Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2024

TARIKH & LOKASI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024

Pengenalan

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sambutan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Jom kita ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari kemerdekaan kita.

Berikut dikongsikan butiran tarikh, lokasi dan masa bagi kedua-dua sambutan ini.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2024

Berikut dikongsikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos 2024.

Tema sambutan pada tahun ini adalah Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Sambutan Hari Merdeka Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan pada 31 Ogos 2024 (Sabtu), bertempat di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya pada jam 7.00 pagi.

ATURCARA PROGRAM

Pelbagai aktiviti kenegaraan turut diadakan bagi meningkatkan semangat kebangsaan serta menggalakkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sambutan ini juga berupaya memperkukuhkan identiti kebangsaan Malaysia untuk menghargai kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kebanggaan negara.

Antara aturcara program yang diadakan sempena sambutan ini adalah:

  • Program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024
  • Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibaran Jalur Gemilang 2024
  • Kembara Merdeka Jalur Gemilang
  • Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI
  • Semarak Gemilang Kita MADANI
  • Perkampungan MADANI
  • Pentarama
  • Live Jam

Datang awal, bawa keluarga dan nikmati persembahan, perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir!

Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2024 ini.

Jumpa anda di sana!!!

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: