Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 – PKPS LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) buat kali kedua atau PKPS 2.0.

PKPS 2.0 memberi peluang kepada pembayar cukai untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur selaras dengan ketetapan LHDNM yang sedang berkuat kuasa serta menggalakkan pembayar cukai membayar cukai dalam tempoh yang ditetapkan.

Ianya juga satu inisiatif untuk menyokong rukun pemampanan dalam pentadbiran percukaian negara seiring dengan konsep Malaysia Madani.

Memberi peluang kepada pembayar cukai untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai mereka berdasarkan konsep AES [Awareness, Education, Services] yang diterapkan oleh LHDNM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Pengenalan Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 – PKPS LHDN

Membayar cukai atau zakat adalah satu cara untuk memajukan perniagaan kita. Lagi banyak kita memberi lagi banyak kita dapat.

SIAPA ADA INCOME TAHUN 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 ATAU 2022. INCOME YANG BELUM LAGI DECLARE INCOME TAX?

Inilah peluang anda untuk tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan yang lepas. TIADA DENDA DI KENAKAN.

Sekiranya anda:

  • Belum pernah laporkan pendapatan
  • Pendapatan yang terkurang lapor, perbelanjaan / tuntutan lain yang terlebih tuntut / tidak dibenarkan, pelepasan / potongan / rebat yang terlebih tuntut dan elaun modal / insentif yang terlebih tuntut.
  • Pelupusan aset (harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah) tertakluk kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.
  • Penyeteman dokumen / perjanjian yang tidak disetem dalam tempoh yang dibenarkan.

Semua kes ini boleh dilakukan sebelum 31 Mei 2024 tanpa sebarang penalti.

Tempoh Perlaksanaan PKPS LHDN

Tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 adalah mulai 06 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024.

Melalui program pengakuan sukarela ini, pembayar cukai perlu membuat pengakuan penuh dan jujur mengenai pendapatan dan dikehendaki menandatangani akuan bahawa pendapatan yang dinyatakan adalah benar, tepat, dan lengkap.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing

Kategori Pembayar Cukai

Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 ini memfokuskan kepada kategori pembayar cukai yang berikut:

  1. Pembayar cukai baharu
  2. Pembayar cukai sedia ada
    • Gagal kemukan BNCP / BNCKHT untuk TT lain;
    • Pendapatan tambahan
  3. Pembayar cukai yang melupuskan aset
  4. Pembayar duti

Tidak tahu buat e-Filing? Dapatkan perkhidmatan penghantaran cukai taksiran

Tahun Taksiran Yang Terlibat

Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 ini memfokuskan tahun taksiran berikut untuk setiap kategori pembayar cukai yang berlainan:

  1. Pembayar cukai baharu – Tahun taksiran 2022 & ke belakang
  2. Pembayar cukai sedia ada – Tahun taksiran 2021 & ke belakang
  3. Pembayar cukai yang melupuskan aset – Tahun taksiran 2022 & ke belakang
  4. Pembayar duti – Dilaksanakan (ditandatangani) pada atau sebelum 1 Mei 2023 untuk penyeteman dari 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024

Carta Aliran Prosedur Permohonan Pengakuan Sukarela LHDN

Sila rujuk lampiran fail PDF di bawah untuk melihat carta aliran prosedur permohonan Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 LHDN mengikut kategori pembayar cukai:

Soalan dan pertanyaan lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan lanjut mengenai Program Khas Pengakuan Sukarela ini, sila hubungi pegawai yang bertugas melalui salah satu cara berikut:

  • Hasil Care Line – 03-89111000 / 603-89111100 (luar negara)
  • Kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!