Program GrowBiz 2023 SME Corp

growbiz 2023 sme corp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SME Corp. Malaysia sedang mencari perusahaan mikro yang dinamik dan didorong oleh pertumbuhan untuk menyertai Program GrowBiz 2023.

ADAKAH ANDA

Perusahaan mikro yang ingin meneroka potensi perniagaan dan pertumbuhan sepenuhnya?

Bersedia untuk melangkah ke arah transformasi dan melonjakkan perniagaan anda ke tahap seterusnya?

Sekiranya YA, jangan lepaskan PELUANG untuk menyertai GrowBiz!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah Program GrowBiz 2023 SME Corp?

Program GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil.

GrowBiz akan dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan PMKS.

GrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.

growbiz 2023 sme corp

Pelaksanaan Program

  • GrowBiz menawarkan latihan intensif kepada perusahaan mikro yang layak untuk menyertai.
  • Sesi latihan dan bimbingan untuk perusahaan mikro yang menyertai akan dikendalikan secara hands-on oleh Rakan Pelaksana.
  • Perusahaan mikro yang menyertai akan dipantau bagi tujuan penilaian oleh Rakan Pelaksana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sesi latihan bermula dan enam (6) bulan selepas tamat program.
  • Perusahaan mikro yang menyertai perlu menjalani penarafan SCORE oleh SME Corp. Malaysia dalam tempoh pelaksanaan Program GrowBiz bagi menilai prestasi semasa syarikat.
  • Perusahaan mikro yang menyertai perlu membuat Pendaftaran Status PMKS oleh SME Corp. Malaysia bagi mengesahkan sesuatu syarikat / perniagaan adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam tempoh program dijalankan.

Semua peserta GrowBiz disyaratkan supaya menjalani modul latihan khusus dan disesuaikan yang merangkumi:

  • Transformasi Kendiri
  • Kembara Keusahawanan
  • Komunikasi Perniagaan
  • Pengurusan Operasi
  • Pemasaran & Penjenamaan
  • Pengurusan Sumber & Kewangan
  • Pematuhan & Perundangan Perniagaan
  • Transformasi Teknologi & Digitalisasi
  • Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  • Model & Sistem Perniagaan

Syarat Kelayakan

  1. Perusahaan Mikro dengan jualan tahunan sekurang-kurangnya RM200,000 dengan keutamaan diberikan kepada perniagaan yang telah mencapai jualan tahunan sekurang-kurangnya RM250,000.
  2. Perusahaan Mikro yang berdaftar dengan Akta Syarikat 1965 atau 2016 / Pendaftaran Perniagaan (1956) / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Ordinan Perniagaan, Profesion & Perlesenan Perdagangan (HANYA untuk Sabah dan Sarawak) / berdaftar dengan mana-mana badan profesional yang diiktiraf oleh undang-undang.
  3. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milikan warganegara Malaysia.
  4. Beroperasi di premis perniagaan yang sah dan mempunyai Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Syarikat perlu mengemukakan Penyata Kewangan Diaudit / Akaun Pengurusan sekurang-kurangnya satu (1) tahun (terkini).
  6. Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang telah menerima penarafan sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam MCORE atau 1 Bintang dalam SCORE.
  7. Perusahaan mikro yang terlibat dalam industri berimpak tinggi seperti berikut digalakkan untuk memohon:
    • Pertanian pintar
    • Aeroangkasa
    • Elektrik dan elektronik
    • Peranti perubatan
    • Industri Halal
    • Pelancongan
    • Minyak & gas
    • Biojisim / Bioteknologi
    • Kesihatan & gaya hidup

Nota:

Pemohon daripada mana-mana perusahaan mikro yang pernah menyertai Program GrowBiz terdahulu tidak layak untuk menyertai Program GrowBiz 2023.

  • Sesi temuduga akan dikendalikan bagi pemilihan peserta.
  • SME Corp. Malaysia berhak ke atas pemilihan akhir peserta. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan.

Yuran

SME Corp. Malaysia akan membiayai 70% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz.

Perusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 30% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM600.00 bagi pendaftaran Status PMKS dan penarafan SCORE.

Cara Permohonan GrowBiz 2023

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program GrowBiz 2023, sila hantar permohonan anda kepada:

Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif

SME Corp. Malaysia
Aras 6, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Perhatian:
Urusetia Program GrowBiz 
[email protected]
Infoline: 1 300 30 6000

Muat turun Borang Permohonan Program GrowBiz 2023 

Tarikh Akhir Permohonan GrowBiz 2023

15 Februari 2023

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut & permohonan sila layari http://www.smecorp.gov.my/

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut