Advertisements

Semakan Keputusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) & PASM 2021

Advertisements

Tentunya anak-anak calon peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah Malaysia (PASM) tahun 2021 bagi murid berkeperluan pendidikan khas menanti keputusan peperiksaan mereka.

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung semakan keputusan SVM dan PASM 2021.

Tarikh Semakan Keputusan SVM & PASM 2021

4 Julai 2022

Cara Semakan

Slip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid bekeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi, 4 Julai 2022.

Info Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Advertisements

Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.

SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM.

Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?

Rujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.
Semoga dapat membantu!

Keputusan svm
Keputusan svm

MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).

Apakah PASM?

Pentaksiran Alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang mana menggunakan ujian pensil-kertas

APLIKASI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH
https://mypasm.moe.gov.my/mypasm/login

Baca juga:

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 2.5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment