15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak – Dijamin Sedap!

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mee Kolok merupakan salah satu hidangan ikonik Sarawak yang wajib dicuba bagi sesiapa yang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang. 

Keenakan hidangan ini terletak pada mi kenyal yang direbus sempurna, dihidangkan bersama daging yang diperap serta ditaburi daun sup dan bawang goreng. 

Kebiasaannya, Mee Kolok disajikan bersama kuah kicap atau minyak bawang putih yang dihidangkan berasingan bagi membolehkan setiap suapan dinikmati mengikut cita rasa sendiri. 

Keistimewaan Mee Kolok bukan sahaja terletak pada kesederhanaan bahan-bahannya tetapi juga pada rasa autentiknya yang begitu memikat selera.

Bagi penggemar makanan tempatan, Mee Kolok sememangnya satu hidangan yang tidak boleh dilepaskan apabila berada di Sarawak. 

Jika kalian merancang untuk berkunjung ke negeri ini dan ingin merasai sendiri keenakan Mee Kolok, berikut adalah senarai restoran mee kolok popular di Sarawak yang wajib dikunjungi. 

BACA JUGA: Bahasa Sarawak – Perkataan & Contoh Ayat

1. Sainah Kafe

Alamat: No. 4, Ground Floor, Setia Commercial Centre, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Waktu Operasi: 7 AM–2:30 PM, Isnin – Sabtu

Sainah Kafe adalah terkenal dengan hidangan mee kolok halal mereka. Restoran ini menawarkan beberapa jenis mee kolok yang unik iaitu mee kolok merah, mee kolok ayam putih, mee kolok ayam kicap, dan mee kolok bebola ikan. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Untuk semangkuk mee kolok biasanya ia berharga RM7, manakala versi yang lebih besar dengan tambahan wantan dijual pada harga RM9. Walaubagaimanapun, kemungkinan terdapat kenaikan harga dari masa ke semasa. 

Selain mee kolok, Sainah Kafe juga menawarkan pelbagai hidangan popular lain seperti laksa Sarawak, mee kampua, nasi goreng seafood, nasi goreng ayam dan kuetiau. 

2. Mi Sapi / Mi Kolok Haji Salleh

Alamat:  Kampung Bandar Shah, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Waktu Operasi:  5.30 AM–1 PM (Rabu – Isnin), 7 AM – 2 PM (Selasa)

Mee Kolok Haji Salleh juga antara restoran mee kolok popular di Sarawak. Restoran ini telah menjadi salah satu restoran yang terkenal dengan hidangan Mee Kolok halal di Kuching. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Restoran ini telah beroperasi selama bertahun-tahun dan masih kekal sebagai pilihan utama penduduk tempatan. Kalau datang sini, memang kena berbaris sebab sentiasa ramai orang. 

Keaslian rasa mee kolok di sini memang tidak dapat diragukan. Antara pilihan mee kolok yang popular ialah Mi Kolok Daging dan Mi Pok Daging yang dihidangkan bersama sambal cili khas mereka yang dikenali sebagai ‘Cabik’. 

Dari segi harga, semangkuk mee kolok berharga RM7 hingga RM15 seporsi. 

3. Kak Bedah Cafe Bormill Estate Kuching

Alamat: Ground Floor Lot 2344, Block 10, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Bormill Commercial Centre, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Waktu Operasi: 7 AM–5 PM, Isnin-Sabtu

Kak Bedah Cafe Bormill Estate Kuching juga terkenal dengan hidangan mee kolok mereka. Restoran ini telah beroperasi selama lebih 15 tahun dan menjadi salah satu destinasi popular untuk menikmati mee kolok yang autentik di Kuching. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Kak Bedah Cafe menawarkan pelbagai jenis mee kolok. Yang paling special dan menjadi hidangan signature mereka ialah mee kolok sapi. 

Selain mee kolok, Kak Bedah Cafe juga menawarkan beberapa hidangan popular lain seperti mee jawa, sup tulang, mee pok, nasi goreng dan pelbagai lagi. 

Harga untuk seporsi mee kolok bermula RM7. 

4. Warung Kak Bedah Matang

Alamat: Ground Level, 9816, Jalan Semarak, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Waktu Operasi: 3 PM–10 PM, Isnin-Sabtu

Haa, jangan keliru. Ini Warung Kak Bedah yang lain lagi. Warung Kak Bedah yang ini terletak di Matang. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis mee kolok termasuk Mi Kolok Sapi Special yang sangat popular. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Selain mee kolok, Warung Kak Bedah juga terkenal dengan sup gearboxnya yang bersaiz besar. Ada juga beberapa lagi menu lain seperti nasi goreng ayam, mee goreng dan nasi ayam penyet. 

Berbeza dengan kebanyakan restoran mee kolok yang biasa beroperasi pada waktu siang sahaja, Warung Kak Bedah ni beroperasi sehingga malam. 

5. Kolok Kpg Monam (Tang Mee Kolok)

Alamat: No. 483, jalan Patinggan, Kuching, Malaysia.

Waktu Operasi: 6 PM –10:30 PM, Selasa – Ahad (Isnin tutup)

Seterusnya, restoran mee kolok popular di Sarawak yang anda mesti pergi ialah Tang Mee Kolok. 

Restoran ini terkenal dengan Mi Kolok Kambing mereka yang menawarkan hidangan Mee Kolok dengan daging kambing yang lazat. Selain itu, mereka juga menyediakan pilihan Mi Kolok Wantan dan Mi Pok Wantan. 

Jason pun dah pernah datang sini tau, anda bila lagi?

@scaredtodie

idk why google listed this place opening hour @ 6am but now if you check dah fix. it opens 6PM. as far as i know, this warong has a few names— Mee Kolok Tang, Kolok Kpg Monam & Warong Kolok Monam (Mee Kolok Tang??) #jasonfoodreview #malaysiafood #foodreview #makanlokal #sarawakfoodie #klfoodie #kuchingfood #scaredtodie

♬ original sound – Jason 🇲🇾 – Jason 🇲🇾

6. Mee Kolok Mangkok Ijo di Kafe Man Canai

Alamat: Jalan Batu Kawa, Taman Desa Wira, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Waktu Operasi: 6:45 AM–9:45 PM

Rasa mee kolok di Kafe Man Canai ni pun boleh tahan sedap juga. Jadi tidak hairanlah ia merupakan salah satu hidangan popular di kafe ini. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Selain mee kolok, Kafe Man Canai terkenal dengan roti canai mereka yang rangup dan sedap. Satu lagi menu yang popular di kafe ini ialah roti telur.Memang sesuai sangat dijadikan sebagai port untuk sarapan pagi.

Kafe ini juga menawarkan pelbagai masakan tempatan Sarawak yang lain seperti Sarawak Laksa, Midin Belacan dan sebagainya. 

7. Mee Kolok Awin

Alamat: Lot 66, Section 63, Jalan Chan Bee Kiew, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 7:30 AM–2 PM, Isnin-Sabtu

Mee Kolok Awin juga salah satu restoran mee kolok popular di Sarawak yang anda mesti cuba. 

Ada beberapa pilihan mee kolok yang anda boleh pilih iaitu mee kolok chicken mushroom, mee kolok daging, mee kolok spesial dan mee kolok seafood. Harga untuk semangkuk mee kolok bermula dari RM8. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Dengan lokasi yang strategik, Mee Kolok Awin berjaya menjadi restoran mee kolok pilihan untuk penduduk tempatan dan pelancong yang ingin menikmati hidangan ikonik ini. 

BACA JUGA: Apa Itu Gula Apong Sarawak dan Kegunaannya?

8. P.Ramlee Kolok Restaurant & Catering

Alamat: Lot 438, 98000, Jalan Bendahara, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 7 AM–8 PM (Isnin-Sabtu), 7AM-2PM (Ahad)

P. Ramlee Kolok Restaurant & Catering di Miri telah beroperasi selama lebih 30 tahun. Terdapat pelbagai jenis mee kolok di jual di sini termasuk Mee Kolok Special. Restoran ini juga menawarkan variasi mee lain seperti Kampua Noodle dan Mee Pok. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan menu lain seperti Char Keutiau Kerang dan pelbagai hidangan nasi campur. 

Bagi sesiapa yang ingin merasai kelazatan mee kolok autentik Sarawak, anda wajib datang ke sini!

9. My Village Barok

Alamat: 7, Jln Kampung Gersik, Kampung Boyan, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 4 – 10 PM, Selasa- Ahad

My Village Barok, satu lagi restoran yang cukup popular di Sarawak. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional Sarawak, termasuk mee kolok.

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Harga seporsi mee kolok di sini bermula RM12 seporsi. Ada beberapa variasi mee kolok yang dijual di sini seperti mee kolok ayam ketok, mee kolok kambing ketok dan mee kolok barok.

Bagi mereka yang ingin merasai makanan tempatan Sarawak seperti ayam pansoh, anda boleh datang ke sini. Ayam pansoh ni ayam yang dimasak di dalam buluh. Selain itu,  umai, midin dan ikan terubuk pun ada!

