Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.
Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.
Program ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti berikut :
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM) secara lebih lanjut.
Baca Juga : AGRONet: Cara Login Dan Daftar Agrobank Online
Tarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda
Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini.
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon Geran Agropreneur Muda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun
- Boleh membaca, mengira dan menulis
- Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan /Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA.
- Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
- Keutamaan kepada golonga muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.
Syarat Permohonan Pembiayaan
Syarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut :
- Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
- Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
- Mendapat sokongan teknikla daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.
Jenis Bantuan
Jenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Khidmat nasihat teknikal dan latihan
- Geran berbentuk barangan
Pakej khas pembiayaan bagi perkembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut :
- TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
- Agrobank – sehingga RM 500,000 bagi setiap projek
Cara Memohon
Individu yang berkelayakan boleh lakukan permohonan di Pejabat jabatan / Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
- Borang UAM 01/14 (pin. 02/18)
- Salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport
- Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap
- Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut Harga
- Salinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atau
- Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).
- Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan / Agensi MOA.
Nota : Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.
Borang Permohonan
Anda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah :
Peringkat Rancangan Perniagaan
Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan
Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM
Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran
Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua
Peringkat Pembekalan
Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM
Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM
Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM
Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM
Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM
Peringkat Pembayaran
Lampiran 10 – Borang Pembekalan GAM
Peringkat Pemantauan
Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan
Lampiran 13 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM), sila rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.