Program Asasi IPTA : Senarai Program & Syarat Kemasukan 2024

Program Asasi IPTA : Senarai Program & Syarat Kemasukan 2024

Program Asasi IPTA adalah salah satu cabang hala tuju yang cepat dan mudah bagi para pelajar lepasan SPM mohon sebelum melanjutan pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan senarai penuh program Asasi IPTA, syarat-syarat khusus dan cara memohon yang betul khusus untuk lepasan SPM yang berminat.

Baca juga:

Apa itu Program Asasi?

Asasi adalah salah satu cabang program pra universiti yang ditawarkan oleh universiti. Mana-mana pelajar yang berjaya untuk mengikuti program Asasi mereka aku terus belajar di universiti tersebut.

Terkini, terdapat 12 buah universiti awam yang menawarkan program pengajian ASASI iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kebaikan Masuk Asasi Bagi Lepasan SPM

Masuk program Asasi selepas SPM mempunyai banyak kebaikan, terutamanya bagi pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Berikut adalah beberapa kebaikan utama:

  1. Tempoh Pengajian yang Singkat: Program Asasi biasanya hanya mengambil masa satu tahun. Ini bermakna pelajar boleh cepat melanjutkan ke peringkat ijazah berbanding program matrikulasi atau diploma yang mungkin memakan masa lebih lama.
  2. Persediaan Akademik yang Mantap: Asasi direka khas untuk memberi asas pengetahuan yang kukuh dalam bidang yang diminati. Ini membantu pelajar menyesuaikan diri dengan lebih baik apabila memasuki peringkat ijazah.
  3. Fokus Khusus pada Bidang Pengajian: Program Asasi biasanya lebih spesifik kepada bidang pengajian tertentu seperti sains, kejuruteraan, perubatan, dan lain-lain. Ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan awal dan mendalam dalam bidang pilihan mereka.
  4. Kemudahan dan Sumber Universiti: Pelajar Asasi biasanya mempunyai akses kepada kemudahan dan sumber universiti, seperti perpustakaan, makmal, dan pusat pembelajaran. Ini memberi mereka pengalaman awal dalam suasana universiti.
  5. Kelebihan dalam Permohonan Ijazah: Lulusan Asasi sering kali diberi keutamaan untuk memasuki program ijazah di universiti yang sama. Ini kerana program Asasi adalah sebahagian daripada laluan terus ke ijazah di universiti tersebut.
  6. Pengalaman Kampus: Pelajar Asasi berpeluang merasai kehidupan di kampus lebih awal. Ini termasuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum, persatuan, dan acara-acara universiti yang membantu mengembangkan kemahiran sosial dan kepimpinan.
  7. Penjimatan Kos: Tempoh pengajian yang singkat bermakna kos pengajian dan sara hidup juga lebih rendah berbanding program yang lebih panjang. Selain itu, beberapa universiti menawarkan biasiswa atau bantuan kewangan kepada pelajar Asasi yang cemerlang.
  8. Jaminan Kualiti Pengajian: Program Asasi yang ditawarkan oleh universiti-universiti biasanya diiktiraf dan memenuhi piawaian kualiti yang tinggi. Ini memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan.
  9. Peluang Kerjaya yang Lebih Cerah: Dengan memulakan pengajian di peringkat Asasi, pelajar dapat merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih jelas dan terarah. Mereka juga berpeluang membina rangkaian profesional lebih awal.
  10. Kemahiran Insaniah: Program Asasi bukan sahaja menekankan aspek akademik tetapi juga pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan pemikiran kritis yang penting untuk kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.

Senarai IPTA Yang Tawarkan Program Asasi

Berikut adalah senarai IPTA yang ada menawarkan program Asasi setiap tahun bagi lepasa SPM.

1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

  • Asasi Sains
  • Asasi TESL
  • Asasi Kejuruteraan
  • Asasi Undang-Undang

*Semua program di UiTM hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.

2. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

  • Asasi Sains
  • Asasi Agrisains
  • Asasi Teknologi Maklumat

*Asasi Sains hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Asasi Pintar

4. Universiti Malaya (UM)

  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Sains Fizikal
  • Asasi Sains Sosial
  • Asasi Pengajian Islam dan Sains
  • Asasi Pengajian Islam

*Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal dan Asasi Sains Sosial hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.