10. L.J Noodles Cafe

Alamat: Mei Jun Building, ground floor 7F,L23,SL5, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 7:30 AM–3 PM (Isnin-Sabtu), 8 AM-2 PM (Ahad)

Kafe ini menawarkan pelbagai jenis mi, termasuk mee ayam, mee wantan, claypot noodle dan mee sapi (mee kolok). Yang paling popular dekat sini adalah mee kolok ayam. Harga satu porsi mee kolok bermula dari RM7. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

11. Pak Amit Cafe

Alamat: 361-540, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 8 AM – 10 PM, Setiap hari

Ramai yang recommend kedai ni kalau nak makan laksa Sarawak sedap dan pekat kuahnya. Mee koloknya pun cukup popular juga. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Terdapat beberapa jenis mee kolok yang dijual di sini, antaranya ialah mee kolok ayam, mee kolok daging, mee kolok seafood, mee kolok kerang, mee kolok biasa dan sebagainya. 

Selain mee kolok dan laksa Sarawak, anda juga boleh cuba menu-menu lain seperti mee goreng, nasi goreng, kueh tiaw, sate, sup tulang dan macam-macam lagi. 

12. Kafe Mat Kolok Miri

Alamat: Jln Taman Blvd 1, Faradale Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 7 AM–3 PM, Setiap hari

Sekiranya anda berada di Miri, anda boleh cuba mee kolok di restoran ini. Sebagai salah satu restoran mee kolok popular di Sarawak, rasa mee kolok di sini inshaAllah tidak mengecewakan. 

15+ Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak - Dijamin Sedap!

Selain mee kolok, ada banyak lagi menu tempatan lain yang anda boleh cuba seperti laksa, bakso, sup-sup, nasi ayam dan sebagainya. 

Dengan porsi yang banyak dan harga berpatutan, memang berbaloi sangat datang makan di sini. 

13. Kafe Bujang Lelang 

Alamat:  Beratok, 94200 Siburan, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 8:30 AM–1:30 PM, Selasa-Ahad

Kafe Bujang Lelang juga antara restoran mee kolok popular di Sarawak yang menyediakan beberapa variasi mee kolok. Harga mee kolok spesial bermula RM12. 

Porsinya memang banyak dan rasanya, nang nyaman!

@sarawak.foodie

Kolo mee yang tidak kedekut bahan!! 📍 Kafe Bujang Lelang 🌍 Kg Kerumboi Beratok Siburan Batu 21, Siburan Sarawak ⏰ 8:30am till Soldout (Monday Off); Gawai Cuti from 1st to 6th June 🍽 Non Halal #selamatharigawai #kuching #MakanLokal #sarawakfoodie #localfood #localbusiness #sarawak #tiktokmy #foodporn #foodie #food #siburan #kolomee #bujanglelang

♬ original sound – Sarawak Foodie – Sarawak Foodie

14. Kak Yam Cafe

Alamat: Lot 3035 Lorong Petra 3, Jalan Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 7:30 AM–1:30 PM, Isnin-Sabtu

Kak Yam Cafe ni agak terkenal juga dengan hidangan Mee Kolok mereka. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis Mee Kolok yang lazat, termasuk Mee Kolok Ayam, Mee Kolok dengan Wantan,  Mee Kolok Chicken Mushroom dan beberapa lagi.

Selain Mee Kolok, menu lain yang popular di Kak Yam Cafe termasuk laksa dan pelbagai jenis sup. Dari segi harga, setiap menu makanan bermula harga RM5 dan ke atas. 

15. Warung 2000 Kota Samarahan

Alamat: Ground Floor, SL19, Aiman, 2, Jln Datuk Mohammad Musa, Kampung Melaban, 94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 8 AM–11:59 PM, Setiap hari

Warung 2000 Kota Samarahan ini merupakan salah satu tempat makan yang popular di Kota Samarahan. Di sini ada jual pelbagai pilihan makanan yang menarik sama ada untuk sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam. 

Warung ni macam ala-ala food court, ada banyak food stall yang jual pelbagai jenis menu. Salah satu menu yang digemari di sini ialah mee kolok. Menu lain yang popular termasuk lauk-pauk dan roti canai. 

Warung 2000 ni memang dikenali sebagai tempat makan yang murah dan sedap. Sesuailah untuk pelajar dan mereka yang mempunyai bajet terhad. 

16. Mee Kolok Mangkuk Merah Stall 43

Alamat:  Pasar Satok Food Court, Medan Niaga Satok, Matang/ Metrocity, 14 Blok E, Q309, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: 6:30 PM–1:30 AM, Isnin- Sabtu

Kalau anda berada di sekitar Pasar Satok, singgahlah di Mee Kolok Mangkuk Merah Stall 43. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis mee kolok termasuk mee kolok ayam dan mee kolok daging. 

Keunikan Mee Kolok Mangkuk Merah Stall 43 terletak pada penggunaan mangkuk merah yang menjadi ciri khas mereka. 

Selain mee kolok, kedai ini juga menawarkan menu-menu popular lain seperti laksa Sarawak, nasi goreng dan kuey teow goreng. 

Jangan lupa singgah ya!

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut