Cara Ukur Saiz Kaki Untuk Membeli Kasut

Tahukah anda bagaimana caranya untuk ukur saiz kaki anda dengan betul?

Kebiasaannya sebelum membeli kasut (atau selipar) baru, kita biasanya membeli kasut berdasarkan saiz yang biasa kita beli sebelum itu.

Misalnya, jika anda biasa membeli kasut bersaiz 7, biasanya anda akan membeli kasut bersaiz 7 juga lebih-lebih lagi jika anda beli kasut secara dalam talian.

Sama ada anda sedang mencari kasut sukan berprestasi tinggi atau kasual setiap hari, adalah penting untuk memakai kasut yang sesuai yang menyokong kaki anda dengan selesa.

Bahaya Tersilap Saiz

Saiz kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kaki anda berasa tidak selesa, sakit atau melecet.

Dan malangnya, ramai orang yang sebenarnya memakai kasut / selipar yang salah saiz.

Kajian 2018 daripada Journal of Foot and Ankle Research mendapati bahawa sehingga dua pertiga orang mungkin memakai kasut yang tidak sesuai dan memakai saiz yang salah dikaitkan dengan sakit kaki dan kesihatan kaki yang lebih teruk secara keseluruhan.

Artikel berkaitan: Barang Keperluan Hiking: 13 Senarai Barang Yang Perlu Dibawa

Kepentingan Mengetahui Saiz Kaki & Kasut Yang Sesuai

Secara umumnya, terdapat perbezaan saiz bagi setiap jenama kasut di dunia ini.

Walaupun perbezaannya mungkin begitu kecil sahaja, ianya tetap memberi impak dan kesan yang besar kepada kaki anda.

Sebagai contoh, kasut sukan saiz 7 dari jenama Nike mungkin tidak sesuai bagi individu yang biasa menggunakan kasut sukan sazi 7 dari jenama Asices.

Dengan mengetahui saiz kaki anda, anda boleh bandingkan dengan carta saiz sesuatu jenama kasut itu sebelum membelinya.

Kasut dengan saiz yang sesuai sangat penting dan memberikan manfaat yang berikut:

  1. Dapatkan kesesuaian yang terbaik dan paling selesa
  2. Maksimumkan prestasi
  3. Elakkan kemungkinan kecederaan dan melecet
  4. Kurangkan geseran yang boleh menjejaskan ketahanan kasut anda

Baca lagi: 15 Cadangan Hadiah Untuk Lelaki

Cara Ukur Saiz Kaki & Menentukan Saiz Kasut Yang Sesuai

Sebenarnya, mengukut saiz kaki anda tidaklah sesukar yang disangka.

Anda hanya memerlukan 3 bahan berikut untuk mengukur saiz kaki anda dengan tepat:

  1. Kertas
  2. Pen atau pensel
  3. Pita pengukur atau pembaris

Sebenarnya sangat mudah untuk mengukur saiz kaki anda.

Berikut merupakan panduan untuk ukur kaki anda dengan tepat yang diberikan oleh pihak Asics, syarikat pengeluar kasut sukan popular dari Jepun.

Langkah 1

Letakkan sekeping kertas dan tumit anda pada dinding.

Menggunakan pen anda, lukis bentuk tapak kaki anda sedekat mungkin.

Adalah penting untuk melakukan ini untuk KEDUA-DUA kaki kerana satu kaki biasanya lebih panjang daripada yang lain.

Langkah 2

Dengan garis besar, ukur garis lurus dari tumit anda ke jari kaki yang paling panjang.

Ini memberikan anda panjang kaki anda dalam sentimeter.

Langkah 3

Bandingkan ukuran kaki anda dengan carta saiz sesebuah jenama kasut untuk mengetahui saiz kasut anda untuk jenama tersebut.

Anda boleh menambah 1- 1.5 sentimeter kepada ukuran kaki anda untuk mengambil kira sekali stokin yang bakal dipakai bersama kasut tersebut.

Berikut dilampirkan juga perbandingan standard bagi saiz yang biasa digunakan di negara-negara utama seperti US, UK dan China.

saiz kasut kaki

Selamat mencuba!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!