Salam Nuzul Quran – Contoh Ucapan, Quotes dan Poster Menarik
Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, ampunan, dan keberkatan. terdapat satu peristiwa yang sangat bermakna berlaku pada bulan Ramadan bagi umat Islam, iaitu Nuzul Quran.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Niat Iktikaf, Kelebihan & I’tikaf 10 Malam Akhir Ramadan
Nuzul Quran – Pengertian
Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.
Secara teknikalnya Nuzul Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Penurunan Al Quran
Berbeza dengan kitab-kitab suci sebelum ini seperti Taurat, Zabur, dan Injil, Quran tidak diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai satu kitab yang lengkap pada satu-satu masa. Ia diturunkan secara berperingkat.
Nuzul Quran adalah peristiwa mengingati di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. Peristiwa bermakna tersebut berlaku di gua Hira pada 17 Ramadan.
Nabi SAW pertama kali bertemu dengan Jibril a.s. di Jabal Nur (Gunung Cahaya) dalam gua Hira. Di sana, malaikat itu meminta Nabi s.a.w. untuk membaca, dan dengan itu mendedahkan lima ayat pertama Surah Al-’Alaq:
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ. خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ. ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ. عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
“Bacalah (wahai Nabi), dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) melalui pena, Dia mengajar manusia apa yang tidak mereka ketahui.”
(Surah Al-’Alaq, 96:1-5)
Kehadiran Al-Quran membawa sinar kebenaran dan petunjuk kepada umat manusia. Ia merupakan panduan utama dalam kehidupan manusia. Dengan ajaran dan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya, Al-Quran memberikan petunjuk yang jelas dan sempurna untuk mengatur kehidupan manusia dalam segala aspek.
Dalam surah Al Baqarah, ayat 185 Allah berfirman:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
Bagi menghargai kebesaran peristiwa ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut Nuzul Quran dengan penuh penghayatan dan rasa cinta kepada Al Quran.
Contoh Ucapan dan Quotes Sempena Nuzul Quran
1. Salam Nuzul Quran kepada saudara/saudari sekalian! Semoga sinar Al-Quran menerangi setiap langkah hidup dan memberi petunjuk yang jelas dalam kehidupan kita.
2. Nuzul Quran mengingatkan kita akan anugerah terbesar Allah kepada umat manusia. Mari pelajari Al Quran dengan lebih mendalam dan penuh penghayatan. Salam Nuzul Quran.
3. Setiap ayat Al-Quran adalah cahaya yang menuntun kita dalam kegelapan. Selamat menyambut Nuzul Quran, mari perbanyakkan bacaan dan amalan.
4. Al-Quran, kitab suci yang penuh hikmah dan petunjuk. Semoga kita sentiasa diberikan kesempatan untuk membaca dan mempelajarinya. Selamat Menyambut Nuzul Quran!
5. Sempena hari Nuzul Quran ini, marilah kita merenungkan betapa besar kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dengan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup. Semoga kita menjadi hambaNya yang taat dan bertakwa.
6. Kehadiran Al-Quran membawa cahaya kepada hati yang gelap. Mari kita jadikan setiap ayatnya sebagai sumber inspirasi dan kekuatan. Salam Nuzul Quran!
7. Dalam setiap lembaran Al-Quran terkandung rahmat dan kebaikan. Selamat menyambut Nuzul Quran, mari kita banyakkan membaca Al Quran dan istiqamah mengamalkan ajarannya.
8. Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dan rujukan utama dalam kehidupan. Selamat hari Nuzul Quran 2024.
9. Al-Quran adalah teman setia dalam kesendirian, penawar dalam kesedihan, dan cahaya dalam kegelapan. Selamat menyambut Nuzul Quran, mari kita manfaatkan kehadirannya dengan sebaik-baiknya.
10. Al-Quran adalah petunjuk yang abadi dalam kehidupan ini dan kehidupan akhirat. Mari kita teruskan perjuangan kita dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. Salam Nuzul Quran.
11. Salam Nuzul Quran! Di malam yang penuh berkat ini, mari kita perbaharui komitmen untuk mendalami dan menghayati setiap ayat Al-Quran dalam kehidupan kita. InshaAllah.
12. Selamat menyambut Nuzul Quran, semoga setiap ayatnya menyentuh hati kita.
13. Nuzul Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi juga panduan hidup yang membawa keberkatan dan petunjuk.
14. Dalam malam penuh berkat yang dikenali sebagai Nuzul Quran ini, mari kita merenungkan betapa agungnya rahmat Allah yang mengurniakan kepada umat manusia sebuah kitab suci sebagai petunjuk hidup.
15. Sambutan Nuzul Quran mengajak kita untuk merenung dan menghayati setiap kata, setiap ayat, setiap kisah yang terkandung di dalamnya. Ia mengingatkan kita untuk tidak sekadar membaca, tetapi juga memahami, menghayati, dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Salam Nuzul Quran.
16. Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Marilah kita sambut kedatangan malam penuh berkah ini dengan hati yang terbuka, tekad yang teguh, dan keinginan yang besar untuk terus memperdalam penghayatan dan pengamalan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dengan hidayah, rahmat, dan keberkatan dari-Nya.
17. Malam Nuzul Quran menghadirkan kepada kita momen berharga untuk merenungkan keindahan dan keajaiban wahyu Ilahi yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran adalah panduan hidup yang memberi makna dan menunjuk arah kepada setiap langkah kita di dunia ini. Salam Nuzul Quran.
18. Sambutan Nuzul Quran menjadi titik tolak untuk kita semua untuk kembali kepada ajaran Allah SWT dengan hati yang tulus dan tekad yang kuat. Mari kita manfaatkan setiap momen yang diberikan kepada kita untuk memperdalam hubungan kita dengan Al-Quran dan untuk mengambil hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan.
19. Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga malam yang penuh berkat ini menguatkan iman kita, menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, dan membawa kita lebih dekat kepada-Nya.
20. Sambutan Nuzul Quran adalah saat yang tepat untuk kita semua merenungkan kembali hubungan kita dengan Al-Quran. Mari kita buka hati dan jiwa kita untuk menerima petunjuk-Nya dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Salam Nuzul Quran.
Poster Menarik Sempena Nuzul Quran
Kesimpulan
Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa mempelajari dan menghayati maksud serta nilai-nilai yang terkandung dalam Al-Quran. Semoga ucapan dan quotes di atas memberikan inspirasi dan penghayatan yang mendalam dalam menyambut Nuzul Quran.
Sumber:
BAYAN LINNAS SIRI KE-28: NUZUL AL-QURAN DAN PERPADUAN UMMAH – Mufti Wilayah Persekutuan,