5. Universiti Putra Malaysia (UPM)

  • Asasi Sains Pertanian

6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  • Tahmidi Pergigian
  • Tahmidi Perubatan
  • Tahmidi Perakaunan dan Muamalat
  • Tahmidi Syariah dan Undang-Undang
  • Tahmidi Sains dan Teknologi

7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Sains Fizikal

*Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal hanya terbuka kepada calon keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.

8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

  • Asasi Perubatan
  • Asasi Pengurusan dan Strategi
  • Asasi Kejuruteraan dan Teknologi

9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Asasi Sains Hayat
  • Asasi Sains Fizikal
  • Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
  • Asasi Kejururawatan
  • Asasi Farmasi
  • Asasi Pergigian
  • Asasi Perubatan
  • Asasi Sains Kemanusiaan
  • Asasi Bahasa Inggeris
  • Asasi Bahasa Arab
  • Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan
  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar
  • Asasi Kejuruteraan
  • Asasi Sains Komputer
  • Asasi Undang-Undang
  • Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam
  • Asasi Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Antarabangsa
  • Asasi Bahasa Arab untuk Komunikasi Antarabangsa
  • Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa
  • Asasi Pengurusan Pelancongan

10. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

  • Asasi Sains dan Perubatan

11. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

  • STEM

12. Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Asasi Pengurusan

Syarat-Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan bagi setiap program Asasi yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia:

1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Program Asasi Undang-Undang
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:
Gred A-
– Bahasa Inggeris
KEPUJIAN
– Matematik / Matematik Tambahan
GRED A-
– Dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran lain (tidak termasuk Matematik, Matemaik Tambahan dan Bahasa Inggeris)
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
Program Asasi Kejuruteraan
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:
GRED A-
– Dalam SATU (1) mata pelajaran
GRED B
Dalam TIGA (3) mata pelajaran berikut:
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Matematik
– Kimia
GRED B
– Dalam Bahasa Inggeris
Calon TIDAK buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
Program Asasi TESL
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:
GRED A
– Dalam Bahasa Inggeris
GRED A-
Dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran yang lain
GRED C (Kepujian)
– Dalam Matematik / Matematik Tambahan
Lulus temu duga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti
Program Asasi Sains
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:
GRED A
– Dalam SATU (1) mata pelajaran
GRED B
Dalam TIGA (3) mata pelajaran berikut :
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Kimia
– Biologi
GRED B
– Dalam Bahasa Inggeris
Calon TIDAK buta warna dan tidak mempunyai ketidakupayaan fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat

2. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Program Asasi Sains
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED E
– Matematik Tambahan
GRED C
– Dalam Matematik
GRED C
Dalam DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Fizik
– Kimia
– Sains Tambahan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik / Lukisan Kejuruteraan
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
Program Asasi Agrisains
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED C
– Dalam Matematik
GRED C
Dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
– Fizik / Kimia / Biologi / Sains
GRED C
Dalam DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Matematik Tambahan
– Sains Tambahan
– Sejarah / Geografi
– Pendidikan Islam / Pendikan Moral / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik / Lukisan Kejuruteraan / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pendidikan Seni Visual / Pengajian / Keusahawanan / Produksi Reka Tanda / Reka Bentuk Grafik / Landskap dan Nurseri / Tanaman Makanan / Akuakultur & Haiwan Rekreasi / Tasawwur Islam
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
Program Asasi Teknologi Maklumat
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED C+
Dalam SATU (1) mata pelajaran berikut:
– Matematik
– Matematik Tambahan
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://www.ums.edu.my/

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Program Asasi Pintar (Calon Luar)
Warganegera Malaysia
Mendapat sekurang-kurangnya GRED A- dalam TUJUH (7) mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Biologi
– Fizik
– Kimia
Lulus ujian / temuduga Program Terbuka kepada calon kategori A (SPM tahun semasa) dan calon kategori B (SPM bukan tahun semasa)
Program Asasi Pintar (Calon Luar)
Warganegera Malaysia
Memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 di peringkat GENIUS@Pintar High Scholl Diploma

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://www.ukm.my/akademik/wp-content/uploads/2022/02/Brosur-Program-Asasipintar-UKM.pdf

4. Universiti Malaya (UM)

Program Asasi Sains Hayat
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED A
– Biologi
GRED B dalam SEMUA mata pelajaran
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Fizik
– Kimia
– Bahasa Inggeris
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli sahaja.
Program Asasi Sains Fizikal

Program Asasi Sains Sosial
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
Atau Lulus O-level/IGCSE atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurang
Atau Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Senat.
Program Asasi Pengajian Islam dan Sains
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B dan EMPAT (4) mata pelajaran berikut

– Bahasa Arab / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
– Bahasa Inggeris
– Matematik
– Matematik Tambahan
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam salah SATU (1) mata pelajara berikut:

– Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat Al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz Al-Quran / Usul Al-Din
– Tasawwur Islam
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
– Al-Adab wa Balaghah
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Pertanian / Sains Komputer / Lukisan Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Grafik Komunikasi Teknikal / Sains Rumah Tangga
– Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Geografi / Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris / Pengajian Keushawanan
Program Asasi Pengajian Islam (STEM)
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab.
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam salah SATU (1) mata pelajara berikut:

– Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat Al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz Al-Quran / Usul Al-Din
– Tasawwur Islam
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
– Al-Adab wa Balaghah
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Matematik Tambahan
– Sains Tambahan Asas Kelestarian / Sains Rumah Tangga
– Pertanian
– Sains Komputer
– Geografi
– Matematik
– Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris / Pengajian Keushawanan
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
Program Asasi Pengajian Islam (Sastera & Kemanusiaan)
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Memiliki SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mata pelajaran Bahasa Arab / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab.
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana DUA (2) mata pelajara berikut:

– Pendidikan Islam / Turath Dirasat Al-Islamiah
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Maharat Al-Quran / Al-Syariah / Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
– Pendidikan Syariah Islamiah / Hifz Al-Quran / Usul Al-Din
– Tasawwur Islam
– Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
– Al-Adab wa Balaghah
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED B dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
– Sains Tambahan
– Kesusasteraan Melayu
– Geografi
– Matematik
– Sains Komputer
– Pengajian Keushawanan
– Pertanian
– Perniagaan
– Ekonomi
– Prinsip Perakaunan
– Kesusasteraan Inggeris
– Asas Kelestarian
– Sains Rumah Tangga
DAN mendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://study.um.edu.my/doc/brochures/PASUM_2023.pdf

5. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Program Asasi Sains Pertanian
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat minima:
GRED B
Dalam EMPAT (4) daripada mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Kimia
– Matematik
– Fizik
– Subjek Elektif STEM Sains Gunaan & Teknologi (Pilih 1 sahaja):
Pertanian / Sains Komputer / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Lukisan Kejuruteraan
GRED C
Dalam mata pelajaran Matematik Tambahan
GRED C+
Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://asasi.upm.edu.my/akademik/syarat_kemasukan/asasi_sains_pertanian-1184

6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tahmidi Syariah & Undang-Undang
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED B
– Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah
– Bahasa Inggeris
GRED C+
Dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

– Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Al-Syariah / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahajj Al-‘Ulum Al-Islamiah
GRED C+
– Matematik / Matematik Tambahan
Tahmidi Perakaunan & Muamalat

– Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Keusahawanan
GRED B+
– Matematik / Matematik Tambahan
GRED C+
– Bahasa Inggeris
Tahmidi Perubatan, Pergigian & Sains
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED C
– Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah
GRED B
Dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

– Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Al-Syariah / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahajj Al-‘Ulum Al-Islamiah
GRED B
– Fizik
– Kimia
– Biologi
– Matematik
– Bahasa Inggeris
GRED C
– Matematik Tambahan
Calon TIDAK mempunyai kurang upaya fizikal / anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali
Tahmidi Sains Fizikal & Teknologi

– Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Asas Kelestarian / Sains Rumah Tangga / Pertanian / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perniagaan / Ekonomi / Sains Sukan / Pendidikan Seni Visual / Lukisan / Reka Bentuk Kraf / Pengajian Keusahawanan
Calon TIDAK mempunyai kurang upaya fizikal / anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://admission.usim.edu.my/files/tamhidi-warganegara-2023-2024/4/

7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Program Asasi Sains Hayat
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED C
Dalam EMPAT (4) mata pelajaran berikut:

– Biologi
– Kimia
– Matematik
– Bahasa Inggeris
GRED E
– Matematik Tambahan
GRED C
Dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu
– Sejarah
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja.
Program Asasi Sains Fizikal
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED C
Dalam LIMA (5) mata pelajaran berikut:

– Fizik
– Kimia
– Matematik
– Matematik Tambahan
– Bahasa Inggeris
GRED C
Dalam SATU (1) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran berikut:

– Bahasa Melayu
– Sejarah
Berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah (salah seorang ibu bapa pribumi Sabah), Anak Negeri Sarawak (salah seorang ibu bapa pribumi Sarawak) dan Orang Asli sahaja.

8. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Program Asasi Perubatan
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED B
– Biologi
– Kimia
– Fizik
– Matematik / Matematik Tambahan; dan
– Mana-mana SATU (1) mata pelajaran yang selaiin daripada di atas.
Bagi calon Bakal Pengawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa.
Lulus ujian dan temu duga
Program Asasi Pengurusan dan Strategi
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED B
– Bahasa Melayu
– Matematik / Matematik Tambahan;
– Geografi / Sejarah
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana SATU (1) mata pelajaran selain daripada mata pelajaran di atas.
Bagi calon Bakal Pengawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa.
Lulus ujian dan temu duga
Program Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED B
– Bahasa Melayu
– Matematik / Matematik Tambahan;
– Fizik / Sains Komputer / Sains
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan mana-mana SATU (1) mata pelajaran selain daripada mata pelajaran di atas.
Bagi calon Bakal Pengawai Kadet hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat dari semasa ke semasa.
Lulus ujian dan temu duga

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://www.upnm.edu.my/images/BPA/Buku_Syarat2_210323_17102722.pdf

9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

program asasi
program asasi

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://photos.iium.edu.my/flip/asasi/

10. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Program Asasi Sains dan Perubatan
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
GRED B
Dalam LIMA (5) mata pelajaran berikut:
– Fizik
– Biologi
– Kimia
– Matematik / Matematik Tambahan;
– Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
Mendapat sekurang-kurangnya GRED B SATU (1) daripada mata pelajaran berikut:
– Pendidikan Islam
– Pendidikan Syari’ah Islamiah
– Usul Al-Din
– Manhaj Al-‘Ulum Al-Islamiah
– Maharat Al-Quran
– Tasawwur Islam
– Al-Syariah
– Al-Adab Wa Al-Balaghah
– Hifz Al-Quran
– Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tidak menerima sebarang ketidakupayaan.
Terbuka kepada calon yang berketurunan Melayu, Pribumi Sabah, Pribumi Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut : https://puspa.unisza.edu.my

11. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Program Asasi STEM
Syarat Am
– Warganegara Malaysia
– Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah.

Syarat Khas
– Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred seperti berikut:
STEM A
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ dalam mata pelajaran berikut:
– Biologi
– Kimia
– Fizik
STEM B
Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
– Biologi
– Kimia
– Fizik; dan

Mendapat sekurang-kurangnya GRED C+ bagi SATU (1) mata pelajaran Elektif STEM Sains Gunaan & Teknologi ATAU mata pelajaran bukan Elektif STEM (Elektif Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan / Elektif Pengajian Islam)
Sastera Ikhtisas & Kemanusiaan
Mendapat GRED A dalam mata pelajaran Sains / Sains Tambahan; dan

Mendapat sekurang GRED C+ bagi SATU (1) mata pelajaran Elektif STEM Sains Gunaan & Teknologi ATAU mata pelajaran bukan Elektif STEM (Elektif Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan / Elektif Pengajian Islam)
Terbuka kepada calon Bumiputera dan Bukan Bumiputera, Anak Negeri sabah, Anak Negeri Sarawak, dan Orang Asli Semenanjung sahaja yang berumur tidak melebihi 19 tahun 19 Januari tahun kemasukan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk brochure yang diberikan ini : https://www.umt.edu.my/programme-stem

12. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Kesimpulannya, memilih untuk memasuki program Asasi adalah satu langkah yang bijak bagi pelajar lepasan SPM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan mencapai kejayaan dalam bidang pilihan mereka.

Bantu kami share artikel ini: