Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : Semakan, Bayaran RM300 Sebulan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Sentuhan Kasih Rakyat Inisiatif Bantuan RM300 Untuk Golongan Miskin di Sabah

Sabah adalah salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.

Bilangan isi rumah di bawah miskin tegar di Sabah meliputi 38 peratus atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak tujuh daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.

Kadar kemiskinan tegar di Sabah menunjukkan jurang yang ketara jika dibandingkan dengan kadar di peringkat nasional, iaitu hanya 0.2 peratus. Daerah Tongod mencatatkan kadar kemiskinan tegar tertinggi di Sabah dengan 5.9 peratus, diikuti oleh Beluran sebanyak 5.0 peratus, Pitas (4.8 peratus), dan Kinabatangan (4.6 peratus).

Selain itu, beberapa daerah lain seperti Kota Marudu mencatatkan kadar 4.0 peratus, Tuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus), dan Lahad Datu juga pada kadar 2.4 peratus. Kadar ini menunjukkan konsentrasi kemiskinan tegar yang tinggi di beberapa kawasan tertentu di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.

Justeru itu, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar khususnya semasa perayaan utama di negeri ini.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang juga merupakan inisiatif bantuan untuk golongan miskin di Sabah.

Baca juga: Bantuan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) Kategori Bujang & Keluarga

Sentuhan Kasih Rakyat sabah

Pengenalan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat ialah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Program ini akan diselaras pada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Pada peringkat awal, ia mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang penerima. Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada golongan sasar, khususnya semasa musim perayaan utama.

Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.

Sentuhan Kasih Rakyat sabah rm300 sebulan

Siapa Yang Layak Terima Bantuan?

  • Ketua isi rumah miskin tegar dan miskin, termasuk ahli keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Sumber: Sabah Media
Sumber: Astro Awani

Jumlah Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Bantuan RM300 sebulan selama setahun membabitkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta.

Tarikh Pemberian Bantuan

Bantuan akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025. Tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)

Kenyataan Media Rasmi GRS – Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menggerakkan jenteranya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar untuk memastikan mereka yang dalam kriteria penerima tidak tercicir untuk menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025.

Senarai nama yang dikumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan program ini.

Mekanisme pelaksanaan Program SYUKUR telah diluluskan oleh Kabinet Negeri, dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada Rabu lalu telah mengarah pelaksanaan bantuan program ini dengan serta merta.

Di bawah program ini, ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM300, yang akan dilaksanakan secara berperingkat setiap suku tahun.

SYUKUR merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebas sara hidup rakyat dan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗟𝗜 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗭𝗜
𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙
𝗚𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛

𝟮𝟲 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 

Sumber: Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini anda boleh rujuk pada :

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut