Salam Jumaat: Contoh Ucapan & Poster Hari Jumaat

“Salam Jumaat” merupakan ucapan yang sering diungkapkan oleh sebahagian daripada kita pada Hari Jumaat setia minggu.

Ucapan sebegini biasanya digunakan apabila bertemu seseorang atau apabila ingin memulakan perbualan dengan orang lain.

Sapaan atau ucapan sebegini tidaklah mempunyai maksud yang khusus, lebih kurang sahaja maksudnya dengan mengucapkan salam sejahtera, selamat pagi dan ungkapan seumpamanya.

Hukum mengucapkan “Salam Jumaat”

Terdapat segelintir golongan yang menegah penggunakan ungkapan ini kerana mendakwa ucapan sebegini tidak pernah wujud dalam Islam dan dianggap Bida’ah.

Maka, pihak Muffti Wilayah Persekutuan telah menghuraikan persoalan ini sperti berikut:

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Secara umumnya, lafaz salam sebegitu secara zahirnya tidak pernah diucapkan oleh Nabi dan para sahabat. Namun, melihat kepada konteks penggunaanya, kami berpandangan hukumnya adalah harus melihat kepada penggunaannya sudah berubah daripada lafaz salam yang diajarkan Nabi kepada kata sapaan biasa yang digunakan mengikut uruf setempat seperti “selamat sejahtera”, “selamat petang”, dan sebagainya. Lantaran itu, kata sapaan sebegini tidak wajib dijawab.

Walau bagaimanapun, dinasihatkan kepada umat Islam untuk mengutamakan lafaz yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya mahu menambahkan perkataan lain, sebaiknya ditulis secara berasingan seperti “Assalamualaikum dan selamat subuh” atau seumpama dengannya bagi mengelakkan sebarang pertikaian dan perdebatan yang kurang bermanfaat.

Kredit: Laman Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel berkaitan: Al-Kahfi (الكهف‎): Kelebihan Membacanya Pada Malam / Hari Jumaat

Contoh Ucapan

Memandangkan Hari Jumaat merupakan hari yang sangat dihormati dalam Islam, kebiasaannya ucapan Salam Jumaat diikuti dengan ayat-ayat Islamik atau yang mempunyai maksud yang baik seperti doa dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa contoh ungkapan yang biasanya digunakan:

Semua dah baca Surah Al-Kahfi?
Banyak manfaat yang kita boleh dapat daripada membaca Surah Al-Kahfi ni.
Salam Jumaat Barakah

Semoga apa yang dihajatkan di hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah ini dipermudahkan dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. InShaAllah. Amin.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang berkat.
Ya Allah, lindungilah kami daripada apa jua kesakitan, kesusahan, kesulitan dan segala penderitaan, baik di dunia atau pun di akhirat. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar kami selamat daripada sebarang kepayahan, kesempitan, bahaya, kesedihan dan musibah, janganlah Engkau menguji kami dengan sesuatu yang berat.
Amin Ya Allah Ya Mujib

Semoga dipermudahkan urusan kita di hari Jumaat yang mulia ini, dilancarkan rezeki kita dan dilindungi dari segala perkara mungkar.

Salam Jumaat penghulu segala hari dan selamat beramal
Rezeki Allah Maha Luas.
Rezeki Allah itu tidak di sangka-sangka.
Rezeki Allah pula dalam pelbagai bentuk.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya.
Amin Ya Allah Ya Mujib
.

Asalamualaikum Salam Jumaat Penuh Barakah.
Semoga hari ini, Allah swt memudahkan segala urusan, melapangkan hati dan membukakan pintu rezeki yang luas dari arah yang tidak disangka-sangka buat kita semua.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Hamba Allah yang baik hati, sentiasalah bersangka baik dengan Allah & bersyukur atas segala kelebihan & kekurangan yang diberikan kepada kita. Alhamdullilah. Dihari Jumaat yang mulia ini, marilah kita perbanyakkan doa, istighfar, membaca Quran, bersedekah & selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Poster / Grafik Ucapan

Berikut merupakan beberapa contoh poster Salam Jumaat yang anda boleh kongsi dengan kenalan anda untuk manfaat bersama.

poster salam jumaat
ucapan hari Jumaat
jumaat penghulu segala hari
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!