Sakit Tumit Kaki : Punca dan Cara Atasinya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pernahkah anda rasa sakit tumit kaki ketika berjalan? Pastinya rasa sakit ini membuat anda risau untuk banyak berjalan.

Ia juga boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia tua atau muda.

Apakah punca dan rawatan terbaik bagi masalah ini? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Pengenalan

Tumit sebenarnya adalah tulang terbesar dan paling paling penting di antara 26 tulang yang ada pada kaki.

Ia juga mempunyai peranan penting untuk menyokong berat badan serta menyerap tekanan ketika seseorang berjalan atau melompat.

Sakit tumit kaki pula terjadi apabila terdapat bonjolan tulang yang dipanggil plantar fasciitis pada tulang tumit iaitu di bahagian bawah tulang. Bonjolan tersebut boleh menyebabkan rasa sakit kepada seseorang terutamanya apabila berdiri atau berjalan.

sakit tumit kaki

Punca Sakit Tumit Kaki

Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan seseorang alami sakit tumit kaki antaranya :

1. Gemar Pakai Kasut Tumit Tinggi / High Heels

Meskipun para wanita sedar akan keburukannya, namun ramai yang masih memilih untuk memakai kasut bertumit tinggi.

Ia juga memberi risiko kecederaan yang lebih besar sekiranya ia dipakai dalam tempoh yang panjang contohnya sepanjang waktu bekerja.

Selain mengakibatkan sakit tumit, ia juga boleh memberikan kesan buruk kepada bahagian belakang badan.

2. Tumit Cedera Atau Terseliuh

Sakit tumit kaki juga boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan seperti keretakan atau terseliuh.

Sekiranya ini berlaku, anda perlulah banyakkan berehat dan kurangkan pergerakan supaya dapat pulih dengan baik. Ini penting untuk mengelakkan ia daripada menjadi lebih serius atau kronik.

3. Berat Badan Berlebihan

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, anda akan ‘memaksa’ tumit untuk bekerja dengan lebih keras bagi menampung berat badan.

Jadi, anda perlulah mula amalkan gaya hidup sihat seperti banyakkan bersenam dan kurangkan makanan segera untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Ia bukan sahaja lebih baik untuk kesihatan, malah ia juga dapat mengelakkan anda daripada terus mengalami sakit tumit.

4. Sindrom Terowong Tarsal

Mungkin ini pertama kali anda mendengar tentang terowong tarsal atau tarsal tunnel. Sebenarnya, terowong ini berperanan untuk menghubungkan saraf di bahagian kaki.

Namun fungsinya akan terjejas sekiranya wujud himpitan pada saraf di bahagian kaki dan sekaligus menyebabkan sakit tumit.

5. Plantar Fasciitis

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.
Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis.

Plantar fascia adalah himpunan tisu penghubung (ligamen) dari bahagian tulang tumit ke bebola kaki. Selain menyokong bentuk lengkung pada tapak kaki, ia juga berfungsi untuk menyerap impak luar.

Sekiranya tekanan yang dikenakan pada ligamen ini melebihi kapasiti normal, ia boleh mengakibatkan kekoyakan, keradangan dan sakit pada bahagian tumit. Masalah keradangan pada ligamen ini adalah antara punca utama kepada sakit tumit kaki.

Penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan kalsium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.
Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan (rujuk infografik di bawah). Namun jika ianya masih tidak berjaya, adalah baik jika ianya dirawat secepat mungkin oleh doktor di klinik orthopedik.

Sumber: Public Health Malaysia

Cara Mengatasi

Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh cuba untuk kurangkan rasa sakit tumit yang dialami antaranya :

1. Lakukan Regangan

Dengan melakukan regangan pada pergelangan kaki dan otot betis, ia boleh meredakan sakit tumit secara perlahan-lahan.

2. Tuam Dengan Ais

Tuam bahagian tumit kaki dengan ais yang dibalut dengan kain selama 20 minit. Anda boleh ulangi langkah ini beberapa kali dalam sehari.

3. Hadkan Pergerakan

Kurangkan berjalan atau bergerak untuk memberi rehat pada tumit.

4.Gunakan Kasut Yang Sesuai

Sekiranya anda gemar memakai kasut tumit tinggi, ubah taibat ini dan gunakan kasut dengan lengkungan yang lebih baik.

Lebih bagus sekiranya kasut itu dapat memberi sedikit sokongan pada bahagian tumit untuk mengurangkan tekanan.

5. Gunakan Padding Dalam Kasut

Untuk menambah keselesaan ketika berjalan, anda juga boleh menggunakan padding pada kasut.

Selain memberi sokongan, ia boleh mengurangkan tekanan pada kaki.

sakit tumit kaki
Banyak pilihan padding yang boleh dibeli dengan harga berpatutan dan promosi terendah. Antaranya 4D Memory Foam Orthopedic Insoles Soft Shoe Pad 

6. Buat Senaman Regangan / Taping

Stretching dan tapping juga dapat membantu mengurangkan kesakitan (rujuk gambar).

Tapping untuk mengurangkan kesakitan plantar fascitis.

Dalam kebanyakan kes, sakit tumit kaki boleh pulih sendiri.

Anda juga boleh elakkan tekanan berlebihan pada tumit dengan menggunakan kasut yang selesa, turunkan berat badan dan melakukan regangan.

Namun, jika rasa sakit berulang dan menjadi bertambah teruk, anda perlulah rujuk kepada doktor. Ini penting bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius.

Sumber : Physiogo, hellodoktor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut