Ketika majlis pelancaran Samsung Galaxy S24 yang lalu, pihak Samsung ada mengacah produk wearable terbaru mereka yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Ring.
Malah, syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu turut memaparkannya buat kali pertama di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona.
Produk berbentuk cincin ini cukup unik kerana saiznya jauh lebih kecil berbanding jam namun dikatakan mempunyai pelbagai fungsi menarik berkaitan kesihatan.
Samsung bukanlah syarikat pertama yang melancarkan gajet cincin pintar,t terdapat segelintir pengeluar lain seperti Oura.
Fungsi
Dalam satu temu bual, Hon Pak, ketua pasukan kesihatan digital di Samsung Electronics, membincangkan penerokaan pertama syarikat itu ke dalam kategori produk cincin, pertimbangan untuk model langganan untuk aplikasi Samsung Health, dan visinya untuk menghasilkan teknologi kecerdasan buatan yang boleh menjadi jurullatih kesihatan anda.
Samsung Galaxy Ring dilancarkan dengan ciri penjejakan kesihatan termasuk pemantauan kadar denyutan jantung dan tidur sambil memberikan pengguna skor kesediaan mereka untuk hari itu.
Kesemua fungsi menarik berkaitan kesihatan dan mungk banyak lagi boleh diakses melalui aplikasi Samsung Health.
Syarikat itu juga sedang mengusahakan fungsi pemantauan glukosa bukan invasif serta pengesanan tekanan darah melalui peranti boleh pakainya.
Selain itu, syarikat itu juga sedang mempertimbangkan untuk menambah ciri yang membolehkan Galaxy Ring melakukan pembayaran tanpa sentuh, seperti telefon pintar.
Artikel berkaitan: Samsung Galaxy S24 , S24 Ultra, S24 Plus: Spesifikasi dan Harga
Tarikh jualan dan harga
Samsung Galaxy Ring dikatakan akan mula dijual tahun ini, tetapi tarik dan harganya belum diumumka secara rasmi.
Cincin in dijangka akan tersedia dalam pelbagai warna dan saiz, dan tidak akan serasi dengan iPhone, seperti Galaxy Watch Samsung.
Ekosistem Samsung
Samsung berharap pelbagai peranti ini akan meningkatkan kedudukannya dalam kesihatan, bidang yang telah diusahakannya selama beberapa tahun.
Samsung mempunyai telefon pintar dan jam tangan pintarnya dan Samsung Galaxy Ring ialah kategori produk terbaharu dalam bidang kesihatan.
Samsung berkata keputusan untuk melancarkan “cincin pintar” didorong oleh pelanggannya.
Fungsi kecerdasan buatan “Coach”
Antara rancangan Samsung adalah mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan dalam ekosistem kesihatan Samsung dan pihak Syarikat berharap teknologi ini mampu memberikan lebih banyak pandangan dan manfaat tentang kesihatan seseorang.
Kredit: ZDNet