanita
  23. Alat Tulis
  24. Seragam

MYSARA

MYSARA

Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan

  • Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.​
  • Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)

Maklumat terkini akan dikemaskini kelak sekiranya ada perubahan. 

Senarai Kedai Terima SARA 2026

Penerima bantuan boleh membeli barang keperluan di lebih 250 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara.

Senarai kedai boleh disemak di pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

KEDAI MYSARA sara bujang 2026
Senarai Kedai Terima SARA

Untuk tahun 2026, sasaran kedai kecil yang terlibat dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026, berbanding lebih 3,000 pada akhir tahun 2025, melengkapi cawangan pasar raya sedia ada.

Cara Semak Barang SARA Guna Aplikasi MyKasih

Untuk semak barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi dan log masuk dengan maklumat yang diperlukan (boleh juga guna tanpa log masuk untuk sebahagian fungsi).
  3. Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang disediakan dalam aplikasi.
  4. Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak.
  5. Selain imbas barangan, aplikasi juga memaparkan katalog barangan terpilih dan kategori barang yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA.
  6. Anda juga boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menyokong penggunaan SARA di sekitar kawasan anda melalui aplikasi.

Aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan menyemak kelayakan barang yang ingin dibeli secara digital. 

Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet semasa menggunakan fungsi semakan ini untuk maklumat terkini.

Aplikasi MyKasih  sara bujang 2026
Aplikasi MyKasih 

Cara Daftar & Aktifkan Akaun Aplikasi MyKasih

Untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun MySARA, ikut langkah-langkah berikut: 

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Untuk mendaftar, buka aplikasi dan klik pilihan Daftar Akaun Baru.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan/myKad dan nombor telefon yang aktif.
  4. Ikuti arahan untuk mengesahkan nombor telefon melalui kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda. Kemudian, lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan. 
  5. Setelah pendaftaran berjaya, anda perlu log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan dan mulakam proses pengaktifan akaun. 
  6. Selepas akaun diaktifkan, anda boleh menyemak baki bantuan, senarai barang yang boleh dibeli, serta mencari kedai berdekatan melalui aplikasi.

Jika pernah mendaftar sebelum ini, cukup sahaja log masuk dengan nombor IC dan nombor telefon yang sama.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:

Semakan MySARA sara bujang 2026
Semakan MySARA

Soalan Lazim SARA Bujang 2026

sara bujang 2026
sara bujang 2026
sara bujang 2026
sara bujang 2026
sara bujang 2026

Adakah saya perlu memohon SARA 2026?

Tidak. Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik. Jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 anda berstatus LULUS di bawah kategori Bujang, anda secara automatik layak menerima SARA.

Betulkah golongan Bujang tidak lagi menerima bantuan tunai STR?

Betul. Bagi tahun 2026, bantuan untuk kategori Bujang (pendapatan RM2,500 ke bawah) telah ditukarkan sepenuhnya daripada bantuan tunai (STR) kepada bantuan barangan asas (SARA) berjumlah RM600 setahun.

Berapakah jumlah bantuan SARA untuk kategori bujang?

– Bujang Biasa: RM600 setahun (dikreditkan RM50 setiap bulan).
– Bujang (Miskin Tegar eKasih): RM1,200 setahun (dikreditkan RM100 setiap bulan).
– SARA One-Off: Tambahan RM100 (sekali bayar) untuk semua rakyat 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026.

Bilakah tarikh bayaran SARA Bujang 2026?

Kredit bulanan pertama bagi kategori Bujang akan bermula pada 16 Januari 2026. Selepas itu, kredit akan dimasukkan secara berkala pada setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Bagaimana cara tebus SARA 2026?

1. Pergi ke kedai/pasar raya rakan kongsi yang menerima pembelian SARA (cth: 99 Speedmart, Mydin, Lotus’s).
2. Pilih barangan keperluan yang dibenarkan.
3. Di kaunter, maklumkan anda ingin membayar menggunakan SARA/MyKasih.
4. Imbas MyKad dan masukkan nombor PIN (6 digit terakhir MyKad anda) untuk pengesahan

Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA?

Baki kredit yang tidak digunakan pada bulan tersebut tidak akan hangus dan akan dibawa ke bulan hadapan. Walau bagaimanapun, anda mesti menggunakan keseluruhan baki tersebut sebelum 31 Disember 2026.

Berapakah amaun SARA 2026 yang diterima bagi kategori bujang, warga emas dan isi rumah setiap bulan?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.

Bagaimana semak baki SARA dalam MyKad?

Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian.

Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.

Bila bayaran SARA one-off untuk semua akan dikreditkan?

9 Februari 2026.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut